MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 4

  • Home
  • MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 4

MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 4 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 4, College & University, UUM SINTOK KEDAH DARUL AHMAN, .

POSTING 1️⃣2️⃣Poster akhir secara ringkasan tentang gangguan seksual dalam kalangan pelajar dari segi faktor, cara menga...
02/06/2024

POSTING 1️⃣2️⃣
Poster akhir secara ringkasan tentang gangguan seksual dalam kalangan pelajar dari segi faktor, cara mengatasi, sebab perlindugan dan kesan.

POSTING 1️⃣1️⃣NAMA: TOH SHUN HAO NO MATRIK: 298187  TOPIK: KESAN TERHADAP PELAJAR YANG DIEKSPLOITASI SEKSUALl1. Pelarian...
20/05/2024

POSTING 1️⃣1️⃣

NAMA: TOH SHUN HAO
NO MATRIK: 298187
TOPIK: KESAN TERHADAP PELAJAR YANG DIEKSPLOITASI SEKSUALl

1. Pelarian Pendidikan 📖🫣⚠️❌

• Mangsa akan membuat keputusan untuk mengelakkan persekitaran pendidikan sebagai akibat daripada penderaan seksual boleh berlaku apabila mangsa merasakan bahawa sekolah atau kampus tidak lagi merupakan tempat yang selamat atau menyokong bagi mereka. Mangsa mungkin mengalami ketakutan, kecemasan, atau trauma yang teruk.
• Cth: Untuk mengelakkan pesalah,sesetengah mangsa mungkin memilih untuk mengelakkan persekitaran pendidikan, meninggalkan pelajaran atau menukar sekolah.
• Memberi impak negatif kepada pendidikan dan perkembangan kerjaya masa depan mereka. Mereka mungkin mengalami kekurangan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dewasa, menyebabkan mereka terpinggir dari peluang kerja dan kemungkinan kualiti hidup yang lebih rendah.

2. Perubahan Personaliti😁➡️😠
• Menyebabkan perubahan personaliti seperti menjadi tertutup, mudah marah, atau cepat marah.
• Cth: mangsa yang sebelumnya mungkin peramah dan terbuka boleh menjadi lebih pendiam atau cepat tersinggung selepas mengalami penderaan seksual. Mereka mungkin kehilangan kepercayaan kepada orang lain dan menjadi lebih sukar untuk membina hubungan yang sehat dengan orang lain.
• Perubahan ini boleh mempengaruhi cara individu berinteraksi dengan dunia sekeliling, termasuk keluarga, rakan sebaya, dan rakan kerja. Individu yang mengalami perubahan personaliti yang signifikan juga mungkin menghadapi kesulitan dalam mengekspresikan diri, menyebabkan mereka merasa terasing atau tidak difahami oleh orang lain. Oleh itu, perubahan personaliti yang disebabkan oleh penderaan seksual boleh memberi kesan yang besar terhadap kualiti hidup seseorang.

POSTING 🔟NAMA: YAP WEI QI   NO MATRIK: 298284  TOPIK: KESAN TERHADAP PELAJAR YANG DIEKSPLOITASI SEKSUAL 1. Huru Hara dal...
20/05/2024

POSTING 🔟

NAMA: YAP WEI QI
NO MATRIK: 298284
TOPIK: KESAN TERHADAP PELAJAR YANG DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Huru Hara dalam Kalangan Pelajar 😵‍💫😵‍💫
• Eksploitasi seksual menyebabkan hura hara dalam kalangan pelajar kerana pelajar sering bimbang akan perlakuan tersebut berlaku lagi ataupun mereka sendiri menjadi mangsa dalam situasi ini.
• Keadaan ini menyebabkan pelajar terpaksa menjadi lebih berhati- hati dan sentiasa hidup dalam ketakutan untuk menjaga keselamatan sendiri.
• Tambahan p**a, kebebasan sendiri juga tersekat kerana banyak perkara tidak dapat dijalankan demi keselamatan sendiri.

2. Masalah Hubungan Interpersonal 😶‍🌫️😶‍🌫️
• Eksploitasi seksual menyebabkan pelajar terutamanya yang menjadi mangsa mengalami masalah hubungan interpersonal dengan orang lain disebabkan perkara yang berlaku pada diri sendiri.
• Pelajar takut akan mereka dikritik ataupun dibuli oleh orang lain.
• Mereka juga susah berbual- bual dengan terbuka dan kurang keyakinan dengan orang lain. Lama-lamanya pelajar susah mencari kawan dan sentiasa menlakukan apa- apa secara bersendirian.

POSTING 9️⃣NAMA: AVELINE WOO YI LING  NO MATRIK: 298229 TOPIK: KESAN TERHADAP PELAJAR YANG DIEKSPLOITASI SEKSUAL1. Traum...
20/05/2024

POSTING 9️⃣

NAMA: AVELINE WOO YI LING
NO MATRIK: 298229
TOPIK: KESAN TERHADAP PELAJAR YANG DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Trauma Psikologi 😣
• Eksploitasi seksual boleh melibatkan pelajar dalam ketakutan dan kebimbangan, menyebabkan mereka diam diri. Mereka takut akan diejek oleh rakan sekelas dan kurang tumpuan dalam pembelajaran.
• Contohnya, jika guru ialah pelaku, kesannya lebih teruk kerana boleh mengubah kehidupan pelajar. Mereka cuba melarikan diri daripada situasi, walaupun ini boleh mereka hilang peluang untuk mendapat pendidikan.
• Guru mempunyai kuasa besar terhadap pelajar, seperti memberi markah peperiksaan dan layanan dalam kelas.

2. Gangguan Mental 🙈🙉🙊
• Eksploitasi seksual terhadap pelajar boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental pelajar.
• Contohnya, seorang pelajar yang mengalami pelecehan seksual mungkin berasa sangat sedih atau takut setiap hari.
• Mereka mungkin juga tidak dapat tidur dengan lena dan sukar untuk memfokus dalam pembelajaran di sekolah.

POSTING 8️⃣NAMA: SRI NUR EEZATY BINTI AZMAN NO MATRIK: 298307TOPIK: SEBAB PERLINDUNGAN PELAJAR DARIPADA DIEKSPLOITASI SE...
20/05/2024

POSTING 8️⃣

NAMA: SRI NUR EEZATY BINTI AZMAN
NO MATRIK: 298307
TOPIK: SEBAB PERLINDUNGAN PELAJAR DARIPADA DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Meningkatkan Kesedaran dan Kefahaman 🤔😲

• Dengan peningkatan kesedaran dan kefahaman dalam isu ini, kita dapat mengurangkan risiko. Hal ini boleh dilakukan melalui pendidikan seksual yang komprehensif terhadap pelajar. Sekolah boleh melaksanakan program pendidikan seksual yang menyeluruh dan sesuai dengan peringkat umur pelajar. Ini termasuk pembelajaran terhadap keselamatan diri, perasaan, perhubungan yang sihat dan mengenali tanda-tanda eksploitasi seksual.
• Dengan itu, pelajar lebih faham tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil jika berdepan masalah tersebut. Pelajar juga tidak segan silu untuk berbincang atau melakukan aduan terutamanya dari pandangan sesetengah masyarakat yang cetek ilmu dalam isu seksual yang dianggap sebagai taboo.

2. Mempunyai Kesan Masa Panjang 🕐

• Eksploitasi seksual ini mempunyai kesan yang panjang terhadap pelajar dari segi mental, emosi dan fizikal. Ia boleh secara tidak langsung mengurangkan kepercayaan diri serta membawa kepada masalah psikologi.
• Selain itu, ia boleh mengganggu pembangunan sosial, meningkatkan kadar jenayah dan meruntuhkan kepercayaan terhadap institusi pendidikan.

POSTING 7️⃣NAMA: NUR SHEFA SHAFYERA BINTI SHARULNIZAM NO MATRIK: 298214TOPIK: SEBAB PERLINDUNGAN PELAJAR DARIPADA DIEKSP...
20/05/2024

POSTING 7️⃣

NAMA: NUR SHEFA SHAFYERA BINTI SHARULNIZAM
NO MATRIK: 298214
TOPIK: SEBAB PERLINDUNGAN PELAJAR DARIPADA DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Sokongan Emosi dan Sosial 🥺🫂

• Perlindungan ini membolehkan pelajar sedar yakni mereka tidak perlu menangani sebarang masalah seksual yang dihadapi oleh mereka secara sendirian lagi malah mereka boleh mencari bantuan dan nasihat berkaitan isu seksual atau masalah emosi yang sedang dilaluinya.
• Pendedahan terhadap isu kesihatan mental yang berkait dengan trauma seksual, misalnya, depresi dan sebagainya boleh memberi kefahaman kepada pelajar untuk mengesan dan mengetahui sekiranya mereka mempunyai simptom atau tanda-tanda awal yang mungkin perlu diberi perhatian dan bantuan segera.

2. Persekitaran Pembelajaran yang Selamat 🏫

• Pembersihan daripada eksploitasi seksual dapat mencipta lingkungan di dalam institusi pendidikan yang selamat, mesra, dan bebas daripada ancaman seksual. Ini dapat mendorong pelajar untuk membina hubungan yang sihat dan berintegriti, sambil memberi mereka perasaan selamat. Peningkatan keyakinan dan kepercayaan terhadap komuniti institusi pendidikan juga dapat menyumbang kepada kehadiran pelajar yang lebih konsisten.

POSTING 6️⃣NAMA: LOGAMATHY A/P MURUGANNO MATRIK: 302810TOPIK: SEBAB PERLINDUNGAN PELAJAR DARIPADA DIEKSPLOITASI SEKSUAL ...
20/05/2024

POSTING 6️⃣

NAMA: LOGAMATHY A/P MURUGAN
NO MATRIK: 302810
TOPIK: SEBAB PERLINDUNGAN PELAJAR DARIPADA DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Rasa Aman Terhadap Diri Sendiri 🤗

• Ketika pelajar merasa dilindungi dari bahaya eksploitasi seksual, mereka merasa lebih aman di lingkungan sekolah atau institusi pendidikan. Keamanan ini memberi mereka rasa percaya diri untuk berpartisipasi aktif dalam kegiatan belajar dan ekstrakurikuler tanpa khawatir akan risiko penyalahgunaan atau eksploitasi.

2. Penegakan Hukum dan Akuntabilitas 👩‍⚖️👨‍⚖️

• Melalui implementasi kebijakan yang ketat dan penegakan hukum yang konsisten terhadap pelaku pelecehan seksual (harassment), lingkungan pendidikan dapat menegaskan bahawa perilaku semacam itu tidak akan ditoleransi.
• Ini dapat menjadi pencegahan yang kuat terhadap pelecehan di masa depan dan memberikan kepercayaan kepada pelajar bahawa mereka dapat melaporkan kasus pelecehan tanpa takut akan konsekuensi negatif.

POSTING 5️⃣NAMA: SUMITA A/P RAJASENGARAN NO MATRIK: 298108TOPIK: CARA MENGATASI ISU PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL 1. Med...
20/05/2024

POSTING 5️⃣

NAMA: SUMITA A/P RAJASENGARAN
NO MATRIK: 298108
TOPIK: CARA MENGATASI ISU PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Media Massa📱

• Media massa juga berperanan penting dalam menyedarkan masyarakat tentang keselamatan pelajar yang kian terancam hari ini. Media massa sewajarnya menyiarkan iklan atau rancangan yang berkaitan supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa sedar dan mengambil tindakan yang drastik untuk mengelakkan kanak kanak daripada menjadi mangsa jenayah. Siaran daripada media massa dapat memancing perhatian dan kerjasama masyarakat untuk menghulurkan bantuan demi menyelamatkan kanak-kanak yang hilang atau diculik.
• Tapisan rancangan ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai sehingga membangkitkan nafsu manusia yang jelik hendaklah dilaksanakan. Bahan lucah yang berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali. Natijahnya, semua media perlu menghalang rancangan yang berunsur ganas dan berusaha menginsafkan masyarakat kita untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa.

2. Kerjasama Antarabangsa 🌏

• Kerjasama antarabangsa adalah penting dalam melindungi daripada eksploitasi seksual, memandangkan sifat jenayah ini yang sering merentasi sempadan negara. Pelaksanaan konvensyen antarabangsa, seperti Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak dan Protokol Pilihan mengenai Penjualan Kanak-Kanak, Pelacuran Kanak-Kanak dan Pornografi Kanak-Kanak, membantu mewujudkan piawaian global untuk melindungi kanak-kanak. Pertukaran maklumat dan sumber antara negara juga penting untuk memerangi rangkaian eksploitasi seksual antarabangsa.
• Di samping itu, negara harus bekerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang rentas sempadan, termasuk melatih penguatkuasaan undang-undang dan berkongsi teknologi dan kaedah penyiasatan. Dengan kerjasama antarabangsa yang kukuh, usaha untuk mencegah dan mendakwa eksploitasi seksual boleh menjadi lebih berkesan, memberikan perlindungan yang lebih baik untuk individu di seluruh dunia.

POSTING 4️⃣NAMA: TAN PEI XIN NO MATRIK: 298179TOPIK: CARA MENGATASI ISU PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL 1. Penyeliaan & Pe...
20/05/2024

POSTING 4️⃣

NAMA: TAN PEI XIN
NO MATRIK: 298179
TOPIK: CARA MENGATASI ISU PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Penyeliaan & Pengawasan 📖

• Kita perlukan menyediakan persekitaran yang menyokong seperti memasang kamera litar dan menambah guard keselamatan membuat rondaan di sekeliling persekitaran sekolah. Hal ini kerana, kewujudan persekitaran yang selamat dan selesa sangat penting kepada pelajar supaya keselamatan mereka dapat dijamin dan mereka dapat membuat laporan kepada mana-mana pihak apabila inside eksploitasi berlaku tanpa rasa takut terhadap tindak balas.

2. Pembangunan Kemahiran Pertahanan👮

• Kita juga perlu menggalakkan pembangunan kemahiran pertahanan terhadap pelajar. Ibu bapa bermainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anaknya menyertai kelas pertahanan seperti Taekwondo🥋,Karate,Silat 🤼‍♀️dan Wushu 🤺untuk melatih kemahiran pertahanan.
• Pelajar dapat menguatkan keupayaan mereka dalam menjaga diri dari situasi yang berbahaya dan melindungi diri sendiri melalui kelas pertahanan.

Posting 3️⃣NAMA: LEOW HUI NINO MATRIK: 298197TOPIK: CARA MENGATASI ISU PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL1. Pendidikan & Kese...
20/05/2024

Posting 3️⃣

NAMA: LEOW HUI NI
NO MATRIK: 298197
TOPIK: CARA MENGATASI ISU PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Pendidikan & Kesedaran 🏫
• Program pendidikan seksual yang menyeluruh dan diadaptasi mengikut umur serta kempen kesedaran di sekolah dan masyarakat dapat memperkasakan pelajar untuk melindungi diri dari eksploitasi seksual. Pelajar perlu mendapatkan maklumat yang tepat dari institusi pendidikan bagi mengelakkan kesalahpahaman dan kekeliruan berhubung tubuh badan dan interaksi sosial sesama mereka.

2. Penguatkuasa Undang-undang📜
• Pihak berkuasa menegakkan undang-undang yang mengharamkan eksploitasi seksual termasuk tindakan undang-undang yang tegas terhadap penjenayah seksual, mengambil kira khususnya kasus yang melibatkan kanak-kanak.⚒️
• Meningkatkan pemantauan dan kawalan terhadap individu atau entiti yang berpotensi mencemari persekitaran pelajar dengan aktiviti seksual yang tidak wajar.

POSTING 2️⃣NAMA: TAN JUN HONGNO MATRIK: 298095TOPIK: FAKTOR PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL1. Kekurangan Keprihatinan dari...
20/05/2024

POSTING 2️⃣

NAMA: TAN JUN HONG
NO MATRIK: 298095
TOPIK: FAKTOR PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Kekurangan Keprihatinan daripada Keluarga 😢

• Kekurangan prihatinan daripada keluarga akan menyebab seseorang pelajar menghadapi risiko dieksploitasi seksual. Ini disebabkan mereka kurang diberikan kasih sayang dan prihatin, oleh itu jika ada seseorang memberikan sedikit kasih sayang kepada seseorang pelajar tersebut dia akan mengikuti apa-apa permintaan yang diminta. Ini menyebabkan kebarangkalian pelajar tersebut dieksploitasi seksual meningkat.
• Contohnya, jika pelajar A tidak mendapati kasih sayang dan prihatin daripada keluarganya sepanjang masa, dan pada masa tersebut seorang pengeksploitasi seksual memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada pelajar tersebut, ini akan menyebabkan pelajar tersebut mengikuti suruhan-suruhan pengeksploitasi tersebut.

2. Paksaan Pengeksploitasi 😨

• Sejumlah pelajar dieksploitasi seksual adalah disebabkan paksaan daripada pengeksploitasi seksual. Ini adalah kes benar dalam kalangan masyarakat kita ini. Pelajar sering dipaksa untuk menjalani aktiviti-aktiviti seksual oleh seseorang yang mempunyai kuasa terhadap pelajar tersebut.
• Contohnya, guru-guru pelajar, pengetua pelajar, personel yang mempunyai kuasa tinggi dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar akan kurang membantas permintaan yang tidak sesuai disebabkan status pengeksplotasi tersebut.

POSTING 1️⃣NAMA: CHAN SIN ROUNO MATRIK: 298296TOPIK: FAKTOR PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL 1. Kekurangan Pendidikan tenta...
18/05/2024

POSTING 1️⃣

NAMA: CHAN SIN ROU
NO MATRIK: 298296
TOPIK: FAKTOR PELAJAR DIEKSPLOITASI SEKSUAL

1. Kekurangan Pendidikan tentang Seksual 📖
• Pelajar yang kekurangan pendidikan tentang seksual akan melakukan kesalahan kerana mereka mungkin tidak memiliki pemahaman yang cukup tentang hubungan sihat, batasan pribadi, dan konsekuensi dari tindakan mereka.
• Misalnya, tanpa pendidikan seks yang cukup, seorang remaja mungkin tidak memahami pentingnya penggunaan proteksi saat berhubungan seks, yang dapat meningkatkan risiko penularan penyakit menular seksual (PMS) atau kehamilan yang tidak direncanakan.

2. Pengaruh Teknologi dan Media Sosial📱
• Penggunaan internet dan media sosial tanpa pengawasan yang memadai dapat membuka peluang bagi predator online untuk mengeksploitasi pelajar. Cyber grooming dan pemerasan seksual online adalah beberapa modus yang sering digunakan.
• Pelajar juga akan berkenalan dengan kawan baru dalam talian, malah berjumpa dengan mereka tanpa mengetahui latar belakang mereka, dan yang lebih parah lagi, mereka akan melakukan tindakan seksual yang melampau.

Address

UUM SINTOK KEDAH DARUL AHMAN

06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed University?

Share