A232 Mpu1022 Penghayatan etika dan peradaban kumpulan 8

A232 Mpu1022 Penghayatan etika dan peradaban kumpulan 8 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A232 Mpu1022 Penghayatan etika dan peradaban kumpulan 8, College & University, University Utara, Sintok.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera, tujuan kami mewujudkan page ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat...
18/05/2024

Assalammualaikum dan selamat sejahtera, tujuan kami mewujudkan page ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu perang antara Palestine dan Israel 🇮🇱 🇵🇸

Post 10Disediakan oleh: Nuratirah binti Khairul (300769)Tajuk: Konflik Israel dan PalestinAssalamualaikum dan Salam Biru...
18/05/2024

Post 10

Disediakan oleh: Nuratirah binti Khairul (300769)
Tajuk: Konflik Israel dan Palestin

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 💙

🇮🇱🇵🇸Konflik Israel dan Palestin merujuk kepada satu peperangan yang berlaku sehingga kini antara kedua-dua negara timur tengah, iaitu Israel dan Palestin yang merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang terbesar di seantero dunia. Secara umumnya, pertelingkahan yang berlaku pada masa kini merujuk kepada pertikaian antara dua kumpulan politik yang mempunyai ideologi yang berlainan dalam tuntutan ke atas kawasan tanah yang sama.🌍 Pelbagai usaha dan kaedah telah digunakan dan diterapkan ke dalam usaha penyelesaian masalah pertikaian yang berlaku seruis di negara tengah ini.
Konflik ini merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, dan agama. Rundingan pernah berlaku di antara kedua-dua pihak negara tetapi tidak membawa kesan yang positif. Oleh itu masalah ini masih belum mencapai jalan penyelesaian yang berkesan. 😢Konflik yang melanda kedua-dua negara ini menjadi lebih seruis apabila kuasa-kuasa barat campur tangan sama ada secara langsung atau tidak secara langsung.🤝 Misalnya, negara barat yang terbabit dan campur tangan ialah Amerika Syarikat, Britian dan sebagainya.

Posting 9Disediakan oleh: Lim Yen Chee (300828)Tajuk: Perang Palestin Dan IsraelSubtopik: Penderitaan kehidupan penduduk...
17/05/2024

Posting 9
Disediakan oleh: Lim Yen Chee (300828)
Tajuk: Perang Palestin Dan Israel
Subtopik: Penderitaan kehidupan penduduk Palestin dalam peperangan

Selamat Sejahtera dan Salam Biru Warna. 💙🩵

🇮🇱🇯🇴Peperangan Israel - Palestin tidak bermula pada 2008, 2012 mahupun pada 7 Oktober 2023. Sesungguhnya, ini bukan kali pertama konflik Palestin-Israel mendapat perhatian dunia. Peperangan tersebut telah membawa penderitaan yang meresap ke dalam setiap aspek kehidupan rakyat Palestin.🤕

😢Kehilangan ahli keluarga dan orang cinta👨‍👩‍👧
Tentera Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid terhadap keluarga penduduk Palestin. Menurut laporan TRT World, pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 itu telah meningkat kepada 35,800 kematian dengan tambahan 80,200 yang lain cedera. 🧑‍🦽Dr Ziad berkata, “Semua keluarga akan menangis. Setiap keluarga, sudah pasti mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang mati syahid, atau cedera, dan majoriti daripada mereka sudah kehilangan tempat tinggal.” ☹️Untuk membuktikan fakta ini, seorang mangsa menyatakan bahawa dukacita kehilangan 47 ahli keluarga termasuk ibu bapa, dua abang, beberapa anak mereka dan sepupu akibat daripada pengeboman pesawat pejuang Israel.

😣Bekalan keperluan harian yang terhad💧🍚🫕
Barangan keperluan seperti bekalan air menjadi terhad disebabkan gangguan rantaian bekalan, dan menyusahkan kehidupan harian penduduk Palestin. Walaupun badan kemanusiaan mengerahkan penyaluran bantuan untuk ribuan rakyat Palestin yang sangat memerlukan, tetapi laluan mereka tersekat akibat kerenah birokrasi dan bantahan penduduk Israel.⚠️ 25 peratus penduduk atau sekurang-kurangnya 576,000 orang di Gaza, selangkah lagi menghampiri kebuluran, dengan satu daripada enam kanak-kanak bawah umur dua tahun di utara Gaza mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.‼️️ Bukan itu sahaja, 97 peratus air bawah tanah di Gaza dilaporkan tidak sesuai bagi kegunaan manusia dan pengeluaran pertanian juga merosot.🚰

😰Kemusnahan infrastruktur🚑🏥💊
Peperangan mengakibatkan kemusnahan teruk terhadap infrastruktur seperti hospital, jalan raya, dan lain-lain. Kemusnahan jalan raya menjadi rintangan besar bagi pasukan ambulans dan penyelamat untuk mencapai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bertaburan di jalan raya merentasi kawasan yang dilanda perang.⛔️ Dua hospital terakhir yang berfungsi di wilayah Jabalia di utara Gaza kekal di bawah pengepungan Zionis selama beberapa hari ketika tentera Israel menyasarkan kemudahan kesihatan kritikal dengan tembakan senjata.⚔️💣

👉Pada pendapat saya, kehidupan penduduk Palestin mengalami penderitaan kerana suasana yang huru-hara semasa peperangan.😿 Mereka menghadapi cabaran yang besar untuk mendapat barang keperluan seharian, serta hidup dalam ketakutan terhadap serangan💣 yang boleh dilakukan oleh tentera Israel pada bila-bila masa. Saya berasa sangat sakit hati dengan angka kematian dan kecederaan yang semakin meningkat.⬆️ Video dan gambar tentang keadaan rakyat Palestin selepas serangan yang dimuatnaikkan oleh pihak berkuasa dalam media sosial menimbulkan perasaan simpati dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Saya berpendapat bahawa konflik dari segi politik haruslah diselesaikan dengan cara yang damai🤝 seperti perundingan, bukan peperangan. 🔪Peperangan merupakan satu hal yang kejam dan melanggar prinsip-prinsip kemanusiaan kerana mewujudkan penderitaan kehidupan yang tak terhingga.😭😱Semoga perang antara Palestin dan Israel dapat diakhiri dengan secepat mungkin, dan penduduk Palestin dapat hidup dalam keamanan.



Sumber:
1. https://harakahdaily.net/index.php/2024/05/24/9-genosid-dalam-24-jam-israel-bunuh-91-rakyat-palestin/ #:~:text=Pihak%20berkuasa%20kesihatan%20tempatan%20itu,lain%20cedera%2C%20lapor%20TRT%20World.
2. https://www.hmetro.com.my/global/asia/2023/11/1033291/hilang-47-ahli-keluarga-kerana-israel
3. https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2024/02/1217501/penduduk-gaza-di-ambang-kebuluran-tiada-bekalan-air-bersih-wfp

Post 8Disediakan oleh : Aunie Nazifah binti Mohd Hanif (300937)Topik : Kesan Peperangan Israel Hamas terhadap ekonomi du...
17/05/2024

Post 8

Disediakan oleh : Aunie Nazifah binti Mohd Hanif (300937)
Topik : Kesan Peperangan Israel Hamas terhadap ekonomi dunia 🇵🇸🇮🇱

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 💙

Konflik yang berterusan di Gaza antara Israel dan Hamas boleh memberi kesan negatif terhadap ekonomi dunia.😢 Arab Saudi telah menekankan kepentingan kestabilan serantau dan memberi amaran tentang kesan perang ini pada ekonomi global semasa Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) yang diadakan di Riyadh.⚖️

Perang di Gaza bermula dengan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel, dilancarkan oleh kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober. Serangan tersebut mengakibatkan kematian kira-kira 1,170 orang, kebanyakannya orang awam. Sebagai tindak balas, Israel melancarkan serangan balas yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 34,388 orang di Gaza terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.👩‍👧‍👧

Konflik ini juga memberi tekanan kepada keadaan ekonomi semasa💸, terutama dengan adanya konflik lain seperti di Ukraine yang turut memberikan tekanan. Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed al-Jadaan, menekankan bahawa rantau ini memerlukan kestabilan untuk mengelakkan kesan lanjut yang lebih buruk terhadap ekonomi global.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa supaya kemenangan peperangan ini berpihak kepada Palestin dan dunia kita menjadi lebih aman dan harmoni. Amin 🤲🏻

Sekian

Post 7Disediakan Oleh : Nurul Syafiqah binti Jainal (300744) Topik: Peranan pihak kerajaan dalam isu palestin 🇵🇸 Assalam...
17/05/2024

Post 7

Disediakan Oleh : Nurul Syafiqah binti Jainal (300744)
Topik: Peranan pihak kerajaan dalam isu palestin 🇵🇸

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 💙

SIDANG Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan yang berlangsung baru-baru ini di Riyadh, Arab Saudi telah selamat melabuhkan tirainya. Persidangan khas ini merupakan respon dan reaksi dunia Islam terhadap situasi yang semakin meruncing di bumi Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza. Persidangan yang dihadiri oleh negara anggota OIC dan juga negara anggota Liga Arab ini telah melahirkan beberapa resolusi penting berkaitan isu genosid rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Dalam kerangka ini, Malaysia merupakan antara anggotanya yang kekal konsisten memainkan peranan dalam usaha mencapai perdamaian dan keamanan di tengah-tengah ketegangan dan kerumitan isu Palestin❤️. Kali ini, Malaysia hadir membawa hasrat umat Islam negara ini yang ingin melihat tindakan yang jelas dalam membela hak warga Palestin. Ini jelas melalui kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir: “Perlu ada penegasan, ada langkah-langkah ke hadapan daripada negara-negara anggota untuk menyegerakan proses gencatan senjata, untuk segera dihentikan serangan dan pembunuhan kejam oleh rejim (Israel) yang tidak berperikemanusiaan ini”.

Di sini jelas menunjukkan Malaysia yang konsisten mempamerkan keterlibatannya dalam usaha mencari kedamaian dan meastikan keselamatan global, terutamanya dalam dunia Islam. Ini dilakukan melalui pelbagai kaedah diplomasi, penyampaian bantuan kemanusiaan, inisiatif mediasi dan dialog, dan lobi antarabangsa, yang dilatari dengan cabaran geopolitik dan ideologi yang rencam dan pelbagai.

Sekian Terima Kasih. 🤍🇵🇸

Post 6Disediakan oleh: Siti Nur Iffah Binti Mohd Nasir (300939)Topik: Langkah -langkah yang dapat kita lakukan untuk mem...
17/05/2024

Post 6

Disediakan oleh: Siti Nur Iffah Binti Mohd Nasir (300939)
Topik: Langkah -langkah yang dapat kita lakukan untuk membantu rakyat Palestin:

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna.

Perjuangan rakyat Palestin 🇵🇸 tidak dapat dipisahkan dengan perjuangan hak asasi manusia dilanggar bertahun-tahun Zionis Israel. Sekian lama, tindakan mereka dikecam masyarakat dunia termasuk umat Islam. Malah, Masjid Al-Aqsa, iaitu masjid ketiga paling suci sudah banyak kali dicerobohi. Kita tidak boleh jemu mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa 🕌dan seluruh tanah air Palestin. Namun, kita mungkin tidak berdaya untuk membantu kerana jauh dengan mereka. Kita juga tidak pernah merasai keperitan seperti mereka. Jadi, sejauh mana keprihatinan kita sebenarnya kepada penduduk Palestin?
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membantu rakyat Palestin.

1. Doa 🤲🏻: Doa adalah bentuk dukungan yang paling mudah dan kuat. Berdoalah agar konflik di Palestin segera berakhir dan dunia menjadi damai kembali .

2. Sumbangan / Derma: Banyak institusi membuka perkhidmatan derma untuk Palestin. Setiap sumbangan , besar atau kecil ,amat bermakna kepada saudara kita di Gaza.

3. Pendidikan dan Kesedaran : Mengajak orang sekeliling kita untuk menyokong Palestin dengan menggunakan media sosial 📱untuk menyebarkan maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku di sana dan membezakannya dengan maklumat salah yang disebarkan.

4. Boikot Produk Pro-Israel : Kita boleh memilih untuk tidak membeli produk yang menyokong Israel dan memilih produk Palestina atau produk tempatan sebagai bentuk sokongan ekonomi.

Kesimpulannya, menjadi cakna dan berhati-hati dengan tindakan mereka tidak seharusnya dipengaruhi oleh musim. Kita haruslah ikut contoh seperti penduduk Palestin yang tidak mudah menyerah kalah. Mereka terus melawan dengan batu walaupun Israel terus menceroboh dan menghalau mereka dengan senjata 🔪. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah terus- menurus membantu dan menyokong sedaya upaya sehingga menjadi damai kembali Insyallah Aaminn Ya Rabb…

Sekian daripada saya, Terima Kasih 😊

Post 5Disediakan oleh: Nur Ilya Natasya Bt Abdull Ghani (300906)Topik: Sebab utama berlakunya peperangan Hamas-Israel As...
17/05/2024

Post 5

Disediakan oleh: Nur Ilya Natasya Bt Abdull Ghani (300906)
Topik: Sebab utama berlakunya peperangan Hamas-Israel

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 💙🤍
Dunia secara umumnya terkejut dengan apa yang berlaku di Gaza ketika ini, pertembungan antara Israel 🇮🇱 dan Palestin 🇵🇸 yang belum pernah disaksikan oleh sejarah manusia moden. Hamas merupakan pejuang yang berada di dalam Gaza, bukan sebahagian daripada kerajaan hari ini, akan tetapi mempunyai satu keupayaan yang luar biasa dalam kapasiti yang amat terhad. Serangan yang dilakukan secara mengejut oleh Hamas adalah demi mendapatkan semula tanah yang telah dirampas oleh Israel.

Serangan ini dilakukan bagi mendapatkan semula tanah penduduk Palestin yang diceroboh dan dirampas secara haram oleh rejim Zionis Yahudi tajaan Israel. Sejak tertubuhnya negara haram Israel pada 1947 melalui perjanjian Balfour, sejak itulah negara Palestin cuba dipadamkan dari peta dunia. Malah hasil perjanjian persempadanan yang dimeterai pada 1967 selepas perang Arab-Israel tidak pernah dipatuhi oleh Israel. Hingga kini, Israel berterusan menceroboh masuk ke tanah penduduk Palestin, merampas dari mereka yang telah mendudukinya sejak ratusan tahun lalu malah menakluki secara kejam rumah dan harta benda yang dimiliki oleh masyarakat Palestin. 💸Selain itu, Israel juga bertindak gila dengan melakukan pengeboman dan memusnahkan 😭semua infrasruktur termasuk hospital yang menempatkan rakyat palestin yang tercedera.

Setiap kali pencerobohan dilakukan oleh Israel, pastinya berlaku penentangan dan akan berakhir dengan kematian. Dicatatkan setiap tahun secara puratanya 1,200 hingga 2,500 masyarakat Palestin mati akibat kekejaman Yahudi dalam banyak bentuk penentangan yang berlaku dek provokasi Yahudi terutamanya dalam kes terkait Al-Aqsa.🤕 Setiap hari jumlah korban semakin meningkat akibat peperangan ini sehingga mencecah 35,000 yang terbunuh selama peperangan. Hamas yang melihat perkara ini sejak lama, menyimpan segala kekuatan yang ada untuk bertindak balas dalam masa yang tepat, maka kejadian serangan terbaharu ini jelas adalah produk hasil kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis pada masyarakat Islam di Palestin dan juga menafikan hak umat Islam seluruhnya.😱

Secara keseluruhannya, konflik ini telah menyebabkan kerugian besar dalam hal korban jiwa dan kemusnahan infrastruktur di kedua belah pihak.

Sekian daripada saya, Terima kasih.

Post 4Disediakan oleh: Intan Hafinas Binti Mohamad Zain (300786) Topik: Kesan-Kesan Konflik Antara Palestin dan IsraelAs...
17/05/2024

Post 4

Disediakan oleh: Intan Hafinas Binti Mohamad Zain (300786)
Topik: Kesan-Kesan Konflik Antara Palestin dan Israel

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 💙

Peperangan yang tercetus antara Palestin dan Israel telah memberi kesan-kesan seperti berikut:

1) Kesan Terhadap Pendidikan📚
Menurut kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hasil laporan telah menunjukkan bahawa hampir 40 000 kanak-kanak Palestin di kawasan Gaza tidak mempunyai sekolah untuk menuntut pelajar an. 🏫 Hal ini berlaku atas sekatan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin yang kini sudah memasuki tahun kelima. Kesan daripada pertelingkahan antara Israel dengan Palestin di Gaza, hampir 82 peratus sekolah kerajaan terpaksa beroperasi dalam dua sesi persekolahan, laitu dari awal pagi hingga ke petang malam untuk menampung jumlah pelajar yang banyak atas kekurangan sekolah.

2) Kesan Terhadap Manusia 🫂
Peperangan yang kerap berlaku di kawasan timur tengah telah mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa di merata-rata tempat. ⚰️Mereka hanyalah orang biasa sahaja dan tidak mempunyai sebarang senjata. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak- kanak, wanita, dan orang tua dibunuh tanpa dedikasi dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh. Mangsa peperangan mengalami penderitaan akibat kehilangan orang yang tersayang bagi mereka seperti ahli keluarga ekoran daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak penceroboh. Sesetengah penduduk yang tidak terbunuh diseksa dengan teruk dan kejam oleh pasukan tentera penceroboh sehingga mengalami kecacatan yang kekal.🩼

3) Kesan Terhadap Ekonomi💰
Negara yang terbabit dalam peperangan secara langsung akan menjejaskan ekonomi negaranya sehingga menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Penduduk tempatan terpaksa melepaskan pekerjaan mereka yang sedia ada semata-mata untuk beperang dalam memelihara keamanan negara. Kesannya, aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan lain-lain lagi tidak dapat berjalan dengan lancar. Pelabur asing akan menarik semula semua dana yang telah disuntik dan dilabuh ke dalam ekonomi negara Israel dan Palestin. Kebanyakan pemilik firma telah membuat keputusan untuk memberhentikan operasi firma dan kembali pulang ke negara asal mereka kerana tidak berkeupayaan menanggung kos operasi. Ini akan menyebabkan negara yang terbabit mengalami kerugian yang agak besar. Kadar penggangguran dalam kalangan penduduk mengalami peningkatan dari semasa ke semasa seterusnya menyebabkan pembangunan negara terganggu.

4) Kesan Terhadap Harta Benda🏘️
Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda awam manusia. Tempat tinggal orang awam yang tidak berdosa dihancurkan oleh letupan bom💣 semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan diri dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa semasa peperangan berlaku. Jambatan dan bangunan pencakar langit yang dibina berjuta ringgit diroboh dalam masa sekelip mata akibat peperangan. Hal ini telah menyebabkan kerajaan dan para penduduk menghadapi kerugian yang besar.

Sekian daripada saya, terima kasih.

Post 3Disediakan oleh : Nur Allysha Tor Bi Fang (300931)Topik : Jauhi produk Pro-Israel Assalammualaikum dan Salam Biru ...
17/05/2024

Post 3

Disediakan oleh : Nur Allysha Tor Bi Fang (300931)
Topik : Jauhi produk Pro-Israel

Assalammualaikum dan Salam Biru Warna.

Dunia kini kita tidak dapat terhindar daripada membeli barangan dari pelbagai jenama.🛍️ Ketahuilah, setiap daripada pembelian akan menyumbang kepada syarikat perniagaan Rejim Zionis dan ia akan disalurkan sebagai bantuan bagi membiayai perbelanjaan mereka untuk menyerang Palestin. Tindakan kejam mereka yang terus menyerang Palestin menyebabkan majoriti orang Islam bertindak untuk memboikot produk dari Israel sebagai signal membantah tindakan kejam mereka. Boikot yang berterusan akan memberikan kesan ekonomi yang ketara kepada Israel. Sebagai individu yang mempunyai sifat perikemanusiaan, kita haruslah menahan diri daripada membeli barangan Israel bagi menyampaikan mesej kepada mereka serta menggesa mereka untuk menghentikan tindakan yang memudaratkan seluruh rakyat Palestin yang tidak bersalah itu. 🛒

Menurut NGO Aqsa Working Group dan , berikut antara produk popular Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel :

-Dior
-Coca Cola
-Pepsi
-Nescafe☕
-Starbucks
-Unilever
-HP (Hewlett Packard)
-Garnier
-Nike
-Puma👟
-Revlon
-Estee Lauder
-Apple (Mac)
-Palmolive
-Kellogg’s
-Nivea
-McDonald’s🍔
-Dove
-KitKat🍫
-Nestle
-Colgate
-Neutrogena
-Rexona
-Evian
-Marks & Spencer

Kesimpulannya, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh masyarakat dunia bagi menghentikan serangan dan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Umat Islam meliputi seramai 1.7 bilion di seluruh dunia dan jika separuh atau suku daripadanya memboikot, maka ia satu isyarat jelas kepada Israel. ⚠️Pengguna boleh menggantikan produk yang diboikot dengan barangan tempatan yang tidak kurang hebatnya. Sebelum membeli barangan, pengguna boleh merujuk senarai produk yang menyokong Israel di media sosial ataupun di aplikasi internet sebagai panduan sebelum membeli barangan.🛍️

Sekian Daripada Saya, Terima Kasih🫶.

Post 2Disediakan oleh: Balqis Syaba binti Mhd Fazzil (300934)Topik: Langkah - Langkah Meningkatkan Kesedaran Tentang Per...
17/05/2024

Post 2
Disediakan oleh: Balqis Syaba binti Mhd Fazzil (300934)
Topik: Langkah - Langkah Meningkatkan Kesedaran Tentang Perang Israel-Palestine

Assalammualaikum dan Salam Biru Warna☺️

Bayangkan hidup di sebuah tempat di mana akses kepada air bersih dan elektrik adalah kemewahan dan bukan keperluan. Bagi rakyat di Palestin, ini adalah realiti yang perlu mereka hadapi setiap hari akibat daripada konflik ini. Namun, masih ramai yang belum tahu atau tidak ingin tahu tentang isu ini seperti “katak di bawah tempurung”. Jadi, posting ini adalah bertujuan untuk membincangkan langkah untuk meningkatkan kesedaran tentang perang Israel-Palestin kepada masyarakat.

1. Penggunaan Media Sosial📱
Pada zaman ini, saya yakin bahawa semua orang mempunyai media sosial masing-masing, entah itu Facebook, Instagram,dll. Jadi tiada salahnya untuk kita meluangkan beberapa minit untuk membaca isu-isu semasa berkenaan Palestin. Bukan itu sahaja, berita, artikel, dan fakta tentang situasi di Palestin hendaklah disebarkan di platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok. Namun, maklumat yang dikongsi hendaklah tepat dan sahih. Bukan itu sahaja, masyarakat juga boleh mengadakan kempen di media sosial dengan mengunakan hashtag yang relevan dan boleh menarik perhatian orang ramai seperti atau . Selain itu, seperti yang kita tahu, artis-artis dan influencer-influencer adalah individu yang mampu untuk mempengaruh masyarakat dari segala segi di media sosial. Oleh itu mereka ini memainkan pernana besar untuk menyebarkan kesedaran mengenai perang Israel-Palestine ini.

2. Pendidikan dan Sekolah📖
Sekolah adalah saluran yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu yang sedang berlaku di Palestine. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar di media sosial termasuklah berita palsu yang telah luas disebarkan oleh Israel. Jadi, sekolah atau guru-guru inilah yang harus memastikan kanak-kanak ini berada di garisan yang betul dengan menerapkan pelajaran mengenai Palestine dari semasa ke semasa .

3. Menggunakan Platform Seni dan Hiburan🎥
Pengkarya seni tempatan hendaklah digalakkan untuk menghasilkan karya yang berkaitan dengan isu Palestine bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai isu ini. Muzik, filem dan dokumentari boleh digunakan untuk menceritakan kisah rakyat Palestine. Seperti yang kita tahu, masyarakat Malaysia amatlah “supportive” mengenai karya seni tempatan, oleh itu peluang ini boleh digunakan dengan menghasilkan karya berkaitan isu Palestine bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat berkaitan isu ini.

Konklusinya, dengan melaksanakan langkah-langkah ini, insyaallah kita dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu-isu yang dihadapi oleh rakyat Palestine dan menyokong usaha untuk mencapai keadilan dan kemerdekaan mereka.

Sekian daripada saya, Terima kasih🥰.

Post 1Disediakan oleh: Cheng Yu Rong (300901)Topik: Latar Belakang Isu Israel dan PalestinSalam Biru Warna💙🤍Isu Israel d...
17/05/2024

Post 1

Disediakan oleh: Cheng Yu Rong (300901)
Topik: Latar Belakang Isu Israel dan Palestin

Salam Biru Warna💙🤍

Isu Israel dan Palestin mempunyai akar sejarah yang mendalam dan kompleks. 🇵🇸Konflik ini bermula dari awal abad ke-20 apabila gerakan Zionis mula memperjuangkan penubuhan negara Yahudi di Palestin, yang ketika itu di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah dan kemudian Mandat British. 💂‍♀️ Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencadangkan pelan pembahagian tanah Palestin untuk menubuhkan dua negara, satu untuk orang Yahudi dan satu untuk orang Arab. 🌍Walaupun pemimpin Yahudi menerima pelan ini, pemimpin Arab menolaknya, menyebabkan ketegangan yang akhirnya meletus dalam peperangan selepas penubuhan negara Israel pada tahun 1948. 💥

Selepas penubuhan Israel, konflik bersenjata antara Israel dan negara-negara Arab serta penduduk Palestin terus berlaku. 😢 Pada tahun 1967, Perang Enam Hari membawa kepada pendudukan Israel ke atas Tebing Barat, Gaza, dan Timur Baitulmaqdis, yang menambah lagi ketegangan. 🤯Penduduk Palestin di kawasan yang diduduki mengalami sekatan ekonomi, politik, dan sosial yang berterusan, dan isu penempatan haram Yahudi di wilayah-wilayah ini menjadi salah satu punca utama ketegangan yang berlarutan hingga kini.🤕

Usaha damai seperti Perjanjian Oslo pada 1993 memberi harapan sementara, tetapi pelaksanaan dan komitmen kedua-dua belah pihak sering terhalang oleh keganasan dan ketidakpercayaan.😔 Konflik ini bukan sahaja mengenai sempadan fizikal, tetapi juga soal identiti, hak kembali pelarian Palestin, dan status Baitulmaqdis.😵 Walaupun terdapat pelbagai usaha antarabangsa untuk mencapai penyelesaian dua negara, perbezaan mendalam antara aspirasi nasional kedua-dua pihak menjadikan konflik ini antara yang paling sukar diselesaikan di dunia.❤️‍🩹

Address

University Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A232 Mpu1022 Penghayatan etika dan peradaban kumpulan 8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share