Etika dan Peradaban A251 Kumpulan 5 - Buli Dalam Kalangan Pelajar

Etika dan Peradaban A251 Kumpulan 5 - Buli Dalam Kalangan Pelajar Kami pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) semester A251 bagi subjek MPU1022 Penghayatan Etika dan Peradaban N Kumpulan 10. 🤗

[POSTER KUMPULAN 10 🖼️]🚫 HENTIKAN BULISetiap hari, ada anak yang p**ang ke rumah dengan hati yang terluka, bukan sebab j...
05/12/2025

[POSTER KUMPULAN 10 🖼️]
🚫 HENTIKAN BULI
Setiap hari, ada anak yang p**ang ke rumah dengan hati yang terluka, bukan sebab jatuh, tapi sebab disakiti.
Buli bukan sekadar gurauan. Ia meninggalkan parut yang orang lain tak nampak.

💔 Tiada siapa yang layak disakiti.
💛 Jadilah suara yang menghentikan buli, bukan tangan yang meneruskan.

Kita semua ada peranan.
📣 Tegur.
🤝 Sokong.
🛡️ Lindungi.

Mulakan dengan kita.

🌸 Posting Kesembilan: Kesimp**an 🌸    Disediakan oleh: Maslina Binti Khalid Shah (314664)▪️Buli sememangnya satu perkara...
03/12/2025

🌸 Posting Kesembilan: Kesimp**an 🌸
Disediakan oleh: Maslina Binti Khalid Shah (314664)

▪️Buli sememangnya satu perkara yang perlu dicegah kerana buli merupakan perlakuan yang boleh menyakiti serta menganiaya individu secara fizikal, verbal atau psikologi. Buli boleh berlaku di mana-mana sahaja dan memberi kesan yang sangat negatif terhadap seseorang.

▪️Semua pihak perlulah mengambil berat serta bekerjasama bagi menangani isu buli supaya dapat mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan bebas daripada buli untuk setiap individu.

🛑 Buli boleh mencederakan fizikal dan emosi.Mari bersama:

♥️ Empati - Fahami perasaan orang lain
🤝 Hormat - Hargai setiap individu
⭐ Tanggungjawab - Bersama mencegah buli

Posting Kelapan🐻: CONTOH KES BULI YANG PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA💔Disediakan Oleh: RASIGAA A/P P.BASIKARAN 314898Berikut...
03/12/2025

Posting Kelapan🐻: CONTOH KES BULI YANG PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA💔

Disediakan Oleh: RASIGAA A/P P.BASIKARAN 314898

Berikut merupakan kronologi kes buli pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM ), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang mengemparkan seluruh warga Malaysia. 😔

HENTIKAN BULI✋🏽🚫

🤝 Posting ketujuh: HUBUNGAN ANTARA MANGSA DAN PEMBULI 🧩 Disediakan oleh: Fazrina Binti Hafizan (314575)1. Dinamik Kuasa ...
02/12/2025

🤝 Posting ketujuh: HUBUNGAN ANTARA MANGSA DAN PEMBULI 🧩

Disediakan oleh: Fazrina Binti Hafizan (314575)

1. Dinamik Kuasa ⚖️
Pembuli biasanya memilih mangsa yang lemah atau mudah dikawal, jadi mereka berasa berkuasa manakala mangsa berasa tertekan.

2. Hubungan Berulang 🔄
Mangsa dan pembuli mungkin berinteraksi berulang kali di sekolah, media sosial, atau aktiviti lain, menyebabkan buli berlarutan jika tidak dihentikan.

3. Kesan Saling Terkait 🔁
Kadang-kadang mangsa yang selalu dibuli mula membuli orang lain kerana rasa marah atau tertekan, mewujudkan bulatan negatif.

4. Kepentingan Intervensi Awal 🛑🤝
Guru, ibu bapa, dan rakan sebaya boleh membantu melalui kaunseling atau program restorative justice supaya kedua-dua pihak belajar empati dan tingkah laku yang lebih baik.

🌷Posting Keenam : Peranan Pihak Berkepentingan👮‍♀️👨‍🏫Disediakan oleh : Eliana Thien 314917Menangani isu buli memerlukan ...
01/12/2025

🌷Posting Keenam : Peranan Pihak Berkepentingan👮‍♀️👨‍🏫
Disediakan oleh : Eliana Thien 314917

Menangani isu buli memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Guru dan pensyarah memainkan peranan penting dalam memantau tingkah laku pelajar serta mengambil tindakan awal apabila berlaku perubahan emosi atau prestasi. Ibu bapa p**a bertanggungjawab mengawasi perkembangan anak, mendengar masalah mereka, dan mendidik mereka mengenai empati serta hormat-menghormati. Rakan sebaya juga perlu bertindak sebagai penyokong dan tidak berdiam diri apabila menyaksikan insiden buli. Institusi pendidikan harus menyediakan polisi anti-buli yang jelas dan menetapkan saluran pelaporan yang mudah diakses. Masyarakat secara umum p**a harus meningkatkan kesedaran mengenai kesan negatif buli demi membentuk budaya yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.🙆🏻‍♀️🙆🏻‍♂️

🌸Posting kelima: Cadangan Penambahbaikan📝Disediakan oleh: Eliana Thien 314917Untuk memastikan isu buli dapat ditangani s...
30/11/2025

🌸Posting kelima: Cadangan Penambahbaikan📝
Disediakan oleh: Eliana Thien 314917

Untuk memastikan isu buli dapat ditangani secara berkesan, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan secara berterusan. Antaranya ialah memperkenalkan program mentor-mentee di sekolah atau universiti bagi membimbing pelajar yang berisiko menjadi mangsa atau pembuli. Selain itu, institusi pendidikan boleh menyediakan latihan berkala mengenai etika, empati dan komunikasi berhemah bagi membina persekitaran pembelajaran yang selamat. Pelaksanaan sistem laporan buli tanpa nama juga mampu menggalakkan mangsa atau saksi tampil tanpa takut dibalas dendam. Pihak sekolah dan universiti digalakkan bekerjasama dengan kaunselor, pakar psikologi serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan sokongan lebih komprehensif kepada mangsa buli.🤝🏫

🌟 Posting keempat: CARA MENCEGAH BULI DALAM KALANGAN PELAJAR ❤️‍🩹📚Disediakan oleh: Fazrina Binti Hafizan (314575)1. Tera...
26/11/2025

🌟 Posting keempat: CARA MENCEGAH BULI DALAM KALANGAN PELAJAR ❤️‍🩹📚

Disediakan oleh: Fazrina Binti Hafizan (314575)

1. Terapkan Nilai Hormat-Menghormati 🤝
Apabila pelajar saling menghormati, mereka lebih memahami perbezaan dan mengelak menghina rakan sendiri. Contohnya dengan melakukan aktiviti berkump**an campuran kaum & kelas untuk pupuk rasa hormat.

2. Didik Empati & Moral 🧠
Apabila pelajar faham perasaan orang lain, mereka kurang cenderung untuk membuli. Contohnya, pelajar digalakkan menolong rakan yang susah atau kesepian, seperti menemani mereka semasa waktu rehat atau mengajak mereka untuk sertai aktiviti kelas.

3. Galakkan Komunikasi Beradab 🗣️
Bahasa yang baik melahirkan suasana sekolah yang harmoni. Bahasa kasar, mengejek dan memalukan rakan harus dihentikan.Contohnya, guru perlu menekan kan bahasa yang beradab kepada pelajar, biasakan kata “tolong”, “maaf”, “terima kasih”.

4. Tindakan Disiplin Tegas ⚖️
Hukuman mesti mendidik, bukan menjatuhkan maruah. Tegas, tetapi tetap adil. Contohnya, sesi kaunseling dan khidmat masyarakat bagi pelajar yang membuli.

5. Kukuhkan Peranan Komuniti Sekolah 🛡️
Guru, pelajar, ibu bapa & kaunselor perlu bekerjasama menangani isu buli secara kolektif. Contohnya, dengan menubuhkah “Pasukan Antibuli” untuk pantau dan sokong mangsa.

🛑 Buli bukan budaya kita. Etika & peradaban bermula dengan diri kita sendiri ✨

🐻Posting Ketiga: Kesan-kesan akibat buliDisediakan oleh: Rasigaa A/P P.Basikaran🤓Nombor matrik: 3148981. Kesan dari segi...
26/11/2025

🐻Posting Ketiga: Kesan-kesan akibat buli

Disediakan oleh: Rasigaa A/P P.Basikaran🤓
Nombor matrik: 314898

1. Kesan dari segi psikologi 🧠– Mangsa boleh rasa sedih, tertekan, takut, rendah diri atau hilang keyakinan diri.

2. Kesan dari segi emosi ☹️– Mangsa mudah marah, cemas, menangis atau rasa terasing daripada kawan-kawan.

3. Kesan dari segi akademik 📚– Mangsa mungkin gagal fokus, ponteng sekolah atau prestasi akademik menurun kerana stres.

4. Kesan dari segi fizikal 👤– Mangsa boleh mengalami cedera jika buli fizikal, sakit kepala, gangguan tidur atau sakit perut akibat tekanan.

🥀 Posting Kedua: Faktor Berlakunya Buli Disediakan oleh: Maslina Binti Khalid Shah 3146641️⃣ Pengaruh Rakan Sebaya ▪️Ram...
25/11/2025

🥀 Posting Kedua: Faktor Berlakunya Buli

Disediakan oleh: Maslina Binti Khalid Shah 314664

1️⃣ Pengaruh Rakan Sebaya

▪️Ramai pelajar melakukan perbuatan buli kerana ingin dilihat berani dan takut diketepikan oleh rakan yang lain. Tekanan dari rakan menyebabkan mereka meniru tingkah laku tersebut dan menyebabkan mereka yakin bahawa membuli itu normal.

2️⃣ Masalah Keluarga

▪️Keluarga yang berpecah belah seperti ibu bapa bercerai dan keganasan rumah tangga mempengaruhi emosi mereka dan menjadikan mereka meluahkan tekanan kepada orang lain. Ibu bapa yang tidak memberi didikan tentang adab dan sopan santun juga menggalakkan terjadinya buli.

3️⃣ Kurang Didikan tentang Empati

▪️Mereka yang tidak dididik dengan sifat empati mungkin tidak sedar perbuatan membuli boleh menyakiti orang lain. Kurangnya nilai moral dalam diri individu juga membuat mereka lebih cenderung melakukan perbuatan negatif seperti membuli.

4️⃣ Media Sosial

▪️Pengaruh media sosial yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti kandungan ganas dan penyebaran fitnah membentuk kepada sifat negatif dalam kalangan pengguna terutama anak muda. Penggunaan media sosial tanpa kawalan juga menyebabkan terjadinya buli siber.

Address

Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika dan Peradaban A251 Kumpulan 5 - Buli Dalam Kalangan Pelajar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share