JABT Hub

JABT Hub Media Jabatan Alam Bina, Seri Iskandar

Link to another platform:
TikTok: https://urls.host/4xfnv

Alhamdulillah, delegasi UiTM Perak telah berjaya menyempurnakan program "UTS-UiTM PERAK CONNECT 2026: RESEARCH AND COMMU...
07/05/2026

Alhamdulillah, delegasi UiTM Perak telah berjaya menyempurnakan program "UTS-UiTM PERAK CONNECT 2026: RESEARCH AND COMMUNITY PROGRAM" bertemakan "Bridging Ideas, Building Impact" yang berlangsung dari 27 hingga 30 April 2026 di Sibu, Sarawak. Program merupakan inisiatif daripada Program Ukur Bahan UiTM Perak yang ditunjangi oleh Pengarah projek Prof Madya Sr Dr Haryati Md Isa. Turut menghadiri program tersebut adalah Ketua Jabatan Alam Bina dan Teknologi, TPr Dr Kushairi Rashid. Sepanjang empat hari mobiliti ini, para pelajar dan pensyarah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti akademik berimpak tinggi bersama University of Technology Sarawak (UTS) seperti Kem Penyelidikan, sesi pembentangan penyelidikan berkumpulan dan serta perbincangan strategik mengenai Geran Penerbitan Bersama. Program kali ini juga turut melibatkan promosi Program Pascasiswazah di UiTM Perak dengan memberikan pendedahan kepada mod penyelidikan campuran melalui program BE992 Doktor Falsafah Rekabentuk dan Alam Bina. Selain program berteraskan akademik, delegasi turut menyantuni masyarakat setempat melalui program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) di Rumah Panjang Sungai Passai yang memberikan pengalaman lapangan yang sangat berharga kepada semua peserta. Program mobiliti yang diakhiri dengan majlis penutup yang telah turut dihadiri oleh Dekan School of Built Environment (SBE) iaitu Prof Madya Sr Dr Tan Fock Kui, pada 30 April. Seramai dua orang pelajar UiTM Perak iaitu NURFAZLIYANA NATASYA BINTI MOHD dan SITI NOOR'AIN telah dipilih sebagai pembentang terbaik bagi Kem Penyelidikan yang dijalankan. Diharap jalinan kerjasama keilmuan dan kemasyarakatan antara kedua-dua buah universiti dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.

Enam bintang, satu kebanggaan.Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini , dari studio ke...
18/04/2026

Enam bintang, satu kebanggaan.

Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini , dari studio ke dunia sebenar.

Program Teknologi Rekabentuk Dalaman dan Program Senibina Dalaman, Fakulti Alam Bina, mendapat pengiktarafan 6 BINTANG daripada majikan.

Bunga melur di tepi perigi,Harum mekar di pagi hari,Dari Senibina UiTM Perak kami berdiri,Mohon maaf zahir batin setulus...
19/03/2026

Bunga melur di tepi perigi,
Harum mekar di pagi hari,
Dari Senibina UiTM Perak kami berdiri,
Mohon maaf zahir batin setulus hati.

Lukisan pelan penuh ketelitian,
Model dibina penuh kesungguhan,
Aidilfitri membawa seribu kemaafan,
Ukhwah terjalin, mengeratkan hubungan.

Pergi ke tapak melihat bangunan,
Singgah sebentar membeli lemang,
Syawal tiba penuh keriangan,
Dari Senibina UiTM Perak, salam sayang.

Sketch dilakar jadi realiti,
Struktur indah berdiri rapi,
Syawal hadir menyinari hati,
Maaf dipohon seikhlas hati.

Lukis pelan sampai tak tidur,
Model siap pagi menjelang,
Kalau tersilap tutur,
Raya ini maaf kita hulur dengan tenang.

18/03/2026

Kuih raya menghidang rasa. Kemaafan menghidang makna. Di pagi Syawal yang penuh cahaya, kita belajar bahawa hati yang memaafkan adalah juadah paling berharga.

Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin.

Pergi berkelah di tepi taman,Singgah sebentar membeli juadah,Lampu pelita berseri halaman,Syawal menjelma penuh keberkat...
12/03/2026

Pergi berkelah di tepi taman,
Singgah sebentar membeli juadah,
Lampu pelita berseri halaman,
Syawal menjelma penuh keberkatan,
Salam Aidilfitri kami ucapkan,

Dari Green Safe Cities penuh keikhlasan.

Dari Seri Iskandar membeli ketupat,Singgah sebentar membeli lemang.Syawal tiba membawa rahmat,Maaf dipohon kepada semua ...
12/03/2026

Dari Seri Iskandar membeli ketupat,
Singgah sebentar membeli lemang.
Syawal tiba membawa rahmat,
Maaf dipohon kepada semua yang tersayang.

Warga Program Ukur Bahan, UiTM Cawangan Perak ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Semoga semua ibadah yang kita laksanakan di bulan Ramadhan diterima Allah Insya Allah 🌙

Address

Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA Cawangan
Stiawan
32610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JABT Hub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share