Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Call Website Contact the university

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA Laman ini adalah salah satu platform komunikasi di antara Naib Canselor bersama Staf dan Pelajar
(1)

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—ฅ. ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—•๐—”๐—› ๐—”๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ & ๐—ฌ๐—•๐—ฅ๐—ฆ ๐——๐—ฅ. ๐—›๐—”๐—ญ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฉ๐—œ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›   Seluruh warga Universiti Teknologi ...
22/10/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—ฅ. ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—•๐—”๐—› ๐—”๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ & ๐—ฌ๐—•๐—ฅ๐—ฆ ๐——๐—ฅ. ๐—›๐—”๐—ญ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฉ๐—œ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›

Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada guru kami Dr. Habibah Ashari atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (Pakar Bidang Pendidikan) dan sahabat kami YBrs. Dr. Hazman Shah Vijayan Abdullah atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (Pakar Bidang Sains Pentadbiran).

Penganugerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Haji Idris Jusoh, Pro-Canselor UiTM.

Setinggi-tinggi tahniah daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta Seluruh Warga UiTM.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Pagi Khamis, 22 Oktober 2026, melakukan Kunjungan Hormat ke atas TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Datoโ€™ S...
22/10/2026

Pagi Khamis, 22 Oktober 2026, melakukan Kunjungan Hormat ke atas TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Datoโ€™ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib bersama Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi LPU, Datoโ€™ Mohd Azmi Hj Othman, Ahli LPU dan Rektor UiTM Pulau Pinang.

Menyampaikan taklimat ringkas perkembangan UiTM Pulau Pinang khususnya berkaitan bakat dalam bidang kejuruteraan dan Semikonduktor. Selain itu Tun juga menyatakan minat dan keperluan untuk meningkatkan hasil tangan seni tempatan dalam bidang seramik setelah menghadiahkan Seramik dari TPS Ceramic Hub kepada Tun.

TYT Tun pernah menjadi Pensyarah Undang-Undang di ITM satu ketika dahulu dan TS Pengerusi telah menghadiahkan sesalinan permohonan jawatan, surat tawaran pekerjaan dan surat berhenti kerja tulisan tangan Tun waktu itu sebagai rekod untuk simpanan peribadi Tun.

Perbualan sangat mesra, menyentuh pelbagai perkara termasuk hobi Tun berbasikal. Terima kasih TYT Tun atas kesudian menerima kunjungan dari UiTM, siap dengan jamuan minum pagi dan membawa kami melawat kediaman rasmi Seri Mutiara, Alhamdulillah. Terima kasih TYT Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib!

Sempat juga menyantuni ADC Tun yang juga Alumni UiTM. UiTM sentiasa di Hati!

Selesai di Seri Mutiara, menemani Tan Sri melawat kampus Permatang Pauh sebelum mempengerusikan panel temuduga Dekan petang ini.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Pagi 21 Oktober 2026, Alhamdulillah, menyempurnakan Sidang ke 8 Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 di Dewan Agung Tuanku C...
21/10/2026

Pagi 21 Oktober 2026, Alhamdulillah, menyempurnakan Sidang ke 8 Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Seramai 1,086 Graduan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Mereka merupakan graduan daripada:
โ— Fakulti Sains Gunaan
โ— Fakulti Sains Maklumat, serta
โ— Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Tahniah kepada semua graduan dan ibubapa serta keluarga!

Seri Menanti bandar diraja,
Tersergam indah teguh berdiri;
Insan berilmu dipandang mulia,
Akhlak terpuji disanjung tinggi.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Sidang ke-7 telah menyaksikan penganugerahan ijazah sarjana muda dan diploma kepada seramai 780 graduan dari UiTM Cawang...
21/10/2026

Sidang ke-7 telah menyaksikan penganugerahan ijazah sarjana muda dan diploma kepada seramai 780 graduan dari UiTM Cawangan Kelantan melibatkan:
โ— Fakulti Sains Komputer dan Matematik
โ— Fakulti Sains Maklumat, serta
โ— Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Tahniah kepada semua graduan dan ibubapa serta keluarga!

Wau bulan tinggi melayang,
Bayu berpuput di bumi desa,
Ilmu ditimba, budi dikenang,
Bakti dicurah, teruskan berjasa.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

20/10/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KALI KE-105

Menjunjung Kasih Tuanku๐Ÿ™๐Ÿผ.




๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Alhamdulillah, Isnin petang, 19 Oktober 2026, mempengerusikan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sidang 5) di Dewan Agung...
20/10/2026

Alhamdulillah, Isnin petang, 19 Oktober 2026, mempengerusikan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sidang 5) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Seramai 760 Graduan dari Fakulti Sains Gunaan telah menerima ijazah masing-masing.

Tahniah kepada semua graduan dan ibubapa serta keluarga!

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Selesai majlis Fakulti Muzik di Canselori, bergegas ke DATC, sempat hadir di hujung Sidang ke 4, yang menganugerahkan ge...
19/10/2026

Selesai majlis Fakulti Muzik di Canselori, bergegas ke DATC, sempat hadir di hujung Sidang ke 4, yang menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada dua orang lagi tokoh hebat UiTM iaitu YBhg. Datoโ€™ Dr. Rahmat Mohamad, Profesor Emeritus (Pakar Bidang Undang-Undang Antarabangsa) dan YBhg. Ir. Dr. Abdul Rahman Omar, Profesor Emeritus (Pakar Bidang Kejuruteraan Berorientasikan Manusia dan Sistem Pintar).

Tahniah kepada kedua-dua tokoh, semoga terus menyumbang bakti kepada UiTM dan nusa bangsa.

Turut menyantuni YBhg. Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi PLPU UTeM dan isteri, YBhg. Puan Sri Datoโ€™ Zalena Mohd Ariffin yang hadir untuk pengijazahan anakanda Muhamad Hateem Khan bin Ayob Khan. Tahniah Tan Sri atas kejayaan anakanda!

Sempat juga menyantuni rakan-rakan dari BEM yang menyediakan anugerah khas kepada pelajar kejuruteraan.

https://www.facebook.com/share/v/1J5kF3fncr/?mibextid=wwXIfr

https://www.facebook.com/share/v/1Cc2tF4a8M/?mibextid=wwXIfr

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Pagi 19 Oktober 2026, Menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Profesor Adjung Fakulti Muzik kepada Dato' Ramli M...
19/10/2026

Pagi 19 Oktober 2026, Menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Profesor Adjung Fakulti Muzik kepada Dato' Ramli Mohamed Salleh di Aras 7, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.

Tahniah kepada Tok Ram atas lantikan dan terima kasih juga atas persetujuan memerima lantikan ini bagi membantu UiTM memastikan kirikulum Muzik benar-benar memenuhi keperluan Industri Muzik.

Alhmdullillah sebelum majlis sempat berbual santai dengan Tok Ram dan isteri, berkongsi pendekatan terbaik untuk memastikan adab, jati diri dan nilai diri pelajar turut dibangunkan.

Terima kasih juga kepada pihak media yang hadir dan liputan yang telah dibuat. Terima kasih.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

18 Oktober 2026, mempengerusikan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sidang 3) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM...
19/10/2026

18 Oktober 2026, mempengerusikan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sidang 3) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Seramai 984 Graduan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Muzik dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi telah bergraduat.

Tahniah semua!

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

18/10/2026

Address

Universiti Teknologi MARA
Subang Jaya
40500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355442000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Naib Canselor Universiti Teknologi MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Naib Canselor Universiti Teknologi MARA:

Shortcuts

Share