Permas UMPSA

Permas UMPSA Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMAS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

[PENDAFTARAN CYBOC OPEN SERIES 2 & 3 KINI DIBUKA!]Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Salam Kita Selangor ❤️💛🔶 Sekre...
10/09/2026

[PENDAFTARAN CYBOC OPEN SERIES 2 & 3 KINI DIBUKA!]

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Salam Kita Selangor ❤️💛

🔶 Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Selangor, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (PERMAS UMPSA) ingin memaklumkan bahawa pendaftaran CYBOC Open Series 2 & 3 kini masih dibuka kepada pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dari seluruh Malaysia.

🔶 CYBOC Open Series 2026 merupakan peluang buat pasukan e-sukan untuk menguji kemampuan, menyusun strategi dan bersaing dalam kejohanan secara dalam talian bagi merebut peluang ke pentas utama CYBOC Championship 2026 yang akan berlangsung secara bersemuka di UMPSA Kampus Paya Besar.

🏆 JUARA SETIAP CYBOC OPEN SERIES
➡️ Layak secara percuma ke CYBOC Championship 2026

🥈 TEMPAT KE-2, KE-3 & KE-4
➡️ Berpeluang merebut slot tambahan melalui CYBOC Wildcard 2026

💎 HADIAH KESELURUHAN:
💰 RM2,500 + 19,400 Diamonds Mobile Legends

🎮 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)
💰 Yuran: RM10 / Pasukan
🌐 Mod: Dalam Talian

📅 CYBOC Open Series 2: 12 – 16 September 2026
📅 CYBOC Open Series 3: 26 – 30 September 2026
⏰ Masa: 8.00 malam – tamat

🔶 Jangan lepaskan peluang untuk membawa nama pasukan anda ke pentas e-sukan kebangsaan dan bersaing bersama pasukan dari seluruh Malaysia.

📢 DAFTAR SEKARANG!
🔗 forms.gle/mrRQKem9rmi96ny56

🌐 Laman Web Rasmi:
cyboc.gamer.gd

📞 Sebarang pertanyaan:
HANA – 010-9408554
DINA – 019-6518827

CYBOC Open Series 2026 — The Road Begins Here! 🏆🔥

Sekian, terima kasih.

————————————





07/08/2026

[Hari ke-2 di Kampung Sg Limau.]

Pagi Jumaat yang penuh tenaga! 🔥 Sesi senamrobik dan energizer bersama sukarelawan Sentuhan Kasih Permas 2026 di Kampung Sungai Limau memang menceriakan suasana sebelum turun ke lokasi teras. Badan sihat, minda cergas! 💪✨

07/08/2026

Ronda-ronda Kampung Sungai Limau! 🚲🌾
Selepas sesi suai kenal, petang tadi sempat Sukarelawan PERMAS UMPSA pusing-pusing melawat kawasan sekitar kampung. Paling best bila setiap kali lalu depan rumah penduduk, mesti disambut dengan lambaian dan senyuman mesra. Angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan hijau yang tenang, dan keramahan warga kampung betul-betul buat kami rasa dialu-alukan. Makin tak sabar nak gerakkan aktiviti teras esok hari!





07/08/2026

Misi Sentuhan Kasih PERMAS 2026 bermula! 🚌💨

Hari ini, 6 Ogos 2026, skuad PERMAS UMPSA secara rasminya bertolak ke Kampung Sungai Limau, Selangor!
Selama 4 hari berkampung (6–9 Ogos), 4 Teras Utama bakal digerakkan:
📚 Pendidikan | Forum, STEM & Kerjaya
⚡ Komuniti & Kelestarian | Pemasangan Solar & Gotong-Royong
🌿 Bumi Hijau | Penanaman Pokok & Inisiatif Hijau
🏥 Kesihatan | Pemeriksaan Kesihatan Percuma & Sukan Rakyat

Mohon doa daripada semua warga UMPSA, alumni, dan rakan-rakan agar perjalanan dan urusan program kami dipermudahkan. 🤲🏻✨

Warga Kampung Sungai Limau, kami datang! 🧡
📌 Ikuti update harian di IG Story & Feed kami!




05/08/2026

[PROGRAM SENTUHAN KASIH PERMAS 2026]

✨RANGKUMAN | TOT
PROGRAM SENTUHAN KASIH PERMAS✨

Salam Kita Selangor❤️💛

🔶Training of Trainers (ToT) Fasa 1 & 2 selesai
Tarikh: 3 Ogos 2026 - 4 Ogos 2026

🔶Lokasi Bakal Program: Kampung Sungai Limau, Sabak Bernam, Selangor

🔶Hari ini, barisan jawatankuasa telah menyelesaikan sesi latihan dan raptai persediaan awal dengan cemerlang. Semangat sepasukan yang kukuh dan prestasi yang membanggakan telah berjaya dibentuk. Team Permas kini siap siaga sepenuhnya untuk menghulurkan bakti dan menabur jasa demi masyarakat di Kampung Sungai Limau!

03/08/2026

“Hey guys, it’s time to shine!

Program Sentuhan Kasih PERMAS ni akan berlangsung dari 5 sampai 9 Ogos di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor. Ayuh kita turun padang beramai-ramai untuk meriahkan suasana dan berbakti dengan penduduk disana. Jangan ketinggalan, jumpa anda di sana ! ✨




28/04/2026

Not just a logo.
Not just a jersey.
Something bigger is coming.

A symbol of pride, unity, and presence.

[HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR YANG KE-79]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Salam Kita Selangor ❤💛🔶 Sekretariat Pers...
11/12/2024

[HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR YANG KE-79]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam Kita Selangor ❤💛

🔶 Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Selangor, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (PERMAS-UMPSA) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

🔶 Semoga Duli Tuanku dilimpahi rahmat dan senantiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.

————————————





Yang menjalankan amanah,
Exco Multimedia dan Publisiti
Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Selangor
Sesi Akademik 2024/2025
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

————————————
Ikuti laman-laman rasmi PERMAS-UMPSA untuk hebahan terkini.

🔸Instagram: https://www.instagram.com/permasumpsa/
🔸TikTok: https://www.tiktok.com/

[PENERANGAN BELANJAWAN SELANGOR 2025 DAN ISU-ISU SEMASA]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Salam Kita Selangor ❤💛🔶 Sekr...
07/12/2024

[PENERANGAN BELANJAWAN SELANGOR 2025 DAN ISU-ISU SEMASA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam Kita Selangor ❤💛

🔶 Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Selangor, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (PERMAS-UMPSA) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pasukan Perintis Selangor atas jemputan ke Program Penerangan Belanjawan Selangor 2025 dan Isu-Isu Semasa anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang telah berlangsung pada 29 November 2024 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

🔶 PERMAS-UMPSA telah menghantar beberapa wakil bagi memeriahkan program ini dengan menghadiri sesi pembentangan belanjawan yang disampaikan oleh Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Haji Amirudin Bin Shari.

🔶 Semoga dengan maklumat dan informasi yang dikongsi dapat diterapkan demi pembangunan PERMAS-UMPSA.

Sekian, terima kasih.

————————————





Yang menjalankan amanah,
Exco Multimedia dan Publisiti
Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Selangor
Sesi Akademik 2024/2025
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

————————————
Ikuti laman-laman rasmi PERMAS-UMPSA untuk hebahan terkini.

🔸Instagram: https://www.instagram.com/permasumpsa/
🔸TikTok: https://www.tiktok.com/

[PETI ADUAN PERMASALAHAN MAHASISWA/I SELANGOR UMPSA 2024]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Kita Selangor ❤💛🔶 Sek...
02/12/2024

[PETI ADUAN PERMASALAHAN MAHASISWA/I SELANGOR UMPSA 2024]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Kita Selangor ❤💛

🔶 Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Selangor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (PERMAS UMPSA) telah membuka Peti Aduan Permasalahan Mahasiswa/i Anak Selangor UMPSA 2024. Peti aduan ini berfungsi untuk mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi oleh mahasiswa/i Selangor dan juga bantuan yang diperlukan sekiranya mahasiswa/i terkesan dengan bencana alam atau sebarang masalah yang terkait dengan pelajar.

🔶 Sehubungan itu, jika terdapat sebarang permasalahan, mohon kerjasama mahasiswa/i Selangor untuk mengisi peti aduan permasalahan atau imbas kod QR yang tertera bagi memudahkan pihak PERMAS UMPSA untuk mengutarakan isu kepada pihak yang berkaitan.

🔶 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Alya Aqilah - 017-8092785 (Exco Kebajikan dan Aduan)
Hafizuddin - 017-6168620 (Exco Kebajikan dan Aduan)

Sekian, terima kasih.

————————————





Yang menjalankan amanah,
Exco Kebajikan dan Aduan
Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Selangor
Sesi Akademik 2024/2025
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

————————————
Ikuti laman-laman rasmi PERMAS-UMPSA untuk hebahan terkini.

🔸Instagram: https://www.instagram.com/permasumpsa/
🔸TikTok: https://www.tiktok.com/

Address

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

26300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permas UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share