Kolej Komuniti Sungai Petani KKSP

  • Home
  • Kolej Komuniti Sungai Petani KKSP
Website

Kolej Komuniti Sungai Petani KKSP Muka Buku Rasmi Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah Darulaman

Hak cipta Muka Buku Rasmi Kolej Komuniti Sungai Petani dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kolej Komuniti Sungai Petani kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian muka buka ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kolej Komuniti Sungai Petani.

Sedang berlangsung sesi Professional Barista Masterclass Training bersama pegawai-pegawai Penjara Seberang Perai Selatan...
08/09/2026

Sedang berlangsung sesi Professional Barista Masterclass Training bersama pegawai-pegawai Penjara Seberang Perai Selatan yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran, perkongsian ilmu serta pendedahan kepada standard sebenar industri kopi.

Antara pengisian utama:
β˜‘οΈ Professional Barista Training
β˜‘οΈ Menu Research & Development (R&D)
β˜‘οΈ Coffee Equipment & Technical Support
β˜‘οΈ Bahan Mentah Training
β˜‘οΈ Standard Operating Procedures (SOP)
β˜‘οΈ Complete Barista Training Module

Sesi ini berlangsung secara hands-on dan interaktif, disertai perkongsian pengalaman serta konsultansi bagi memperkukuh kompetensi dalam bidang barista dan pengurusan kafe.

Kolej Komuniti Sungai Petani terus komited memperluas kerjasama strategik bersama industri dan agensi melalui latihan berasaskan kemahiran.




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 π’π”ππ†π€πˆ ππ„π“π€ππˆ πŠπ„ πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π’π”ππ†π€πˆ ππ„π“π€ππˆKolej Komuniti Sungai Petani berbesar hati men...
07/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 π’π”ππ†π€πˆ ππ„π“π€ππˆ πŠπ„ πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π’π”ππ†π€πˆ ππ„π“π€ππˆ

Kolej Komuniti Sungai Petani berbesar hati menerima kunjungan delegasi Penjara Sungai Petani bagi lawatan penanda aras berkaitan projek pembangunan Kafe Barista.

Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta khidmat konsultansi dalam aspek pengurusan, pengoperasian dan latihan kemahiran Kafe Barista.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan dalam usaha memperkasa kemahiran dan membina masa depan yang lebih baik.





🌏✈️ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π†π‹πŽππ€π‹ππ‘π„ππ„π”π‘ 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 (𝐆𝐄𝐗) ππŽπ‹π˜π‚π‚ 2026Selamat berangkat kepada pelajar Inkubato...
07/09/2026

🌏✈️ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π†π‹πŽππ€π‹ππ‘π„ππ„π”π‘ 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 (𝐆𝐄𝐗) ππŽπ‹π˜π‚π‚ 2026

Selamat berangkat kepada pelajar Inkubator Keusahawanan Cempaka Spa & Salun, Program Diploma Terapi Kecantikan, Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) yang akan mewakili institusi ke Program International Globalpreneur Exchange (GEX) POLYCC 2026 di Universiti Siam, Bangkok, Thailand pada 8 hingga 11 September 2026. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡ΉπŸ‡­

Para pelajar membawa LUMORA Scrub, produk inovasi hasil idea, kreativiti dan usaha keusahawanan pelajar untuk DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

Penyertaan ini menjadi platform untuk mengetengahkan inovasi pelajar, potensi keusahawanan serta produk tempatan ke peringkat global, di samping memperluas pengalaman, jaringan dan pendedahan dalam ekosistem keusahawanan antarabangsa.

Semoga para pelajar dapat melakar kejayaan di pentas antarabangsa dan menjadi kebanggaan KKSPπŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ





🀝 πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ πŠπŽπ‹π„π‰ ππˆπ‹. 1 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026Telah berlangsung Mesyuarat Penasihat Kolej Bil. 1/2026 di Kolej Komuniti S...
07/09/2026

🀝 πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ πŠπŽπ‹π„π‰ ππˆπ‹. 1 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026

Telah berlangsung Mesyuarat Penasihat Kolej Bil. 1/2026 di Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) pada 7 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik.

Mesyuarat ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej yang terdiri daripada pegawai-pegawai jabatan dan agensi kerajaan serta wakil-wakil industri.

Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen KKSP dalam memperkukuh jaringan strategik bersama pemegang taruh bagi memastikan hala tuju kolej sentiasa relevan dengan keperluan semasa, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Turut berlangsung dalam sesi ini ialah penyerahan Surat Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej bagi tempoh April 2026 hingga Disember 2028.
Pelantikan ini diharap dapat terus memperkukuh peranan Jawatankuasa Penasihat dalam memberikan pandangan, nasihat dan input strategik, khususnya berkaitan pembangunan akademik, keperluan industri, kebolehpasaran graduan serta pengukuhan kolaborasi antara institusi dan industri.


π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π & π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 2026Ayuh warga Kolej Komuniti Sungai Petani! Semarakkan bulan patriotik dengan...
06/09/2026

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π & π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 2026

Ayuh warga Kolej Komuniti Sungai Petani! Semarakkan bulan patriotik dengan penuh semangat, kreativiti dan rasa cinta kepada negara. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

πŸŽ‰ PERTANDINGAN PERARAKAN MERDEKA πŸŽ‰
Terbuka kepada semua program di Kolej Komuniti Sungai Petani!

πŸ‘₯ Penyertaan: 20–30 orang setiap kontinjen
πŸ‘• Pakaian: Tema Kemerdekaan & Hari Malaysia – kreatif & sopan
πŸ“… Tarikh: 15 September 2026 (Selasa)
πŸ“ Tempat: Kolej Komuniti Sungai Petani

✨ Kriteria Penilaian:
βœ”οΈ Kreativiti & konsep
βœ”οΈ Keseragaman & penampilan
βœ”οΈ Semangat patriotik
βœ”οΈ Persembahan

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jom zahirkan semangat patriotik, satukan warga KKSP dan tampilkan kreativiti program anda!





πŸ“Œ PENETAPAN KPI POLYCC 2027Telah berlangsung Bengkel Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) POLYCC bagi tahun 2027 yang...
04/09/2026

πŸ“Œ PENETAPAN KPI POLYCC 2027

Telah berlangsung Bengkel Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) POLYCC bagi tahun 2027 yang melibatkan sesi perbincangan dan pembentangan penetapan KPI secara berfokus bagi memastikan hala tuju serta sasaran prestasi tahun hadapan dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Turut hadir dalam sesi pembentangan pada 4 September 2026 ialah Dr. Reezlin bin Abd Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP). Beliau hadir bagi memberi pandangan terhadap apa yg sedang dihadapi dan apa yg akan dilalui oleh institusi Kolej Komuniti kategori 1 di masa hadapan berdasarkan KPI 2027.

KKSP komited dalam memastikan KPI yang ditetapkan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh prestasi, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memastikan pencapaian sasaran tahun 2027 dapat direalisasikan dengan cemerlang.




πŸ“’ PRA TAWARAN SESI II : 2026/2027 KINI DIBUKA! πŸŽ“ Calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej K...
04/09/2026

πŸ“’ PRA TAWARAN SESI II : 2026/2027 KINI DIBUKA!

πŸŽ“ Calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti!

Semakan keputusan Pra Tawaran Sesi II 2026/2027 kini boleh dibuat mulai:
πŸ“… 3 September 2026
⏰ Jam 6.00 petang

Calon yang menerima pra tawaran boleh membuat Setuju Terima & Cetakan Surat Tawaran dalam tempoh:
πŸ“… 3 – 10 September 2026

πŸ“ Jangan lupa! Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah pada:
πŸŽ“ 22 / 23 November 2026

πŸ‘‰ Semak keputusan dan cetak surat tawaran anda sekarang!

🌐 Layari Portal Pengambilan POLYCC di ambilan.mypolycc.edu.my

✨ Tahniah kepada calon yang berjaya! Selamat datang ke Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ“

🀝 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ππ„π‘π’π€πŒπ€, ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆ πˆπ‹πŒπ” & πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π! πŸš—πŸ”§Telah berlangsung Program Kolaborasi Latihan Bermodul antar...
02/09/2026

🀝 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ππ„π‘π’π€πŒπ€, ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆ πˆπ‹πŒπ” & πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π! πŸš—πŸ”§

Telah berlangsung Program Kolaborasi Latihan Bermodul antara Kolej Komuniti Sungai Petani dan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia menerusi penganjuran Kursus Service Advisor Level 1.

Menariknya, kursus ini bukan sahaja melibatkan pelajar dan pensyarah KKSP, malah turut menghimpunkan Service Advisor dan Mekanik daripada PETRONAS AutoExpert seluruh Zon Utara!

Inilah peluang terbaik untuk belajar secara langsung, berkongsi pengalaman dan membina jaringan bersama pemain industri. Pelajar p**a berpeluang melihat dengan lebih dekat realiti dunia pekerjaan serta keperluan sebenar industri automotif.

Terima kasih kepada PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia atas kolaborasi dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga lebih banyak lagi kerjasama strategik dapat dilaksanakan pada masa hadapan! 🀝





π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—”π—™π—œπ—”π—‘π——π—’π—žπ—¨π— π—˜π—‘ π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ 𝗧𝗔π—ͺ𝗔π—₯𝗔𝗑 π—¦π—˜π—•π—¨π—§π—›π—”π—₯π—šπ—” π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨Merujuk kepada penularan maklumat yang mengaitkan nama Kolej Kom...
02/09/2026

π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—”π—™π—œπ—”π—‘
π——π—’π—žπ—¨π— π—˜π—‘ π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ 𝗧𝗔π—ͺ𝗔π—₯𝗔𝗑 π—¦π—˜π—•π—¨π—§π—›π—”π—₯π—šπ—” π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨

Merujuk kepada penularan maklumat yang mengaitkan nama Kolej Komuniti Sungai Petani dengan urusan sebutharga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, pihak pengurusan ingin memberi penegasan seperti berikut:

β€’ Penafian Tawaran Sebutharga: Pihak kolej tidak pernah menerbitkan sebarang tawaran, jemputan, atau memanggil mana-mana syarikat untuk urusan sebutharga seperti yang ditularkan.

Orang ramai dan pihak penyedia perkhidmatan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada. Sila buat semakan terus dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Sungai Petani sekiranya menerima sebarang panggilan, mesej, atau dokumen yang meragukan.
Pihak kolej memandang serius perkara ini berhubung penyalahgunaan nama institusi.

Sekian, terima kasih.
Kolej Komuniti Sungai Petani
2 September 2026

π‡π€πππ˜ ππˆπ‘π“π‡πƒπ€π˜ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘! πŸŽ‚Selamat hari lahir diucapkan kepada semua warga kerja Kolej Komuniti Sungai Petani yang menya...
02/09/2026

π‡π€πππ˜ ππˆπ‘π“π‡πƒπ€π˜ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘! πŸŽ‚

Selamat hari lahir diucapkan kepada semua warga kerja Kolej Komuniti Sungai Petani yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan September.

Semoga hari istimewa ini membawa kegembiraan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan. Terima kasih atas dedikasi, komitmen, dan sumbangan anda semua. Semoga tahun yang mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan pencapaian yang membanggakan. πŸŽ‰





Address

No. 77, Lengkok Cempaka 1, Pusat Bandar Amanjaya

08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Sungai Petani KKSP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share