Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

  • Home
  • Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah Laman ini merupakan laman web rasmi Majlis Perwakilan Pelajar PSIS. This site is the official website of the Student Representative Council PSIS.

Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada

masa depan. Seperti yang dinyatakan dalam Subsekyen 48(10) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) menyatakan tujuan dan fungsi MPP antaranya ialah:

(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:

Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;

Tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;

Membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;

Diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan

Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. Proses pemilihan ahli MPP bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia merupakan salah satu aktiviti tahunan IPTA bertujuan memilih barisan kepimpinan yang baru yang akan mewakili semua pelajar di universiti sejajar dengan kehendak serta peruntukan yang terdapat dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) (Subsekyen 48(1),(2),(3),(4),(5) & (6

21/03/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋🏻,
Salam The GREAT PSIS,
Salam POLYCCTVETSTAR.

[🌙UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH NAIB YANG DIPERTUA JPP PSIS]

Saya Nurauni Binti Azahari, selaku Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga PSIS.

Semoga Syawal kali ini memberi peluang untuk kita mengeratkan silaturahim, berkongsi rezeki, dan meluangkan masa indah bersama keluarga tersayang.

Akhir kata, jaga diri, nikmati setiap pertemuan dengan saudara mara mahupun rakan-rakan, dan… Selamat Beraya semua!

“Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi”

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah





21/03/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋🏻,
Salam The GREAT PSIS,
Salam POLYCCTVETSTAR.

[🌙UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH TIMBALAN YANG DIPERTUA JPP PSIS]

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Saya Nur Ain Zahirah Binti Shaari selaku Timbalan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga PSIS.

Semoga Aidilfitri ini membawa seribu makna, dipenuhi keberkatan dan mengeratkan lagi kasih sayang serta ukhuwah sesama kita.

Akhir kata dari saya, main mercun biarlah berpada-pada dan Selamat Hari Raya Semua !!

“Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi”

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah





20/03/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋🏻,
Salam The GREAT PSIS
Salam POLYCCTVETSTAR.

🌙*Selamat Hari Raya Aidilfitri*🌙

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim dan menjadi ruang untuk kita saling memaafkan serta menghargai insan di sekeliling. Dari maaf lahir kekuatan, dari ikhlas hadir ketenangan.✨

“Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi”

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah





05/03/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋🏻,
Salam The GREAT PSIS,
Salam POLYCCTVETSTAR.

📢 POLIZAAR KINI KEMBALI! PENDAFTARAN DIBUKA!

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran sewaan tapak gerai bagi Program POLIZAAR kini dibuka seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh Pendaftaran : 3 Mac - 5 Mac

📅 Tarikh Jualan: 5 Mac – 13 Mac

📍 Tempat Pendaftaran: Parking Berhadapan JHEP*

💰 Sewa Tapak:
• Pelajar – RM40
• Orang Luar – RM80

Kemudahan yang disediakan termasuk meja, kerusi, plug elektrik, plastik sampah dan khemah.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai POLIZAAR dan menjana pendapatan bersama-sama! Tempat adalah TERHAD.

Pendaftaran Sewaan
https://forms.gle/hZevnCtVSGTGQJ78A

“Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi”

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah





01/03/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋🏻,
Salam The GREAT PSIS,
Salam POLYCCTVETSTAR.

[PELAKSANAAN PdP SECARA DALAM TALIAN SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI 2026]

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi tempoh 16 hingga 18 Mac 2026 akan dilaksanakan secara dalam talian.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dikehendaki mengikuti sesi PdP mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pensyarah kursus masing-masing.

Sebarang penggantian kuliah atau penetapan semula jadual adalah tertakluk kepada ketetapan pensyarah bagi memastikan jumlah jam pertemuan adalah mencukupi seperti yang telah ditetapkan.

Para pelajar dinasihatkan untuk sentiasa menyemak makluman rasmi serta berhubung dengan pensyarah kursus masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kerjasama dan komitmen dari semua pihak amat dihargai bagi memastikan kelancaran proses PdP berjalan dengan teratur.

“Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi”

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah


YourFuture


19/02/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋🏻,
Salam The GREAT PSIS.

*[✨SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1447H✨]*

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah.

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kebaikan buat kita semua.

“Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi”

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah





12/01/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam The GREAT PSIS,
Salam Pemimpin Integriti Pemacu Aspirasi.

IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI JPP PSIS!
Nak tahu info terkini, aktiviti pelajar dan hebahan penting kampus?
Ikuti media social JPP PSIS untuk maklumat terus dan pantas!

Instagram:
Tiktok:
Channel Whatsapp: JPP PSIS





08/01/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam The GREAT PSIS.

KEMUDAHAN DAN FASILITI DI PSIS🤩

Kami dari Unit Gerakan Khas Minggu Transformasi Siswa Sesi II 25/26.

Antara kemudahan dan fasiliti yang ada di kolej kediaman siswa dan siswi Politeknik Sultan Idris Shah.

Sepanjang MTS, keselamatan dan kebajikan anda adalah keutamaan kami.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kekeliruan,
kami dan fasilitator sentiasa bersedia membantu.

Jumpa anda semua semasa MTS nanti!





08/01/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Malaysia Madani

Hai bakal pelajar MTS! kami menjemput anda semua untuk memeriahkan Kafe Pentadbiran serta Kafe Kamsis PSIS.

Nikmati kualiti hidangan terbaik pada harga yang mampu milik dalam suasana yang kondusif. Sama ada untuk menjamu selera atau meluangkan masa berkualiti bersama rakan taulan, inilah lokasi paling terbaik buat anda.

Kecemerlangan bermula di sini. Jumpa anda di PSIS!





08/01/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam The GREAT PSIS.

Selamat Datang diucapkan kepada pelajar mts 👋🏻👋🏻👋🏻
Mesti ramai yang keliru dan tertanya,apa fasiliti yang disediakan di Politeknik Sultan Idris Shah ini?

Vdeo diatas menunjukkan semua kemudahan yang tersedia untuk pelajar PSIS.Menarik kann😍

Jumpa awak semua di PSIS✨





05/01/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam The GREAT PSIS,

📍 BARANG -BARANG YANG DIBENARKAN!
Bakal pelajar MTS,tertanya-tanya apa barang yang boleh diavawa ke kampus?

Tonton video ni untuk tahu senarai barangan yang dibenarkan yang perlu dielakkan sewaktu kemasukan nanti!

✨JUMPA ANDA DI PSIS✨





Address

Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Sungai Air Tawar

45100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah:

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed University?

Share