Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau

Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau Guru Murabbi Penyatu Ummah

USRAH MAJLIS GURU PASTI KAWASAN TAWAU – PARLIMEN TAWAU Alhamdulillah, telah berlangsung Usrah Majlis Guru PASTI Kawasan ...
26/09/2026

USRAH MAJLIS GURU PASTI KAWASAN TAWAU – PARLIMEN TAWAU

Alhamdulillah, telah berlangsung Usrah Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau, Parlimen Tawau yang bertempat di PASTI Kinabutan Ria.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk para muallimah berkumpul, berkongsi ilmu serta mengukuhkan ukhuwah dalam suasana penuh tarbiah.

Semoga setiap pengisian yang diperoleh menjadi bekalan untuk kita terus memperbaharui niat, memperbaiki diri dan melaksanakan amanah sebagai pendidik dengan penuh keikhlasan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan usrah ini.

Menyuburkan tarbiah, mengeratkan ukhuwah, memperkukuh perjuangan.




MAJLIS ILMU TAJWID PROAlhamdulillah,selesai sesi Tasmik Surah Al-Fatihah bersama para muallimah, program diteruskan lagi...
26/09/2026

MAJLIS ILMU TAJWID PRO

Alhamdulillah,selesai sesi Tasmik Surah Al-Fatihah bersama para muallimah, program diteruskan lagi dengan Majlis Ilmu Tajwid Pro.

Sesi pengisian ilmu disampaikan oleh Ustaz Khairul Hilmi Bin Daud, dengan perkongsian yang memberi penekanan kepada kepentingan memperbaiki bacaan Al-Quran serta memahami ilmu tajwid dengan lebih baik disamping penceritaan sirah nabawiah.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan buat para muallimah untuk terus memperkemaskan bacaan Al-Quran dan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak PASTI.

Terus belajar, terus memperbaiki bacaan, terus mendekati Al-Quran.



HALAQAH TASMIK SURAH AL-FATIHAH Alhamdulillah, selepas selesai pengisian Usrah Majlis Guru PASTI, program diteruskan den...
26/09/2026

HALAQAH TASMIK SURAH AL-FATIHAH

Alhamdulillah, selepas selesai pengisian Usrah Majlis Guru PASTI, program diteruskan dengan Halaqah Tasmik Surah Al-Fatihah khusus buat para muallimah.

Sesi tasmik ini dipimpin oleh:

✅ Ckg Norlayla Ab Rahim
✅ Ckg Sajra Haseng
✅Ckg Afiza Abaidin
✅Ckg Murni Kamaruddin

Semoga melalui halaqah ini, para muallimah dapat terus memperbaiki bacaan, memperkemaskan tajwid serta memastikan setiap ayat Al-Fatihah dibaca dengan sebaik-baiknya.

Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada proses memperbaiki diri, menambah ilmu dan meningkatkan kualiti seorang pendidik.

Al-Quran dibaca, ilmu dipelajari, amal diperbaiki.




USRAH MAJLIS GURU PASTI KAWASAN TAWAU – PARLIMEN KALABAKAN Alhamdulillah, sedang berlangsung Usrah Majlis Guru PASTI Kaw...
26/09/2026

USRAH MAJLIS GURU PASTI KAWASAN TAWAU – PARLIMEN KALABAKAN

Alhamdulillah, sedang berlangsung Usrah Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau, Parlimen Kalabakan yang bertempat di PASTI Nurul Hannani Kuhara.

Pertemuan yang penuh dengan pengisian, perkongsian ilmu dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan para muallimah.

Semoga majlis ilmu ini menjadi medan untuk kita menyegarkan kembali iman, memperbaharui niat dan menguatkan semangat dalam meneruskan amanah mendidik anak-anak PASTI.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menghidupkan suasana tarbiah ini.

Bersama dalam ukhuwah, melangkah dalam tarbiah.



Alhamdulillah Tamrin Qiyadi MGPNS telah selesai dengan Jayanya , tahniah semua Muallimah!
03/09/2026

Alhamdulillah Tamrin Qiyadi MGPNS telah selesai dengan Jayanya , tahniah semua Muallimah!

31/08/2026

Mohon doa dan sumbangan kebajikan buat keluarga guru PASTI Sepanggar.

31/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

“Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera”

Majlis Guru PASTI Negeri Sabah mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga kemerdekaan yang kita nikmati terus menjadi nikmat yang disyukuri dan dipelihara, serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berjiwa patriotik dan cintakan tanah air.

Ayuh kita semarakkan semangat Malaysia Merdeka, dengan membina generasi masa hadapan yang teguh iman, luhur akhlak dan tinggi cita-citanya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada
MAJLIS GURU PASTI NEGERI SABAH


31/08/2026

SELAMAT DATANG KE TAWAU, GURU-GURU PASTI NEGERI SABAH!

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum😊

Selamat datang ke Tawau buat seluruh guru-guru PASTI Negeri Sabah sempena Program Tamrin Qiyadi Majlis Guru PASTI Negeri Sabah yang akan berlangsung pada:

1 & 2 September 2026
Madrasah Darul Hidayah, Sungai Imam, Tawau

Semoga kehadiran para muallimah dari seluruh pelusuk Sabah menyemarakkan lagi ukhuwah, menyatukan hati dan memperkukuhkan semangat perjuangan dalam mendidik generasi pewaris Islam.

Selamat datang ke Tawau!
Semoga program ini berlangsung dengan lancar, penuh keberkatan dan memberi manfaat buat kita semua.

"Qiyadah Rabbani, Generasi Rabbani."


31/08/2026
Antara wajah-wajah ceria Para Muallimah dalam Latihan Pemantapan Guru Pasti. 😍Senyuman, keceriaan dan semangat para mual...
15/08/2026

Antara wajah-wajah ceria Para Muallimah dalam Latihan Pemantapan Guru Pasti. 😍

Senyuman, keceriaan dan semangat para muallimah pagi ini!

Suasana Latihan Pemantapan Guru PASTI Tawau (LPG) berlangsung penuh ceria dan positif. Walaupun hadir untuk menimba ilmu dan memperkukuh kemahiran, senyuman tetap menghiasi wajah para muallimah. 😊

Semoga setiap ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus mendidik dengan penuh kasih sayang, dedikasi dan keikhlasan.

Muallimah ceria, PASTI gemilang!




Address

Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share