01/04/2015
Allah berfirman: “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Surah Al Asr)-------------------------- Manfaatkan masa dengan qiamullail. Tip untuk mudah bangun awal: • Tidur awal. • Niat untuk bangun awal. • Pastikan tidur dalam keadaan suci (berwuduk) dan membaca doa-doa yang disarankan oleh Nabi s.a.w. Antaranya membaca 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq, An-Nas), lalu ditiupkan di tapak tangan dan disapukan ke seluruh badan . Kemudian tidur dalam keadaan mengiring dan rusuk kanan ke bawah. • Untuk lebih membantu, kunci jam loceng. Jangan letakkan jam berhampiran kerana dibimbangi tangan akan cepat menutup bunyi jam dan sambung tidur. • Sebaik-baiknya tidur sebentar waktu tengah hari sebelum masuk zohor atau qailulah. In sya Allah kita akan lebih selesa untuk bangun awal. -------------------------------------------------------- POSISI TIDUR RASULULLAH SAW Abu Qatadah meriwayatkan: “ Jika Rasulullah saw hendak tidur pada waktu malam, Baginda akan baring menghadap ke kanan. Jika Baginda hendak tidur sebentar sebelum Subuh, Baginda akan menegakkan lengan dan meletakkan kepala di atas telapak tangan.” (Riwayat al-Tirmizi, Muslim, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim)