31/05/2024
[PEMAKLUMAN] TAWARAN MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025
Tawaran Malaysia International Scholarship (MIS) kini dibuka mulai 31 Mei 2024.
Biasiswa ini dibuka kepada pelajar dari negara-negara penerima MIS yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) terpilih di Malaysia bagi sesi akademik 2024/2025.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2024.
Maklumat lanjut berhubung biasiswa ini boleh dirujuk di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/INTER/.