Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Call Website

Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia Fakulti Pertanian menawarkan program pengajian yang terdiri daripada program Bacelor, Master Sains ,

Fakulti Pertanian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBhg. Profesor Dr. Arifin Abdu, atas pelantikan se...
24/09/2026

Fakulti Pertanian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBhg. Profesor Dr. Arifin Abdu, atas pelantikan sebagai Naib Canselor UPM.

Selamat meneraju UPM ke arah kegemilangan.

Pelajar UPM Perkukuh Jaringan Agri-Nusantara di Universitas BrawijayaMALANG, 12 Sept – Seramai lima orang mahasiswa Faku...
18/09/2026

Pelajar UPM Perkukuh Jaringan Agri-Nusantara di Universitas Brawijaya

MALANG, 12 Sept – Seramai lima orang mahasiswa Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) melengkapkan program mobiliti PERMATANI Nusantara Agri-Mobility: Cultivating Connectivity in Agriculture 2026 di Universitas Brawijaya (UB), Indonesia yang berlangsung dari 6 hingga 12 September 2026.

Program anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI) UPM menerusi kerjasama Kesatuan Mahasiswa UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), Fakulti Pertanian UPM, dan UB ini menjadi platform strategik bagi menyediakan pengalaman pembelajaran merentas sempadan serta mengukuhkan jaringan akademik antarabangsa.

Fasa awal program berteraskan pengisian akademik menerusi lawatan ke Fakulti Pertanian, Fakulti Teknologi Pertanian, dan Fakulti Perikanan UB. Para peserta diberi pendedahan mengenai pertanian pintar, pertanian persis, teknologi moden, dan akuakultur, selain mengikuti kunjungan lapangan ke ladang pertanian, syarikat perikanan, serta ladang ternakan bagi memahami aplikasi ilmu dalam sektor industri.

Program diteruskan dengan aktiviti silang budaya dan sesi pembentangan hasil tugasan yang menjadi medium pertukaran pandangan antara mahasiswa kedua-dua negara. Pengisian ini bukan sahaja mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan kerja berpasukan peserta, malah mengukuhkan hubungan persahabatan serta kerjasama akademik antara UPM dan UB sebelum majlis penutupan rasmi.

Penganjuran program holistik ini mencerminkan komitmen UPM dalam melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan, berdaya tahan, berketerampilan, serta berdaya saing di peringkat global menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Star Coffee UPM Perkukuh Ekosistem Keusahawanan dan Interaksi KampusUniversiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh ekosiste...
17/09/2026

Star Coffee UPM Perkukuh Ekosistem Keusahawanan dan Interaksi Kampus

Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh ekosistem pembelajaran dan keusahawanan pelajar menerusi pembukaan Star Coffee UPM di Fakulti Pertanian, yang bukan sahaja berfungsi sebagai ruang komersial, malah menjadi platform interaksi antara pelajar, staf dan pihak industri.

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, inisiatif itu membawa nilai akademik dan pembangunan yang lebih luas menerusi Program Latihan dan Pengurusan Keusahawanan, yang memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman dalam pengurusan serta operasi perniagaan sebenar.

Kewujudan Star Coffee UPM turut menyediakan ruang interaksi yang kondusif untuk pembelajaran dan perbincangan tidak formal, di samping mengoptimumkan penggunaan ruang sedia ada universiti tanpa menjejaskan fungsi akademik dan operasi fakulti.
Pada masa sama, kerjasama ini mengukuhkan hubungan strategik antara Fakulti Pertanian UPM dengan pihak industri menerusi penglibatan secara langsung dalam ekosistem kampus, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian pengalaman serta pendedahan dunia perniagaan kepada pelajar.

Inisiatif ini direalisasikan hasil kerjasama pelbagai pihak, termasuk CPF Malaysia yang mencetuskan visi awal serta mengemukakan cadangan perniagaan sebagai asas kepada pelaksanaan Star Coffee UPM.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi ucapan penghargaan di atas kenaikan Pangkat ke Jawatan PROFESOR GRED KHAS C (VK7) k...
17/09/2026

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi ucapan penghargaan di atas kenaikan Pangkat ke Jawatan PROFESOR GRED KHAS C (VK7) kepada YBHG. PROFESOR DR. YUZINE BIN ESA dari Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian UPM.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi dan semangat untuk terus-menerus cemerlang di dalam bidang akademik, penyelidikan dan khidmat bakti kepada Jabatan, Fakulti Pertanian, UPM, masyarakat dan negara.

Pihak pengurusan Fakulti dan warga Fakulti Pertanian mendoakan agar kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kebitaraan ilmu dan memperkasa pembangunan negara.

Tahniah dan syabas.

HEBAHAN KURSUS PENANAMAN JAGUNG MANIS 2026 Assalamualaikum w.b.t.,Salam Sejahtera & Salam We Love UPMNAK BELAJAR TANAM J...
16/09/2026

HEBAHAN KURSUS PENANAMAN JAGUNG MANIS 2026

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera & Salam We Love UPM

NAK BELAJAR TANAM JAGUNG MANIS DARI A HINGGA Z? JOM SERTAI KAMI!

Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan sukacitanya menjemput orang awam, staf dan pelajar UPM untuk menyertai Kursus Penanaman Jagung Manis 2026.

Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik penanaman jagung manis secara teori dan praktikal, bermula daripada pemilihan benih berkualiti, pengurusan tanaman, penuaian sehinggalah kepada strategi pemasaran hasil pertanian.

BUTIRAN KURSUS

📆 Tarikh: 21 November 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Ladang 15, Fakulti Pertanian, UPM

💰 YURAN PENYERTAAN

Peserta luar: RM150.00
Staf UPM: RM100.00
Pelajar UPM: RM80.00

🌱 APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?

✅ Pengenalan tanaman jagung manis dan peluang perniagaan.
✅ Pemilihan varieti serta benih berkualiti.
✅ Teknik penanaman, pembajaan dan penyelenggaraan tanaman.
✅ Pengurusan penyakit dan perosak.
✅ Teknik penuaian dan pengendalian hasil.
✅ Strategi pemasaran serta pembangunan produk hiliran.
✅ Aktiviti praktikal penanaman dan penuaian jagung manis.

🎯 Mengapa anda perlu sertai?

Dapatkan ilmu dan kemahiran secara langsung melalui perkongsian serta latihan praktikal di ladang. Sama ada anda seorang pemula, pengusaha pertanian atau individu yang berminat menjadikan tanaman jagung manis sebagai sumber pendapatan, kursus ini merupakan peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda!

📲 PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

Daftar sekarang melalui pautan berikut:
👉 https://forms.gle/jgr41r4TuSsmo3wy6

☎️ SEBARANG PERTANYAAN

En. Mohamad Hafis: 017-787 1105
En. Mohd Luqman: 013-769 9686

Daripada benih ke hasil, daripada ilmu ke peluang perniagaan!

Jom sertai Kursus Penanaman Jagung Manis 2026 dan terokai potensi tanaman jagung manis bersama Fakulti Pertanian, UPM. Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang dan kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan yang berminat. 🌱

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Syarahan Khas Kepakaran Industri Tebu Mauritius, Terokai Sistem Pertanian MampanSERDANG, 14 Sept – Fakulti Pertanian, Un...
15/09/2026

Syarahan Khas Kepakaran Industri Tebu Mauritius, Terokai Sistem Pertanian Mampan

SERDANG, 14 Sept – Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa) telah menganjurkan syarahan khas bertajuk “Sugarcane Production: From Field to Future – Sustainable and Productive Sugarcane Systems” bertempat di Dewan Kuliah 2, Fakulti Pertanian, UPM.

Syarahan tersebut menampilkan penceramah jemputan khas dari luar negara, Dr. Aneeza Soobadar, yang merupakan Pakar Sains Tanih dan Agronomi dari Mauritius Sugarcane Industry Research Institute (MSIRI).

Dalam sesi perkongsian tersebut, Dr. Aneeza membincangkan cabaran serta peluang dalam meningkatkan produktiviti penanaman tebu secara mampan. Beliau turut berkongsi amalan agronomi terbaik dan hasil penyelidikan terkini yang diguna pakai dalam industri tebu di Mauritius.

Program yang dihadiri oleh warga akademik serta pelajar UPM ini memberikan pendedahan berharga mengenai aplikasi sains tanah dan amalan pertanian berinovasi bagi menyokong keterjaminan makanan dan kelestarian sektor pertanian.

Penganjuran syarahan antarabangsa ini membuktikan komitmen berterusan Fakulti Pertanian UPM dalam memperkasa jalinan kerjasama ilmu serta penerokaan teknologi mampan demi masa depan industri pertanian

PEMBUKAAN SENSORY GARDEN DENGAN GABUNGAN REKREASI, PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN LADANG TARIK MINAT PENGUNJUNGSERDANG –Selep...
14/09/2026

PEMBUKAAN SENSORY GARDEN DENGAN GABUNGAN REKREASI, PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN LADANG TARIK MINAT PENGUNJUNG

SERDANG –Selepas empat bulan dibuka kepada pengunjung, Children & Sensory Garden (CSG), Ladang, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Industri terus berkembang sebagai salah satu ruang rekreasi, pendidikan dan pembelajaran berasaskan pengalaman yang menawarkan pendekatan berbeza kepada warga universiti serta masyarakat.

Pembukaan CSG bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung menikmati suasana hijau dan persekitaran pertanian, malah menawarkan pelbagai aktiviti interaktif yang menggabungkan elemen rekreasi, pertanian, alam sekitar dan pembelajaran sensori dalam satu kawasan.

Antara tarikan yang mendapat perhatian ialah aktiviti rekreasi menggunakan All-Terrain Vehicle (ATV), E-Bike dan LampCar yang membawa pengunjung meneroka kawasan ladang serta menikmati landskap pertanian Fakulti Pertanian UPM dari perspektif yang lebih dekat.

Aktiviti ATV memberikan pengalaman lebih lasak dan mencabar kepada pengunjung melalui laluan yang disediakan di kawasan ladang, manakala E-Bike menawarkan pengalaman penerokaan yang lebih santai. LampCar p**a menjadi salah satu pilihan aktiviti rekreasi yang sesuai untuk pengunjung menikmati persekitaran ladang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pengalaman ini turut diperluaskan melalui aktiviti ATV pada waktu malam, sekali gus memberikan suasana dan pengalaman berbeza kepada pengunjung dalam meneroka kawasan pertanian UPM.

Selain aktiviti rekreasi, pengunjung turut berpeluang merasai sendiri pengalaman sebenar di ladang melalui aktiviti seperti memberi makanan kepada kambing, melihat pengurusan ternakan, mengutip telur ayam serta mengenali tanaman pertanian. Pendekatan ini menjadikan lawatan ke kawasan ladang bukan sekadar aktiviti santai, tetapi turut mempunyai nilai pendidikan.

Bagi kanak-kanak, CSG menyediakan aktiviti sensory yang memberi ruang kepada mereka meneroka alam sekitar melalui penggunaan deria seperti sentuhan, penglihatan, bau dan pendengaran. Pendedahan kepada tumbuhan, tekstur semula jadi, persekitaran hijau dan aktiviti berasaskan pertanian membantu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Konsep ini selari dengan matlamat pembangunan Children & Sensory Garden sebagai ruang yang mesra kanak-kanak dan keluarga, selain menjadi platform memperkenalkan dunia pertanian kepada generasi muda melalui kaedah pembelajaran secara langsung atau hands on learning.

Dalam tempoh empat bulan pertama pembukaannya, kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan menunjukkan potensi CSG untuk berkembang sebagai hab agrorekreasi dan Agro Edutourism yang menggabungkan pendidikan pertanian, rekreasi, kesejahteraan dan keterlibatan komuniti.

Pada masa yang sama, pelaksanaan aktiviti di CSG turut membuka ruang kepada pelajar UPM untuk mendapatkan pengalaman bekerja, khususnya dalam aspek pengurusan pengunjung, pengendalian aktiviti rekreasi, komunikasi pelanggan, keselamatan dan operasi agrorekreasi. Pengalaman ini dapat membantu meningkatkan kemahiran insaniah, keyakinan dan kebolehpasaran pelajar.

Pada masa akan datang, pengalaman pengunjung dijangka terus diperkasakan melalui pembangunan dan pengintegrasian lebih banyak aktiviti di kawasan CSG serta kawasan pertanian berhampiran, termasuk pengalaman berkaitan tanaman nanas, landskap sensori, ternakan dan aktiviti pertanian interaktif.

Kombinasi ATV, E-Bike, LampCar, aktiviti ladang dan pembelajaran sensori kanak-kanak menjadikan CSG sebagai sebuah ruang yang bukan sahaja menawarkan keseronokan, tetapi turut membawa masyarakat lebih dekat kepada pertanian.

Selepas empat bulan beroperasi, CSG memperlihatkan potensi untuk menjadi salah satu tarikan berasaskan pertanian di UPM yang mengetengahkan konsep “belajar, meneroka dan mengalami sendiri”, sekali gus memperkukuh peranan Fakulti Pertanian dalam membawa pendidikan pertanian lebih dekat kepada masyarakat.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi;

Ts. Mohamad Hafis Kamaruddin
Pegawai Pertanian
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
(No. Tel: 017-7871105/ [email protected])

KURSUS PENYELENGGARAAN LANDSKAP PEJABAT ISTANA TERENGGANUKursus Penyelenggaraan Landskap telah dilaksanakan pada 27 Ogos...
14/09/2026

KURSUS PENYELENGGARAAN LANDSKAP PEJABAT ISTANA TERENGGANU

Kursus Penyelenggaraan Landskap telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2026 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melibatkan seramai 30 orang peserta daripada Pejabat Istana Terengganu. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan peserta dalam pengurusan serta penyelenggaraan landskap secara sistematik, berkesan dan selamat.

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada aspek asas dan praktikal penyelenggaraan landskap yang merangkumi pengenalan jenis tanaman landskap, teknik penanaman, pengurusan siraman dan pembajaan, kawalan rumpai, perosak dan penyakit, serta teknik pemangkasan tanaman renek dan pokok landskap. Peserta turut diberikan pendedahan berkaitan aspek keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan serta penggunaan peralatan landskap yang betul.

Selain pembelajaran secara teori, kursus turut memberi penekanan kepada latihan amali bagi membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh secara langsung. Antara aktiviti praktikal yang dilaksanakan ialah teknik pemangkasan, penyediaan dan penyelenggaraan tanaman, serta kaedah pembiakan tanaman melalui semaian biji benih dan keratan.

Pelaksanaan kursus ini menjadi platform perkongsian ilmu dan kepakaran antara Fakulti Pertanian dan Pusat Pertanian Putra, UPM dengan Pejabat Istana Terengganu, khususnya dalam bidang pengurusan landskap dan hortikultur. Pendekatan yang menggabungkan teori, demonstrasi dan latihan praktikal telah memberi peluang kepada peserta meningkatkan kompetensi serta memahami amalan penyelenggaraan landskap yang lebih terancang dan profesional.

Secara keseluruhannya, Kursus Penyelenggaraan Landskap Pejabat Istana Terengganu telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan diharapkan pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pengurusan dan penyelenggaraan landskap di kawasan Istana Terengganu, sekali gus menyumbang kepada landskap yang lebih kemas, sihat, selamat, berkualiti dan lestari.






10/09/2026

Address

Pejabat Pentadbiran, Fakulti Pertanian
Universiti Putra
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+603-8947 4801

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share