Badan Kebajikan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM

Badan Kebajikan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Badan Kebajikan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM, College & University, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains.

BKPPPJJ ANJUR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PPPJJJ DAN PERTANDINGAN MASTERCHEF PPPJJPULAU PINANG, 11 Mei 2023 – Badan Kebajika...
13/07/2023

BKPPPJJ ANJUR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PPPJJJ DAN PERTANDINGAN MASTERCHEF PPPJJ

PULAU PINANG, 11 Mei 2023 – Badan Kebajikan Kakitangan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (BKPPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya PPPJJ dan menganjurkan Pertandingan MasterChef PPPJJ. Bersempena sambutan Hari Raya ini, BKPPPJJ juga turut mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Perpisahan Dr. Nazreen yang akan berpindah ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengerusi BKPPPJJ, Dr. Jacquelina Karimon mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang hadir bagi memeriahkan majlis. Disamping itu, Jacquelina juga turut memaklumkan bahawa majlis ini diadakan bagi merapatkan silaturrahim antara staf PPPJJ dan pertandingan MasterChef diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dalam pasukan kerana semua peserta perlu memainkan peranan masing-masing untuk menyediakan menu pertandingan yang ditetapkan. Kerjasama semua peserta dalam kump**an amatlah diperlukan bagi memudahkan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Hal ini juga perlu diterapkan dalam sesebuah organisasi kerana setiap warga organisasi mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyumbang kepada matlamat sesebuah organisasi. Oleh itu, semangat kerjasama serta saling bantu membantu adalam kalangan staf amatlah penting dalam memacu kejayaan PPPJJ.

Suasana Majlis Jamuan Hari Raya PPPJJ sangat meriah dengan pertama kalinya Pertandingan Masterchef PPPJJ diadakan yang disertai oleh 25 staf PPPJJ dan terbahagi kepada lima kump**an yang terdiri daripada staf akademik dan staf pentadbiran. Peserta menyediakan menu raya bersempena sambutan Hari Raya. Aktiviti seperti ini mengalakkan kerjasama dalam pasukan serta merapatkan silaturrahim diantara staf.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang memberi sumbangan ‘potluck’ makanan untuk majlis pada hari ini. Tujuan konsep ini dipilih adalah untuk memberi ruang kepada ahli bertukar juadah dan bersedekah. Semoga dengan amalan ini akan dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli dan menambah keberkatan rezeki,” kata Jacquelina.

“Disamping itu, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr. Nazreen dan semoga beliau lebih cemerlang di tempat yang baharu dalam Majllis Perpisahan,” tambah Jacquelina.

Timbalan Dekan, Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa Dr. Hazrul Abdul Hamid telah menyampaikan hadiah pemenang pertandingan MasterChef PPPJJ kepada semua kump**an yang terlibat. Selain itu, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti iaitu Dr. Sumiyyah Sabar p**a menyampaikan hadiah kepada Mr. Raya dan Mrs. Raya.

Treasure Hunt dan juga Majlis Peyampaian hadiah kepada pemenang..
12/07/2023

Treasure Hunt dan juga Majlis Peyampaian hadiah kepada pemenang..

Aktiviti-Aktiviti Sukaneka di pantai CEMACS...
12/07/2023

Aktiviti-Aktiviti Sukaneka di pantai CEMACS...

Team Building PPPJJ18 Mei 2023CEMACS, Teluk Bahang, Penang
12/07/2023

Team Building PPPJJ
18 Mei 2023
CEMACS, Teluk Bahang, Penang

Majlis Berbuka Puasa 2023 yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM -14 April 2023...
02/06/2023

Majlis Berbuka Puasa 2023 yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM -14 April 2023. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Dekan, En. Rashid, barisan pensyarah dan semua staf yang memeriahkan majlis ini.

Pergi memancing hingga ke kolam Rama,
Beringat mencari si anak ikan keli,
Ayuh semua pakat-pakat bersama,
Tahun depan kita beriftar lagi.

Address

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains
11800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Kebajikan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Badan Kebajikan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM:

Share