05/01/2021
*[MAHASISWA/I PAHANG USM YANG TERJEJAS BANJIR]*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikutan bencana banjir yang sedang melanda negeri Pahang, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni(BHEPA) Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Perkumpulan Siswa/i Pahang Darul Makmur (PERDAMA) USM akan cuba sedaya upaya untuk memberikan bantuan kepada *mahasiswa/i Pahang USM yang terjejas*.
Oleh yang demikian, kami ingin mendapatkan maklumat mahasiswa/i Pahang USM yang terjejas dengan banjir yang sedang berlaku sekarang. Diharap agar mahasiswa/i anak Pahang yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk mengisi google form tersebut dengan kadar segera untuk membantu kami mengenalpasti mahasiswa/i Pahang USM yang terjejas.
🔗 shorturl.at/bzQ68
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 014 295 8484 (Aiman)
📞 014 831 7623 (Izzah)
Diharapkan semoga semua yang terjejas kekal tabah dan terus kuat dalam menghadapi ujian ini.
Sekian, terima kasih.