18/08/2026
ISNIN | 17 OGOS 2026
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera
Salam UiTM Di Hatiku
๐ค SESI LIBAT URUS & KOLABORASI HEP FKK ร HEP FKM
HEP FKM berbesar hati menerima kunjungan HEP Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Miradatul Najwa Binti Muhd Rodhi, Timbalan Dekan HEP FKK, bersama Dr. Nurhaslina Che Radzi (Koordinator Keusahawanan, Kepimpinan & Pembangunan), Puan Norhayati Binti Talib (Penyelaras Keusahawanan) dan Puan Zahbah Aldurra Rohmat (EO).
Sesi libat urus yang berlangsung di NEXUS@FKM ini turut disertai oleh barisan HEP FKM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhad Rozi Mat Nawi, Timbalan Dekan HEP FKM, bersama Dr. Nurul Hayati Abdul Halim (Koordinator), Dr. Eli Nadia Abdul Latip (Penyelaras Inkubator) dan Dr. Nurzaki Ikhsan (Penasihat Kelab Mechepreneur).
Sesi ini menjadi platform perkongsian pengalaman, idea dan amalan terbaik berkaitan keusahawanan, pembangunan pelajar serta peluang kolaborasi antara fakulti. Semoga pertemuan ini membuka ruang kepada lebih banyak jaringan strategik dan program bersama demi memperkukuh pembangunan mahasiswa UiTM. ๐๐งก
Terima kasih.