KELESTARIAN PKTAAB USM

KELESTARIAN PKTAAB USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KELESTARIAN PKTAAB USM, College & University, PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PKTAAB) USM, Usm.

27 April 2026, Isnin - Progaram Recyclables Collection Day & Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Pusat Kanser...
27/04/2026

27 April 2026, Isnin - Progaram Recyclables Collection Day & Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM

13 April 2026, Isnin - Pengumpulan dan jualan buku terpakai dan barang kitar semula di Kompleks Penyelidikan Kanser (CRC...
17/04/2026

13 April 2026, Isnin - Pengumpulan dan jualan buku terpakai dan barang kitar semula di Kompleks Penyelidikan Kanser (CRC).

3 April 2026, Jumaat - Gotong royong Landskap ED PKTAAB
10/04/2026

3 April 2026, Jumaat - Gotong royong Landskap ED PKTAAB

📢HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN PKTAAB 2026♻ PROGRAM RECYCLABLES COLLECTION DAY ( MAC ) & PERTANDINGAN PENGUMPULAN BARANGA...
12/03/2026

📢HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN PKTAAB 2026
♻ PROGRAM RECYCLABLES COLLECTION DAY ( MAC ) & PERTANDINGAN PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, USM ♻

Jawatankuasa Kelestarian Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) akan menganjurkan Program Recyclables Collection Day (Pengumpulan Barangan Kitar Semula) secara bulanan, iaitu pada minggu terakhir setiap bulan.

Selain itu, satu Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula turut akan diadakan bermula Februari 2026 hingga November 2026. Hadiah menarik menanti staf atau pelajar yang berjaya mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang tempoh pertandingan.

Penganjuran aktiviti ini bertujuan untuk:
Menggalakkan penglibatan warga Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, USM dalam program kelestarian, Memupuk rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar, Menyalurkan sebahagian hasil kutipan dan jualan barangan kitar semula kepada golongan B40 serta Tabung Kelestarian Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, USM

Tarikh-tarikh aktiviti ini telah dijadualkan seperti yang tertera dalam lampiran jadual dibawah:

⏱️Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
📍Lokasi:
1. Depo Kitar Semula Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, USM
2. Bilik Lestari Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, USM
3. Di hadapan Auditorium Sains@Bertam Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, USM
4. Stor Barangan Kitar Semula CRC Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, USM

♻️Jenis barangan kitar semula yang diterima :
1. Sisa kitar semula ( kertas, plastik, tin, etc.)
2. E- waste ( Battery, printer, etc )
3. Minyak Masak terpakai
4. Pakaian terpakai

Ayuh bersama-sama menyumbang demi kelestarian bumi kita!
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

☎️Pn. Nur Hasmiza Mahadzir (019-933 2028/ 04-5622424 ) – Barang kitar semula am

☎️2. Dr. Siti Razila Abdul Razak ( 019-5383883 ) – Barang kitar semula am, Sains@Bertam

☎️Dr. Noor Ayuni Ahmad Syafiai (013-3345301 ) – Baju terpakai

☎️Pn. Athirah Raihanah (012-4400429) – Barang kitar semula am,CRC

☎️Dr. Nor Effa Syazuli Zulkafli (017-2745001) – Minyak masak terpakai

☎️Pn. Zuraizah Zulkifli (017-5699641) – E-Waste

📢HEBAHAN AKTIVITI JUALAN LESTARI RAYA 2026ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,Sukacita dimaklumkan bahawa program Jualan...
09/03/2026

📢HEBAHAN AKTIVITI JUALAN LESTARI RAYA 2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Sukacita dimaklumkan bahawa program Jualan Lestari Raya 2026 sedang diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 Mac 2026 - 20 Mac 2026
Tempat : Ruang Lobi, Cancer Teaching Complex (CTC), PKTAAB

Semua warga staf dan pelajar dijemput memeriahkan aktiviti Jualan Lestari Raya 2026 yang sedang berlangsung selama tiga minggu.

Sokongan padu dari seluruh warga PKTAAB amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

20/02/2026

Fast fashion has a dirty secret: what happens to the clothes nobody buys?

For decades, the industry standard has been to destroy billions of dollars' worth of unsold inventory to protect brand value. But the European Union has banned this practice completely.

The EU Council formally adopted the Ecodesign for Sustainable Products Regulation, a sweeping new law that targets the take, make, and dispose model of the textile industry. The most significant part of this legislation is a direct ban on the destruction of unsold apparel, clothing accessories, and footwear.

Under these rules, large companies have a transition period of two years to comply, while medium-sized enterprises have six years. The goal is to force major brands to stop overproducing and start designing products that last longer and are easier to recycle.

The environmental cost of the current system is staggering. In the EU alone, approximately 12.8 billion pounds (5.8 million tonnes) of textiles are discarded every year. That averages out to about 26 pounds (12 kg) of waste per person annually. By banning the destruction of usable goods, the EU aims to cut this waste drastically.

The law also introduces a Digital Product Passport. This scannable tag will give consumers instant access to information about a product's sustainability.

Companies will also be required to report annually on how much unsold inventory they still discard and why, exposing the scale of waste hidden for years.
While this regulation only applies to the EU market, its impact will be global. International brands will have to adjust their supply chains to comply.

We have treated clothing as disposable for too long. This law reminds us that every garment has an environmental price tag, and destroying it just because it didn't sell is a cost the planet can no longer afford.

Read the report: "EU Bans Destruction of Unsold Textiles and Footwear." Earth.org

Adakah anda ingin bergerak di dalam kampus dengan lebih pantas, sihat, dan mesra alam? Kami mempunyai berita gembira unt...
22/01/2026

Adakah anda ingin bergerak di dalam kampus dengan lebih pantas, sihat, dan mesra alam? Kami mempunyai berita gembira untuk anda!

Pusat Pakar Klinikal Dan Penyelidikan Kanser (PPKPK) kini menawarkan perkhidmatan sewaan E-Bike dan Basikal Lipat khas untuk semua staf dan pelajar. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman tunggangan yang menyeronokkan dengan kadar harga yang sangat berpatutan.

Kadar Sewaan:
Basikal Lipat: RM3 (2 jam pertama) | RM1 jam seterusnya | RM8 sehari.
E-Bike: RM5 (2 jam pertama) | RM1 jam seterusnya | RM10 sehari.

Bagaimana untuk memulakan?

Sila ke pondok pengawal keselamatan untuk urusan tempahan.
Imbas kod QR pada poster yang dilampirkan untuk pendaftaran.
Pastikan anda membaca SOP yang disediakan .

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi:
Islamiah: 013-2761140
Jey: 012-4390989

15/01/2026

SATU KAMPUS, SATU MISI: PENGURUSAN SISA BERTANGGUNGJAWAB

Seminar Kelestarian 2025 telah dianjurkan pada 19 Disember 2025 bertempat di Bilik Seminar CRC, Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser (PPKPK) sebagai salah satu inisiatif berstruktur dalam menyokong pelaksanaan Amalan Pejabat Hijau di Universiti Sains Malaysia (USM). Penganjuran program ini selaras dengan komitmen USM sebagai Universiti APEX dalam memperkukuh tadbir urus kelestarian, khususnya dalam aspek pengurusan sisa yang sistematik, patuh piawaian dan berimpak.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Noor Khairiah Bt. A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian PPKPK, yang menekankan keperluan pematuhan berterusan terhadap garis panduan pengurusan sisa serta kepentingan penglibatan semua peringkat warga kerja dalam memastikan amalan kelestarian dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.

Seminar ini menampilkan taklimat pengurusan sisa oleh Cik Teng Wan Xin daripada ESH Resource Management Sdn. Bhd., yang memberi pendedahan berkaitan kaedah pengurusan sisa yang teratur, pengasingan sisa di punca, pematuhan kepada keperluan perundangan serta amalan terbaik yang menyokong pengurangan risiko operasi dan impak alam sekitar di persekitaran kerja institusi penyelidikan dan kesihatan.

Sesi perkongsian seterusnya bertajuk “Kompos Mudah: Manfaatkan Sisa Dapur dan Kebun” oleh En. Muhamad Hamzah daripada Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM Induk memberi fokus kepada pelaksanaan inisiatif pengurangan sisa dapur dan kebun melalui kaedah pengkomposan. Ceramah ini memberi pendedahan kepada warga kampus mengenai kaedah pengurusan sisa organik yang lebih sistematik dan mesra alam, di samping membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan. Selain itu, pengkomposan sisa dapur dan kebun turut menghasilkan baja organik yang bermanfaat untuk menyuburkan tanaman, sekali gus menyokong amalan kelestarian dan ekonomi kitaran di peringkat kampus.

Majlis diteruskan dengan ucapan penutupan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Bakiah Binti Shaharuddin, Pengarah PPKPK, diikuti penyampaian cenderamata kepada penceramah serta penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen No Single-Use Plastic. Pemenang utama kempen ini ialah En. Mohd Jasmie Ikhram Bin Ab Rahaman dari Bahagian Akademik dan Antarabangsa, tempat kedua Pn. Zahanim Binti Abu Hasan dari Seksyen Sumber Manusia dan tempat ketiga Nurazlin Binti Waishak dari Pusat Perubatan USM Bertam. Turut menerima hadiah saguhati ialah Pn. Asiah @ Ramzah Binti Ismail, Pn. Halita Binti Md Diah, Pn. Nur Hidayah Binti Salim serta Pn. Farah Zalina Binti Hamzah. Inisiatif ini berperanan sebagai mekanisme pengiktirafan dan galakan kepada warga kampus dalam menyokong pelaksanaan amalan pengurangan plastik sekali guna di tempat kerja.

Seminar Kelestarian 2025 ini telah dihadiri oleh kira-kira 40 orang peserta yang terdiri daripada warga PPKPK dan unit berkaitan, melibatkan penyertaan secara fizikal di Bilik Seminar CRC serta dalam talian, sekali gus mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan warga kampus terhadap agenda kelestarian dan pengurusan sisa bertanggungjawab.

Secara keseluruhan, penganjuran Seminar Kelestarian 2025 menyokong pencapaian Petunjuk Prestasi Kelestarian Pejabat Hijau, khususnya dalam aspek kesedaran dan latihan pengurusan sisa yang bertanggungjawab serta penglibatan warga organisasi. Program ini juga menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu SDG 4, SDG 11, SDG 12, SDG 13 dan SDG 17.

Penganjuran seminar ini diharap dapat memperkukuh pematuhan terhadap amalan Pejabat Hijau, menyokong penambahbaikan berterusan sistem pengurusan sisa serta memperkasa budaya kerja lestari dalam kalangan warga USM.

15/01/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA YBHG. PROFESOR DATO' SERI IR. DR. ABDUL RAHMAN MOHAMED, FASc.
ATAS PELANTIKAN SEMULA SEBAGAI NAIB CANSELOR
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Daripada:
Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin
Pengarah dan Seluruh Warga
Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser (PPKPK)
Universiti Sains Malaysia

” Zero Waste Community ” Inisiatif Lestari Pengurusan Sisa Makanan  16 Disember 2025 Butterworth, Pulau Pinang - Pasukan...
29/12/2025

” Zero Waste Community ” Inisiatif Lestari Pengurusan Sisa Makanan


16 Disember 2025 Butterworth, Pulau Pinang - Pasukan Lestari terdiri daripada, staf dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Bagan Lalang bagi mendalami proses pengurusan sisa pepejal terutamanya sisa makanan.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas, diikuti dengan lawatan sekitar fasiliti. Objektif lawatan ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama, meningkatkan kefahaman mengenai operasi kitar semula terutamanya sisa makanan serta memupuk amalan perlindungan alam sekitar dalam kalangan staf.

Kumpulan Zero Waste Community ini yang beroperasi di Taman Bagan Lalang begitu aktif dalam aktiviti kitar semula. Kawasan ini mempunyai stesen pengasingan / segretation station dimana penduduk sekitar boleh meletakkan pelbagai jenis sisa pepejal yang boleh dikitar semula ke pintu masuk ke tong yang telah diasingkan kategori iaitu pakaian, kertas, kotak, plastik, ’e waste’ dan botol/kaca.perkhidmatan ini mengalakan komuniti setempat untuk kitar semula bahan bahan bahan yang tidak mahu digunakan lagi.

Selain digalakan untuk mengitar semula barangan ’recycle’, delegasi juga digalakan untuk menjadikan barangan yang tidak lagi digunakan menjadi satu produk baharu atau produk yang berkualiti dan bernilai ’upcycle’. Kami berpeluang melihat contoh produk baharu yang berkualiti hasil daripada bahan kitar semula antaranya kotak besar untuk pengumpulan pakaian daripada kotak minuman ‘Tetra Pak’ dan bahan binaan iaitu bumbung yang diperbuat daripada kertas.

Delegasi telah diberi peluang untuk menyaksikan sendiri demonstrasi penggunaan mesin pemprosesan sisa makanan. Mesin ini berfungsi untuk memproses sisa makanan dan berkeupayaan mengasingkan minyak, air dan hampas daripada sisa makanan kepada bahan yang lebih mesra alam antaranya menjadi baja kompos dan diproses menjadi makanan haiwan ternakan seperti jenis dedak dan pelet. Ia membantu mengurangkan kuantiti sisa makanan yang dibuang ke tapak pelupusan, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menyokong konsep “Zero Waste” dan kelestarian alam sekitar. Menurut pihak pengurusan Pusat Sumber Alam Sekitar, mesin ini merupakan mesin baharu yang belum pernah digunakan sebelum ini, dan kami merupakan rombongan pertama yang berpeluang menyaksikan pengoperasiannya. Penggunaan mesin ini dilihat sebagai satu inovasi penting dalam pengurusan sisa di komuniti dan institusi.

Sebelum berangkat pulang, pihak pengurusan Pusat Sumber Alam Sekitar telah berhasrat untuk menjemput delegasi untuk hadir semula pada bulan Januari 2026 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Pusat Sumber Alam Sekitar yang ke-16. Jemputan ini diharapkan dapat terus mengukuhkan hubungan kerjasama sedia ada, di samping menyemarakkan pelaksanaan program serta aktiviti berkaitan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak pusat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Encik Andrew Lim serta para sukarelawan Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Bagan Lalang atas kesempatan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang lawatan ini. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada seluruh warga kerja atas layanan yang amat mesra, profesional serta komitmen tinggi yang ditunjukkan, yang secara keseluruhannya telah menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan program lawatan ini.

22 Disember 2025, Isnin - Kelestarian IPPT-PPUSMB melakar sejarah bermakna apabila dianugerahkan Anugerah Projek Lestari...
29/12/2025

22 Disember 2025, Isnin - Kelestarian IPPT-PPUSMB melakar sejarah bermakna apabila dianugerahkan Anugerah Projek Lestari Berimpak Tinggi & 5 Daun 🌿 sempena Majlis Penarafan Pejabat Hijau Universiti Sains Malaysia 2025 pada minggu lalu. Aplikasi EcoSustain Hub dan Drive-Thru EcoStation yang telah diwujudkan di IPPT-PPUSMB telah mendapat pengiktirafan berimpak tinggi oleh Universiti Sains Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia atas anugerah dan pengiktirafan ini. Dengan anugerah dan pengiktirafan ini memberikan kami semangat untuk melakukan yang terbaik di tahun hadapan dalam membina dan menyuburkan lagi langkah dan amalan hijau demi kesejahteraan warga kampus serta masyarakat sekeliling.

Syabas dan tahniah warga IPPT-PPUSMB🤩🥳

Address

PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PKTAAB) USM
Usm
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KELESTARIAN PKTAAB USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to KELESTARIAN PKTAAB USM:

Share