Nursing Student Association - NUSA

Nursing Student Association - NUSA Empowering the next generation of nurses. Join us in shaping the future of healthcare!

SABTU | 30 MEI | UMUMAssalamualaikum W.B.TSalam Sejahtera danSalam UiTM Di Hatiku.[ 🌾✨ UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT PESTA KA...
30/05/2026

SABTU | 30 MEI | UMUM

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera dan
Salam UiTM Di Hatiku.

[ 🌾✨ UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & GAWAI DAYAK 2026 ✨🌾 ]

Merujuk perkara di atas, Nursing Students Association (NUSA) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak kepada semua pelajar, pensyarah, pengajar klinikal serta warga Fakulti Sains Kesihatan UiTM yang meraikannya.

Semoga sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak pada tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan serta keberkatan kepada anda dan keluarga tersayang.❤️

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan kita. Semoga musim perayaan ini membawa kemakmuran, rezeki yang melimpah serta kebahagiaan buat semua.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” dan “Gayu Guru Gerai Nyamai” 🌾

Sekian, Terima Kasih.

"KREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWA"

Yang menjalankan amanah,

EXCO PENERANGAN, MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
Nursing Students Association (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



RABU | 27 MEI | UMUMAssalamualaikum W.B.TSalam Sejahtera danSalam UiTM Di Hatiku.[ 🌙🐄 SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M 🐄🌙 ]...
26/05/2026

RABU | 27 MEI | UMUM

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera dan
Salam UiTM Di Hatiku.

[ 🌙🐄 SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M 🐄🌙 ]

Merujuk perkara di atas, kami dari Nursing Students Association (NUSA) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pelajar, pensyarah, pengajar klinikal serta warga Fakulti Sains Kesihatan UiTM.

Semoga Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat anda serta keluarga tercinta. Diharapkan juga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran yang dizahirkan dalam Aidiladha menjadi inspirasi untuk kita terus tabah menghadapi cabaran serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Marilah kita menghayati makna pengorbanan dengan hati yang penuh keimanan dan kesederhanaan. Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati.✨

Sekian, Terima Kasih.

"KREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWA"

Yang menjalankan amanah,

EXCO PENERANGAN, MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
Nursing Students Association (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



Nama Program : Interbatch Sports NUSA 2026Tarikh : 16 Mei 2026Masa : 8:00 Pagi - 3:00 PetangTempat : Gelanggang Bola Jar...
22/05/2026

Nama Program : Interbatch Sports NUSA 2026

Tarikh : 16 Mei 2026

Masa : 8:00 Pagi - 3:00 Petang

Tempat : Gelanggang Bola Jaring Ibnu Sina Dan Padang Kawad, Kampus Puncak Alam

Tujuan :
Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan pelajar kejururawatan, di samping mencungkil bakat pelajar kejururawatan dalam bidang sukan bagi pencarian atlet mewakili Pusat Pengajian Kejururawatan mahupun mewakili Fakulti Sains Kesihatan dalam sukan antara fakulti.

SABTU | 16 MEI 2026 | UMUMAssalamualaikum W.B.TSalam SejahteraSalam UiTM Di Hatiku. [SELAMAT HARI GURU]Merujuk perkara d...
16/05/2026

SABTU | 16 MEI 2026 | UMUM

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Di Hatiku.

[SELAMAT HARI GURU]

Merujuk perkara di atas, kami dari Persatuan Pelajar Kejururawatan sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, khususnya kepada para pensyarah UiTM yang telah banyak berkorban dan berdedikasi dalam menyampaikan ilmu serta membentuk generasi mahasiswa yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.

Guru merupakan insan mulia yang menjadi tulang belakang kejayaan setiap individu. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar mereka, kita tidak akan berada pada tahap pencapaian kita hari ini. Dalam Islam, kedudukan guru sangat tinggi kerana mereka menyampaikan ilmu yang merupakan cahaya dalam kehidupan manusia. Seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri sebagai murabbi agung, peranan seorang pendidik bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk akhlak dan peribadi insan.

Hari Guru ini wajar dijadikan sebagai wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru, yang sentiasa tabah dan sabar dalam membimbing anak bangsa. Marilah kita bersama-sama menzahirkan penghargaan yang tulus kepada para guru, pensyarah dan mentor kita, serta terus menghormati mereka dalam setiap langkah perjalanan akademik dan kehidupan kita.

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sekian, terima kasih.

"KREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWA"

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEROHANIAN, KEBAJIKAN DAN KAUNSELING
Persatuan Pelajar Kejururawatan (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



Nama Program:Nurses' Day: Heal & Bite 2026 EditionTarikh:12 Mei 2026, SelasaMasa:12.00 Tengah Hari - 5.00 PetangTempat:B...
15/05/2026

Nama Program:

Nurses' Day: Heal & Bite 2026 Edition

Tarikh:

12 Mei 2026, Selasa

Masa:

12.00 Tengah Hari - 5.00 Petang

Tempat:

Bilik Seminar Aras 8, Fakulti Sains Kesihatan 6

Tujuan:

Program ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar dengan memberi pendedahan berkenaan perkembangan terbaharu dalam dunia kejururawatan serta meraikan Hari Jururawat Sedunia.

JUMAAT | 1 MEI | MAKLUMANAssalamualaikum W.B.TSalam SejahteraSalam UiTM Di Hatiku✨ [ JEMPUTAN KE PROGRAM HEALTH SCIENCES...
15/05/2026

JUMAAT | 1 MEI | MAKLUMAN

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Di Hatiku

✨ [ JEMPUTAN KE PROGRAM HEALTH SCIENCES ISLAMIC FESTIVAL (HiFEST) 2026 ] ✨

Merujuk perkara di atas, kami daripada Persatuan Pelajar Kejururawatan (NUSA) sesi 2025/2026 dengan penuh hormat ingin menjemput seluruh pelajar untuk menghadiri serta memeriahkan program HEALTH SCIENCES ISLAMIC FESTIVAL (HiFEST) 2026.

2. Butiran program adalah seperti berikut:

📄 Nama Program: HEALTH SCIENCES ISLAMIC FESTIVAL (HiFEST) 2026

🗓️ Tarikh: 1 MEI - 5 JUN 2026 (DALAM TALIAN) & 6 - 7 JUN 2026 (BERSEMUKA)

📍Tempat: Dewan Serbaguna Kolej Rafflesia, Dewan Pavillion & DK 500, UiTM Puncak Alam

📺 Platform : BERSEMUKA DAN DALAM TALIAN

3. Berminat untuk sertai pertandingan?

📝Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan Linktree di bawah:
🔗 https://linktr.ee/HiFEST_2026

📣 Pelbagai pertandingan menarik bakal dipertandingkan sepanjang festival ini!

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat, menimba pengalaman, dan meraih hadiah menarik 🏆✨

Kehadiran serta sokongan daripada Saudara dan Saudari amatlah dialu-alukan dan dihargai bagi menjayakan program ini.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

1. Adilah
(https://wa.me/601121091033)

2. Batrishia
(https://wa.me/601133743398)

3. Azwa
(https://wa.me/+601115850762)

Kerjasama dan penyertaan daripada pihak Saudara dan Saudari amat kami hargai 🤍

Sekian, terima kasih.

“KREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWA”

Yang menjalankan amanah,

BIRO JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN
Health Sciences Islamic Festival (HiFEST) 2026
Persatuan Pelajar Kejururawatan (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



13/05/2026
12/05/2026

25 APRIL 2026 | KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI NUSA 2026

Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah berjaya melaksanakan program Kursus Pengurusan Organisasi NUSA (KPO) 2026 pada 25 April 2026 secara bersemuka di Student Lounge Aras 2, Fakulti Sains Kesihatan 1,5. Program berbentuk akademik ini merupakan anjuran Persatuan Pelajar Kejururawatan (NUSA) sesi 2025/2026 dan telah disertai oleh seramai 49 orang pelajar kejururawatan yang terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar merangkap ahli Majlis Tertinggi dan barisan Exco-exco dalaman.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ts. Dr. Sharifah Shafinaz binti Sh Abdullah atas kesudian menyempurnakan sesi perasmian, dan barisan Majlis Tertinggi serta Exco-exco dalaman Persatuan Pelajar Kejururawatan atas sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti, berdaya saing serta berkemahiran tinggi dalam pengurusan organisasi.\

Fakulti Sains Kesihatan UiTM - FB Media Rasmi
Nursing Student Association - NUSA

12/05/2026

12 Mei 2026 | Selamat Hari Jururawat Sedunia💜

Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat atas dedikasi, keprihatinan dan komitmen yang dicurahkan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

“Komited merawat, ikhlas berkhidmat” bukan sekadar ungkapan, tetapi lambang pengorbanan dan kecekalan insan bergelar jururawat yang sentiasa hadir memberi harapan serta kekuatan kepada pesakit.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda. 🌸

Dekan Fsk Page
Nursing Universiti Teknologi MARA
Nursing Student Association - NUSA
Smf Fakulti Sains Kesihatan





Address

UiTM Puncak Alam
Puncak Alam

Telephone

+601111212304

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nursing Student Association - NUSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Nursing Student Association - NUSA:

Share