26/05/2026
🐂 SALAM AIDILADHA 1447H 🕋
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Barisan Kepimpinan Kelab Mahasiswa Pengurusan Maritim (MAPEM) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), khususnya warga Fakulti Pengajian Maritim.
Aidiladha merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ketika umat Islam berhimpun di Padang Arafah menunaikan ibadah haji, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, memperkukuhkan iman serta menghargai segala pengorbanan ibu bapa, keluarga dan insan sekeliling dalam kehidupan kita.
Sebagai mahasiswa, semangat Aidiladha mengajar kita untuk terus berusaha menuntut ilmu, memperbaiki akhlak, memupuk nilai perpaduan serta menyemai sifat keprihatinan dan kasih sayang terhadap masyarakat.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh warga UMT dan keluarga tersayang.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir dan Batin. 🐄🌙✨
Salam ikhlas daripada,
Kelab Mahasiswa Pengurusan Maritim (MAPEM)
Sesi 2025/2026