27/02/2026
๐๐จ๐๐๐ซ๐ญ ๐๐ข๐ฒ๐จ๐ฌ๐๐ค๐ข ๐๐๐ง๐๐๐ซ ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ ๐๐๐ฌ๐ก๐๐ฅ๐จ๐ฐ ๐๐ก๐๐ฅ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐
SERDANG, 26 Februari 2026 โ Tokoh kewangan antarabangsa, Robert Kiyosaki, penulis buku terlaris Rich Dad Poor Dad, telah melancarkan ASEAN University Cashflow Challenge (AUCC) 2026 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program ini menghimpunkan 200 mahasiswa dari seluruh rantau ASEAN bagi memperkukuh literasi kewangan dan minda keusahawanan melalui permainan simulasi CASHFLOW 101.
Sesi permainan telah dipimpin oleh Dr. Abuayubul Ansari Ibramsha (Abang Abu Mekanik Wang) dari Now Asia, yang menekankan kepentingan memahami aliran tunai, pengurusan risiko dan pembinaan aset secara praktikal.
Menurut Pengarah CEM UPM, Prof. Madya Dr. Hizmawati Madzin, program ini selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah mempunyai kecerdasan kewangan dan daya tahan ekonomi global.
Kiyosaki turut menegaskan bahawa pendidikan kewangan perlu diterapkan sejak di universiti agar generasi muda mampu membina aset dan mencapai kebebasan kewangan.