04/05/2026
Selamat Bercuti Pertengahan Semester.✨🌿
Setelah melalui tempoh pembelajaran yang mencabar dan padat, diharapkan cuti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk berehat serta memulihkan tenaga fizikal dan mental.
Gunakan kesempatan ini untuk membuat refleksi terhadap pencapaian akademik setakat ini, di samping merancang langkah yang lebih baik bagi menghadapi baki semester. Keseimbangan antara rehat dan persediaan amat penting bagi memastikan prestasi yang cemerlang.
Semoga semua warga mahasiswa kembali dengan semangat yang diperbaharui, lebih fokus dan bersedia untuk meneruskan perjalanan akademik dengan jayanya.
Ikhlas daripada,
Kelab Sains Politik (KESPOL)
Universiti Sains Malaysia