Research Centre for Soft Soils

  • Home
  • Research Centre for Soft Soils

Research Centre for Soft Soils Research Centre for Soft Soil (RECESS) Malaysia was established to carryout research on soft soil e
(1)

服裝上新款囖  最新款爆款女裝 #修身顯瘦 #不挑身材😍給你一份新的選擇 請通過Messenger聯絡我們瞭解更多
29/06/2023

服裝上新款囖 最新款爆款女裝
#修身顯瘦 #不挑身材😍
給你一份新的選擇

請通過Messenger聯絡我們瞭解更多

服裝上新款囖  最新款爆款女裝 #設計獨特 穿上舒適 👍耐看又耐穿👍 # 女神必選詢價$$$ 請留言 私訊喔 #服裝   #免運  #貨到付款"
14/03/2023

服裝上新款囖 最新款爆款女裝
#設計獨特 穿上舒適 👍耐看又耐穿👍
# 女神必選
詢價$$$ 請留言 私訊喔
#服裝 #免運 #貨到付款"

UPLB-UTHM-UGM Living Laboratory Collaboration Kick-off Meeting Thursday | January 26, 2023 | 9:15 am - 11:15 am (MYT) |R...
26/01/2023

UPLB-UTHM-UGM Living Laboratory Collaboration Kick-off Meeting

Thursday | January 26, 2023 | 9:15 am - 11:15 am (MYT) |

RECESS, Muar Living Lab, SuNR and UTHM meeting with Muar Municipal Council, University of the Philippines Los Baños, Philippines and Universitas Gadjah Mada, Indonesia.

Our team presented our Living Lab activities in Muar primarily related to innovations, biodiversity related activities, city initiative, peat fire management and social innovation. UPLB shared the beauty of Mount Makiling and UPLB initiatives to empower the ecosystem and the local community. From the Indonesian side, UGM presented very interesting R&D at Wanagawa Forest and their similar interest in conservation and forestry.

Thank you everyone for the sharing! See you soon in our FESTIVAL OF IDEAS! 😊









RECESS INDUSTRIAL SEMINAR SERIES: EARTH RETAINING STABILIZING STRUCTURE (ERSS)Date: Monday | 19th December 2022  | 3.00 ...
15/12/2022

RECESS INDUSTRIAL SEMINAR SERIES: EARTH RETAINING STABILIZING STRUCTURE (ERSS)

Date: Monday | 19th December 2022 | 3.00 pm
Venue: Block A9, Research Centre for Soft Soil (RECESS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim. | GPS: 1.85242° N, 103.08138° E

Speaker 1: Dr Goh Teik Lim, Geotechnical Specialist, Oriental Castle Group
Title: ERSS Works by Silent Piler Using Advanced Steel Sheet Piles in Asia Region

Speaker 2: Ts. Dr. Nor Azizi bin Yusoff, Head, Research Centre for Soft Soil (RECESS), UTHM
Title: Silent Piling Technology: Research and Commercial Initiatives in Malaysia

Speaker 3: Mr. Md Noordin bin Tamjis, Chairman, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, Daerah Muar
Title: Construction Industry in Muar: From Local Contractors Point of View

9 DISEMBER 2022 | 14 JAMADILAKHIR 1444H | JUMAAT | 10 PAGI | BANGI, SELANGOR.RECESS BERSAMA KUNJUNGAN HORMAT YB DATO' PE...
09/12/2022

9 DISEMBER 2022 | 14 JAMADILAKHIR 1444H | JUMAAT | 10 PAGI | BANGI, SELANGOR.

RECESS BERSAMA KUNJUNGAN HORMAT YB DATO' PEGAWAI DAERAH MUAR KEPADA KETUA PENGARAH AGENSI NUKLEAR DI MAKMAL PENYELIDIKAN AGENSI DI BANGI.

RECESS turut bersama dalam kunjungan persahabatan ini bagi sama-sama menghidupkan 'Ekosistem budaya R&D' di Muar melalui inisiatif Living Lab Muar.

Usaha berjemaah yang dinakhodai okeh Yang Berhormat Dato' Cr Hj Mustaffa Bin Dato' Hj Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ini juga melibatkan pelbagai agensi dan komuniti setempat.

Dengan cara ini, lebih ramai masyarakat dan agensi berkepentingan dapat bersatu-padu dalam mengeksplorasi potensi-potensi R&D yang diharap dapat menambahbaik situasi sedia ada dalam daerah ini.

Melalui kunjungan hormat hari ini, beberapa penekanan lain selain penggunaan benih padi IS 21, pada dasarnya Ketua Pengarah Agensi Nuklear membantu Muar dalam beberapa inisiatif (quick win):
1. Penghasilan komposit daripada sekam dan jerami padi.
2. Mewujudkan makmal kultur tisu untuk tumbuhan hiasan dan herba di galeri konservasi ikan betta, kompleks penghulu mukim air hitam.
3. Mewujudkan tapak penyelidikan varieti baharu benih padi di Sawah padi Sg Balang bersama pihak Jabatan Pertanian, UPM, UTHM dan UTeM di bawah seliaan Pejabat Daerah Muar.
4. Tapak kajian varieti baharu buah-buahan yang terhasil daripada teknologi sinaran gamma.
5. Memperkasa komuniti dan agensi dalam daerah Muar dalam bidang agro makanan, tumbuhan hiasan dan herba melalui teknologi nuklear.

Kunjungan hormat Yb Pegawai Daerah Muar ini telah disambut oleh Dr Rosli B Darmawan - Timbalan Ketua Pengarah Agensi Nuklear, Ts Dr Azhar B Mohamad - Pengarah Bahagian Agro Teknologi dan Bio Sains, Dr Hasni Bt Hasan - Pengarah Teknologi Pemprosesan Sinaran dan Ts Dr Ishak B Mansor - Pengarah Bahagian Sokongan Teknikal. Pada akhir kunjungan hormat ini, sesi perbincangan hala tuju inisiatif "quick win", jangka sederhana (2025) dan jangka panjang (2030) telah dirangka. Perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg Ketua Pengarah Agensi Nuklear, Dr Abd Rahim bin Harun.

Turut serta bersama Yb Pegawai Daerah Muar adalah En Mohd Hanafi B Shamsi - Penolong Pegawai Daerah Muar, Ts Dr Nor Azizi bin Yusoff - Ketua Living Lab Muar & Ketua Pusat RECESS, En Muhammad Faizal B Saidi - Pegawai Pertanian Daerah Muar, Tn Hj Khalim B Abdullah - Penghulu Tertinggi, Pengerusi dan JK Kelompok Pesawah Sg Balang dan En Faizal Ketua Kg Felcra Bukit Kepong








https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=470112995292706&id=100068820296091&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

Sesi Santai bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia di Sekitar Bandar Maharani | Lorong Belakang Bandar Mahara...
11/11/2022

Sesi Santai bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia di Sekitar Bandar Maharani | Lorong Belakang Bandar Maharani | 8 November 2022

Setelah seharian mengharungi sesi bagi Bengkel Penubuhan Living Lab Universiti Tun Hussein Onn Malaysia-Jabatan Perhutanan Negeri Johor sepanjang hari, kami menyusuri Bandar Maharani secara santai bersama Pegawai Penyelidik di Insitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, En. Hyrul Izwan bin Mohd Husin. Kami Bersama dalam kump**an 1. FRIM berminat dalam sama-sama menyokong inisiatif-inisiatif Living Lab Muar dan sama-sama mengembangkan kajian serta inovasi sedia ada seperti inovasi Sistem Pengesanan Kebakaran Gambut yang dilaksamakan di Hutan Ta,man Negeri Ayer Hitam Utara.

Selain daripada itu, FRIM turut sama berminat dalam melihat pelaksanaan inovasi di sekitar Bandar Maharani ini yang berkaitan bidang perhutanan. Sebagai contoh, sistem Augmented Reality yang mengetengahkan spesis Nepenthes di Lorong Belakang turut menarik perhatian FRIM. Selain daripada itu, pembangunan Lorong Autism di Lorong Belakang di Bandar Maharani yang dipelopori oleh Majlis Perbandaran Muar dan Pejabat Daerah Muar melalui Program Back to Backlane (B2BL) telah dapat menceriakan bandar ini dan dikunjungi ramai orang.

Kami juga sempat meneguk keunikan Kopi 434 dan Sup Segar di Restoran Laman Maharani di Bandar Maharani ini. Persekitaran restoran yang bersih serta segar dilihat sebagai antara penawaran yang baik yang boleh diketengahkan di bandar ini. Hotel butik seperti Muar Boutique Hotel juga dilihat sebagai produk pelancongan yang boleh diketengahkan Bersama. Kreativiti pihak hotel dalam sama-sama mempromosikan perabot dan produk berasaskan kayu di lobi hotel turut menarik perhatian FRIM. Semoga akan wujud Kerjasama lebih erat antara FRIM, Institut Kejuruteraan Integrasi, Living Lab Muar dan UTHM pada masa akan datang.

Bengkel Penubuhan Living Lab Universiti Tun Hussein Onn Malaysia-Jabatan Perhutanan Negeri Johor | Muar Traders Hotel | ...
11/11/2022

Bengkel Penubuhan Living Lab Universiti Tun Hussein Onn Malaysia-Jabatan Perhutanan Negeri Johor | Muar Traders Hotel | 8-9 November 2022.

Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institut Kejuruteraan Integrasi menyantuni jemputan Jabatan Perhutanan Negeri Johor dalam Bengkel Penubuhan Living Lab Universiti Tun Hussein Onn Malaysia-Jabatan Perhutanan Negeri Johor di Traders Hotel, Muar selama dua hari. Ketua Pusat RECESS, Ts. Dr. Nor Azizi Yusoff dan Penyelidik Kanan RECESS, Dr Mohamad Faizal Tajul Baharuddin telah sama-sama memberikan buah fikiran ke arah cadangan ini.

Bengkel juga melibatkan pelbagai agensi, komuniti setempat, PBT dan NGO berkaitan. Penyelidik-penyelidik UTHM dari beberapa fakulti telah bersama-sama dalam menjayakan bengkel ini. Turut membanggakan, Felo Living Lab Muar, Pm. Ts. Dr. Muhammad Abdul Latiff bin Abu Bakar memainkan peranan sebagai Ketua Moderator yang cukup penting dalam menjayakan impian ini. Provost UTHM Pagoh juga turut sama dalam memberikan idea-idea bernas ke arah pelaksanaan ini.

Aktiviti ini merupakan penerusan kepada program Living Lab Daerah Muar yang didokongi oleh Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar dan UTHM. UTHM juga berperanan membantu dalam menjayakan cita-cita besar ini. Untuk rekod, UTHM dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah menandatangani Surat Hasrat bagi kerjasama antara dua agensi ini. Penyelidikan dan aktiviti berasaskan biodiversiti, kejuruteraan, pengurusan dan lain-lain telah berjaya digerakkan secara aktif di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara ini sejak tahun 2018 lagi. Tiga Stesen Pengesanan Kebakaran Gambut juga berjaya diletakkan di lapangan dengan kerjasama UTHM dan JPNJ.

Pada awal bengkel, Pengarah JPNJ, Dato’ Salim bin Aman telah berkongsi status semasa di hutan taman negeri ini. Ternyata kekayaan khazanah alam serta hubungan baik dan kerjasama erat antara UTHM-JPNJ bakal diterjemahkan dalam gerak kerja yang lebih tersusun pada masa hadapan. Semasa acara penutup, Pegawai Daerah Muar, YB Dato’ Cr Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Kiyai Shamsudin turut mengalu-alukan inisiatif proaktif JPNJ ini. YB Dato turut sama-sama mengingatkan supaya sebarang perancangan yang cuba digerakkan haruslah bersekali dengan perancangan yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri Johor dan perancangan daerah seperti Johor Maju 2030 dan Muar Perkasa 2030. Pendekatan secara bersama dengan melibatkan pelbagai agensi dan masyarakat setempat dilihat perlu dalam memastikan kejayaan boleh dicapai.

RECESS juga berterima kasih kepada JPNJ yang telah sama-sama menyambut hari lahir Ketua Pusat RECESS yang kebetulannya pada hari pertama bengkel. Semoga hubungan baik RECESS dan JPNJ ini akan terus memberi manfaat kepada semua dan membawa dimensi baru dalam penyelidikan yang ditegakkan di Muar ini. Selamat Maju Jaya!

KEBAKARAN HUTAN | Pemantauan Berkala Sistem Pengesanan Kebakaran Gambut UTHMMukim Ayer Hitam, Muar | 6 November 2022 |Pa...
06/11/2022

KEBAKARAN HUTAN | Pemantauan Berkala Sistem Pengesanan Kebakaran Gambut UTHM
Mukim Ayer Hitam, Muar | 6 November 2022 |

Pasukan Living Lab Muar, Institut Kejuruteraan Integrasi yang terdiri dari pelbagai PTJ di UTHM, Jabatan Perhutanan Negeri Johor (Utara), Penghulu Mukim Ayer Hitam dan masyarakat setempat turut bersama dalam menyelenggara sistem ini di sekitar Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara.

Sistem Pengesanan Kebakaran Gambut telah berjaya dilancarkan di sekitar Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara sejak Febuari 2022 lalu. Ia merupakan hasil jalinan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Daerah Muar. Sistem pemantauan dan pengesanan kebakaran gambut ini mampu mengesan perubahan suhu dan kelembapan di kawasan gambut selain boleh dipantau menggunakan telefon pintar.

Alhamdulillah, serba sedikit tragedi kebakaran gambut di lokasi sekitar dapat ditangani dan diharap dapat memberi keselamatan kepada hutan taman negeri, hartanah serta harta benda masyarakat setempat. Semoga jalinan Kerjasama ini dapat sama-sama membantu Program Johor Bersih dan Muar sebagai salah sebuah ‘Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN’.

Bak kata Pengerusi UTHM kami...

”Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan....” -Pak Yem-

Jom kita jadikan Living Lab Muar ruang untuk anda mengembangkan minat R&D dan inovasi kalian sekalian...



TAHNIAH PROF. Ts. Dr. ZAIDI BIN EMBONG, Penyelidik Utama RECESS.Abai sakit demi ilmuHarian Metro, 31 Ogos 2022Cerita kej...
31/10/2022

TAHNIAH PROF. Ts. Dr. ZAIDI BIN EMBONG, Penyelidik Utama RECESS.
Abai sakit demi ilmu
Harian Metro, 31 Ogos 2022

Cerita kejayaan dan pahit maung perjalanan sebagai seorang penyelidik mendapat perhatian Harian Metro hari ini. Walau diuji dengan ujian kesihatan diri, Prof. Zaidi terus berjuang dan menjadi salah seorang saintis fizik yang disegani di negara ini.

"Walaupun keadaan saya orang kelainan upaya (OKU), sifat saya, sikap yang normal masih berada dalam diri, semangat juang dan motivasi tak pernah putus sampai sekarang.”

Tahniah Prof. Zaidi!!

Program Sembang Santai – Muar Perkasa 2030: ‘Cabaran Pembinaan Ekosistem Technical and Vocational Education Training (TV...
31/10/2022

Program Sembang Santai – Muar Perkasa 2030: ‘Cabaran Pembinaan Ekosistem Technical and Vocational Education Training (TVET) dan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Dalam Kalangan Bangsa Johor’
Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor |29 Oktober 2022|

RECESS telah turut serta dalam menjayakan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022 bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor. Ketua Pusat RECESS telah membantu sebagai Moderator untuk sesi ini.

Program ini bertajuk Sembang Santai – Muar Perkasa 2030: ‘Cabaran Pembinaan Ekosistem Technical and Vocational Education Training (TVET) dan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Dalam Kalangan Bangsa Johor’.

Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM telah menjadi ahli panel forum ini. Turut sama sebagai ahli panel ialah Prof. Dato' Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI dan Prof. Dr Rosli Md Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM.

Majlis turut hadir dalam majlis tersebut Prof. Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh serta mahasiswa dan mahasiswi UTHM Kampus Pagoh. UTHM turut membuka booth pameran dalam majlis tersebut.

Pameran UTHM & Lawatan Tapak Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022Dataran Tan...
31/10/2022

Pameran UTHM & Lawatan Tapak Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022
Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
29-30 Oktober 2022

RECESS dan Living Lab Muar menyantuni Pameran UTHM dan para pengunjung sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022 bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor.

Beberapa perbincangan turut diadakan di lokasi pameran Bersama Kelompok Pesawah Sungai Balang, Majlis Perbandaran Muar, Pejabat Pertanian Daerah Muar, pemain industri dan masyarakat setempat.

RECESS juga berpeluang menyertai lawatan tapak bersama YB Dato' Pegawai Daerah Muar yang dilihat berpotensi bagi menggunakan inovasi komposit berasas jerami padi dari Sawah Sungai Balang.

Semoga Living Lab Muar dan RECESS terus bekerjasama dalam menegakkan penyelidikan dan inovasi yang releven dengan keperluan setempat.

Jom Riuhkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022 yang akan diadakan bermula 28 Oktober 2022 hingga 30 ...
29/10/2022

Jom Riuhkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022 yang akan diadakan bermula 28 Oktober 2022 hingga 30 Oktober 2022 di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Program Sembang Santai bertajuk Pengupayaan ekosistem STEM & TVET Pengajaran dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Dalam Hala Tuju Maju Johor 2030 pada 29 Oktober 2022 jam 7.45 Malam. Ayuh bersama keluarga memeriahkan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor!

RECESS turut bersama dalam menjayakan aspirasi belia di negeri Johor ini. Alhamdulillah..



Jom Riuhkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022 yang akan diadakan bermula 28 Oktober 2022 hingga 30 Oktober 2022 di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Program Sembang Santai bertajuk Pengupayaan ekosistem STEM & TVET Pengajaran dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Dalam Hala Tuju Maju Johor 2030 pada 29 Oktober 2022 jam 7.45 Malam. Ayuh bersama keluarga memeriahkan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor!



TERIMA KASIH RMC UTHM. 🥰
28/10/2022

TERIMA KASIH RMC UTHM. 🥰

LAWATAN & PENGUJIAN DI LAPANGAN PASUKAN LIVING LAB MUAR (UTHM) KE SAWAH SUNGAI BALANG LOKASI : SEKITAR SAWAH SG BALANG, ...
28/10/2022

LAWATAN & PENGUJIAN DI LAPANGAN PASUKAN LIVING LAB MUAR (UTHM) KE SAWAH SUNGAI BALANG
LOKASI : SEKITAR SAWAH SG BALANG, MUAR, JOHOR
TARIKH : 27 OKTOBER 2022

Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institut Kejuruteraan Integrasi melalui inisiatif Living Lab Muar telah dijemput dalam berkongsi kepakaran dalam bidang kejuruteraan tanah lembut di sawah ini.

Taklimat ringkas aktiviti dan keperluan sawah ini telah disampaikan oleh Pengerusi, Kelompok Pesawah Sg. Balang, En. Nor Indahna bin Main serta setiausaha kelompok pesawah ini. Penerangan ringkas oleh wakil Pejabat Pertanian Daerah Muar juga turut disampaikan.

RECESS juga bekerjasama dengan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dalam cuba memahami permasaalan berkaitan tanah lembut di sawah ini. Turut dipamerkan peralatan pengujian tanah yang boleh digunakan untuk tujuan verifikasi kejuruteraan.

Penyelidik yang terlibat adalah seperti senarai di bawah:

Staf Akademik
1. Dr Zaihasra Binti Abu Talib
2. Dr Nor Azizi bin Yusoff
3. Ts Dr Noorasyikin Binti Mohammad Noh

Pelajar
1. B**g Jia Yian (GF220039, Master)
2. Aldington Liu Jian Cheng (GF220037, Master)
3. Muhammad Hasif Bin Zulkafli (CF190073, Degree)
4. Mohamad Amirul Azim Bin Mustafa (CF190086, Degree)
5. Umi Safuhah Binti Sidek (DF190149, Degree)
6. Nuha Binti Wahab (DF190168, Degree)
7. Muhammad Shahfariz Bin Sunata (AF190093, Degree)
8. Daphne Delora Sebastian (CF190140, Degree)

Pegawai Teknikal
1. En. Amirzaki bin Salikin
2. En. Johari bin Zainal

Penyelidik dan para pelajar turut dibawa ke sekitar kawasan sawah bagi menimba pengalaman awal di sini. Ujian kekuatan tanah menggunakan Probe Machintosh dan Vane Shear turut diadakan di lapangan. Sebahagian sampel tanah lembut di sawah turut diambil untuk dibawa p**ang ke makmal RECESS, UTHM.

Masalah tanah lembut seperti jalan sawah yang berlubang, jentera penuaian terbenam ketika menjalankan aktiviti penuaian, kandungan air yang tinggi dalam tanah, sumber air dan sistem perparitan boleh dilihat dengan lebih baik melalui kajian-kajian yang akan dilaksanakan.

Semoga kajian yang akan dijalankan akan dapat membantu mengurangkan permasaalahan yang dihadapi petani di sawah Sungai Balang ini pada masa hadapan.

PAMERAN LIVING LAB MUAR (UTHM) SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN ANJURAN PEJABAT DAERAH MUAR DAN JABATAN PERTANIAN NEGERI J...
28/10/2022

PAMERAN LIVING LAB MUAR (UTHM) SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN ANJURAN PEJABAT DAERAH MUAR DAN JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR
LOKASI : DESASTAY SANTAI DISAWAH SG BALANG, MUAR, JOHOR
TARIKH : 27 OKTOBER 2022

Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institut Kejuruteraan Integrasi melalui inisiatif Living Lab Muar telah dijemput dalam berkongsi kejayaan dalam pembangunan bahan komposit dari sisa jerami sawah Sg. Balang. Pembangunan bersama yang diusahakan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan masyarakat setempat ini dilihat berpotensi diperkembangkan di peringkat kebangsaan. Inisiatif ini dijayakan bersama oleh Pejabat Daerah Muar, UTHM, Sirim STV, Thermasite Sdn. Bhd., Pejabat Pertanian Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar, Persatuan Kelompok Pesawah Sungai Balang, Penghulu Mukim Sungai Balang dan masyarakat setempat.

RECESS juga bekerjasama dengan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar FKAAB UTHM dalam cuba memahami permasaalan berkaitan tanah lembut di sawah ini. Turut dipamerkan peralatan pengujian tanah yang boleh digunakan untuk tujuan verifikasi kejuruteraan.

Inovasi khat di atas kertas jerami yang dibangunkan penyelidik UTHM Pagoh, Ts Shaiful Rizal bin Masrol dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Ftk Uthm turut mendapat tumpuan YB Exco dan delegasi lawatan. Selain daripada itu, kajian sosial berkenaan pesawah turut digerakkan oleh penyelidik-penyelidik dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan.

Aktiviti anjuran Pejabat Pertanian Daerah Muar ini disempurnakan oleh YB Dato' Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Turut hadir sama Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pegawai Daerah Muar, YB Dato' Cr Hj Mustaffa Kamal bin Dato' Kiyai Shamsudin, pemimpin-pemimpin setempat serta petani-petani.

Aktiviti ini sangat bermanfaat dan membuka ruang kerjasama yang lebih aktif antara penyelidik-penyelidik UTHM dan Living Lab Muar. Ianya diharap dapat mengetengahkan penyelidikan dan inovasi yang selari dengan gerak nadi serta keperluan masyarakat dan negeri Johor umumnya.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN PAMERAN INI. 🥰

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ Mengingati Rasulullah, Menyintai Rasulullah.Mari kita berselawat kepada Nabi Jun...
09/10/2022

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Mengingati Rasulullah, Menyintai Rasulullah.
Mari kita berselawat kepada Nabi Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Majlis Menandatangani Surat Niat (LOI) AntaraInstitut Kejuruteraan Integrasi (I²E) UTHM, bersama Persatuan Kontraktor Me...
27/09/2022

Majlis Menandatangani Surat Niat (LOI) AntaraInstitut Kejuruteraan Integrasi (I²E) UTHM, bersama Persatuan Kontraktor Melayu
Malaysia Negeri Johor Daerah Muar

Tarikh : 26 September 2022 (Isnin)
Lokasi: Bilik Persidangan, Bangunan Penyelidikan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS) berbesar hati dalam menjayakan kerjasama ini. Tahniah dan terima kasih Persatuan Kontaktor Melayu Malaysia Daerah Muar.

إنَّا ِللّٰهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن (Sesungguhnya Kami Adalah Milik Allah, DanKepada-Nya-lah Kami Kembali).Hari yang...
27/09/2022

إنَّا ِللّٰهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
(Sesungguhnya Kami Adalah Milik Allah, Dan
Kepada-Nya-lah Kami Kembali).

Hari yang menyedihkan buat warga Pusat Penyelidikan Tanah Lebut (RECESS) apabila menerima perkhabaran bahawa ahli kami iaitu Dato' Prof. Ts. Dr. Mohd Idrus Bin Hj. Mohd Masirin yang juga Mantan Ketua Pusat dan Penyelidik Utama RECESS telah kembali menghadap Illahi. Pusat ini kehilangan insan luarbiasa yang banyak menyumbang jasa bakti dan ilmu ke segenap lapisan masyarakat.

Kepada keluarga Almarhum, pusat merakamkan ucapan takziah.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Alfatihah.

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E)Tarikh: 22 ...
26/09/2022

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E)
Tarikh: 22 - 24 Sept 2022
Lokasi: KINGS GREEN HOTEL, CITY CENTRE MELAKA

[TAHNIAH PROF. IR. TS. DR. ADNAN BIN ZAINORABIDIN YANG TELAH MEMPEROLEHI KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK  KE PROFESOR VK7...
21/09/2022

[TAHNIAH PROF. IR. TS. DR. ADNAN BIN ZAINORABIDIN YANG TELAH MEMPEROLEHI KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK KE PROFESOR VK7]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pihak Pengurusan Tertinggi Institut Kejuruteraan Integrasi (IIE) ingin mengucapkan sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada Penyelidik Utama (PR) Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Prof. Ir.Ts. Dr. Adnan Bin Zainorabidin yang telah dianugerahkan kenaikan pangkat ke Profesor Gred VK7
Semoga Prof. Ir.Ts. Dr. Adnan Bin Zainorabidin terus cemerlang dalam semua yang diusahakan dan menjadi contoh tauladan bagi rakan penyelidik lain, khasnya penyelidik di Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS) dan UTHM.

APLIKASI BAHAN KOMPOSIT BERASAS JERAMI PADI SUNGAI BALANG, MUAR, JOHORMukim Sungai Balang, Muar, Johor.14/9/2022Sejak Fe...
15/09/2022

APLIKASI BAHAN KOMPOSIT BERASAS JERAMI PADI SUNGAI BALANG, MUAR, JOHOR
Mukim Sungai Balang, Muar, Johor.
14/9/2022

Sejak Februari 2022, pasukan Living Lab Muar yang diterajui oleh Pejabat Daerah Muar dan pasukan UTHM cuba mencari jalan dalam “menginovasikan masalah pembakaran jerami” selepas musim menuai sejak sekian lama. Kaedah pertanian ini dilihat mencemarkan alam sekitar dan tidak selari dengan hasrat Daerah Muar yang telah dinobatkan sebagai BANDAR DIRAJA dan salah satu BANDAR PELANCONGAN TERBERSIH DI ASEAN.

Melalui kerjasama SIRIM STV, Living Lab Muar, Thermasite Sdn. Bhd., Persatuan Pesawah Sungai Balang, Majlis Perbandaran Muar, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UTHM, Institut Kejuruteraan Integrasi, Penghulu Mukim, Jabatan Pertanian Muar dan ramai lagi, JERAMI yang kebiasaannya dibuang begitu sahaja atau dibakar TELAH DIINOVASIKAN MENJADI BAHAN KOMPOSIT.

Bahan komposit berasaskan jerami ini mampu bertahan dengan faktor cuaca dan serangan anai-anai. Ianya sesuai dijadikan bahan binaan dan perabot yang lebih mesra alam. Inisiatif ini turut mendapat sambutan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar yang berminat menjadi rakan kongsi pembinaan.

Terima kasih terutamanya kepada Pejabat Daerah Muar yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada pasukan UTHM. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan ini.

Usaha Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institut Kejuruteraan Integrasi (IIE) melalui inisiatif Living Lab Muar ini selari dengan hasrat UTHM dalam menggembleng usaha bagi menterjemahkan R&D universiti kepada produk akhir yang mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi setempat.



LAWATAN KERJA RECESS BERSAMA PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA DAERAH MUAR KE LIVING LAB MUARMukim Sungai Balang dan ...
15/09/2022

LAWATAN KERJA RECESS BERSAMA PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA DAERAH MUAR KE LIVING LAB MUAR
Mukim Sungai Balang dan Mukim Ayer Hitam, Muar, Johor.
14/9/2022

Lawatan suaikenal bersama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar telah dijalankan bagi berkongsi peluang kerjasama Living Lab Muar dan Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institute for Integrated Engineering - I²E UTHM, UTHM. Lawatan diwakili sendiri oleh Pengerusi PKMM, En. Noordin Tamjis dan Ketua RECESS, Ts. Dr. Nor Azizi Yusoff.

Lawatan tertumpu ke dua mukim iaitu Mukim Sungai Balang dan Mukim Ayer Hitam. Ia juga mengetengahkan pihak-pihak yang terlibat seperti Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UTHM, Institut Kejuruteraan Integrasi, Penghulu Mukim, Persatuan Pesawah Sg. Balang, Kelab Alam Sekitar Seri Sempadan, Jabatan Pertanian Muar, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan lain-lain lagi.

Di Sungai Balang, perkongsian berkaitan pembangunan produk panel komposit berasaskan jerami padi di Sungai Balang telah diketengahkan. Melalui gagasan Muar Perkasa 2030 dan Bandar Warisan Bersih dan Sejahtera, sisa jerami padi sawah Sungai Balang telah berjaya ditransformasikan menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat.

Di Mukim Ayer Hitam p**a, lawatan dan penerangan ringkas Sistem Amaran Kebakaran Gambut telah dibuat di Stesen Pengawasan Parit Lajis. Seterusnya, lawatan ke Stesen Kajian UTHM di Komplek Penghulu Mukim Ayer Hitam telah dijalankan bagi berkongsi maklumat berkaitan masalah tanah lembut yang merosakkan banyak struktur bangunan.

Melalui kerjasama ini, diharap ianya dapat merapatkan kerjasama Living Lab dan RECESS dalam sama-sama meneroka penyelesaian bagi menangani masalah setempat dari sudut kejuruteraan awam.





PAMERAN RECESS/IIE & LIVING LAB MUAR SEMPENA PERTANDINGAN ASPIRASI KAMPUNG SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI.7 September 2022Ka...
14/09/2022

PAMERAN RECESS/IIE & LIVING LAB MUAR SEMPENA PERTANDINGAN ASPIRASI KAMPUNG SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI.
7 September 2022
Kampung Seri Sempadan, Mukim Ayer Hitam, Muar
Johor Darul Takzim

Sebagai rakan kolaborasi bersama inisiatif di bawah Pejabat Daerah Muar, RECESS dan Living Lab Muar sama-sama memberi sokongan dalam menonjolkan kerjasama R&D sedia ada bersama mukim ini.

Semoga kejayaan menjadi milik kita.

INOVASI PANEL KOMPOSIT BERASAS JERAMI PADI SG. BALANG, MUARMUAR>SHAH ALAM>SG. BALANG12 September 2022Terima kasih kepada...
13/09/2022

INOVASI PANEL KOMPOSIT BERASAS JERAMI PADI SG. BALANG, MUAR
MUAR>SHAH ALAM>SG. BALANG
12 September 2022

Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Muar & Pejabat Daerah Muar yang sentiasa memberi ekosistem positif dalam menggerakkan inisiatif-inisiatif bagi memperkasa gerak nadi masyarakat setempat.

Terbaru, kerjasama bersama Living Lab Muar, UTHM, Persatuan Pesawah Sg. Balang, SIRIM STV, THERMASITE Sdn. Bhd., Jabatan Pertanian dan pelbagai lagi agensi digerakkan bagi menginovasikan jerami padi dari sawah Sg. Balang kepada panel komposit.

Alhamdulillah, panel komposit telah siap diproses Thermasite Sdn. Bhd. & SIRIM STV menggunakan bahan buangan ini dan hasilnya cukup membanggakan!

Sejak 2018, banyak kerjasama melalui Program Bandar Warisan Bersih & Sejahtera telah digerakkan secara bersama bagi menjadikan Muar & Negeri Johor umumnya sebagai ikon yang lebih baik dari sudut ini.

Semoga Daerah Muar terus PERKASA menjelang 2030.


Warga kerja Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institut Kejuruteraan Integrasi mengucapkan Selamat menyambut Hari...
31/08/2022

Warga kerja Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Institut Kejuruteraan Integrasi mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65. Semoga Malaysia terus makmur, aman sentosa. Keluarga Malaysia Teguh Bersama 2022.






MUAR MUNICIPAL COUNCIL, KURE KOSEN & UTHM MEETING30th August 2022Today, several researchers from Kure Kosen, Hiroshima h...
30/08/2022

MUAR MUNICIPAL COUNCIL, KURE KOSEN & UTHM MEETING
30th August 2022

Today, several researchers from Kure Kosen, Hiroshima had visited Muar, Muar Living Lab & Muar Municipal Council (MPM).

Research Centre for Soft Soil, Institute for Integrated Engineering - I²E UTHM are happy to facilitate the trip from Japan to Muar.

Several sharing sessions from Pm. Dr. Daisuke Tanikawa, Mdm. Hiyama, Madam Rukiah, ir Nazri, Mr. Ali, Ts. Dr. Nor Azizi had been shared during the session. In addition, a trip to Muar back lanes as an eye openers for the future potential collaboration between Muar & Kure city.

May this initiatives will trigger a better partnership between UTHM, Muar & Kure, Hiroshima in the near future.

09 Ogos 2022 - Majlis Perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan, Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Ut...
11/08/2022

09 Ogos 2022 - Majlis Perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan, Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara yang bertempat di Muar Traders, Johor.

Seminar yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai dua orang penyelidik utama RECESS iaitu Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Adnan Bin Zainorabidin dan Dr Faizal Tajul Bin Baharuddin telah membentangkan kertas pembentangan didalam seminar ini.

Seminar ekspedisi ini merupakan kesinambungan daripada Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan, Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara yang diadakan pada 14-18 April 2019 di Hutan Simpan Ayer Hitam Utara. Seminar ini bertujuan untuk mengumpul dan mendokumentasikan hasil kajian dan serta membentangkan resolusi hala tuju Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, Muar.

Pada majlis ini juga telah dilancarkan Buku Rancangan Pengurusan Hutan Paya Gambut Negeri Johor 2023-2032 serta majlis menandantangani surat hasrat (Letter of Intent) bagi jalinan kerjasama untuk pembangunan dan penyelidikan di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, Muar antara JPNJ dan UTHM. Majlis tandatangan ini diwakili oleh Pengarah Perhutanan Negeri Johor, YBhg Dato Hj Salim Bin Aman dan di pihak UTHM p**a diwakili oleh Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi, YBhg Prof. Dr. Nafarizal Bin Mohd Nayan.

10/08/2022
Keberangkatan Tiba  DYMM Tuanku Sultan Johor ke Program Bersama Rakyat di Mukim Sg. Balang, Daerah Muar- memberi inspira...
09/08/2022

Keberangkatan Tiba DYMM Tuanku Sultan Johor ke Program Bersama Rakyat di Mukim Sg. Balang, Daerah Muar- memberi inspirasi inovasi kepada penduduk setempat



Muar_9 Ogos 2022, pada hari ini telah berlangsung keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim ke Daerah Muar untuk bersama rakyat bagi satu program rakyat di Daerah Muar seterusnya telah memberi suntikan inspirasi inovasi kepada penduduk setempat. Program ini telah berlangsung di Sawah Padi (Mukim Sungai Balang) yang mempamerkan produk inovasi dari hasil usaha karya inovasi kerajaan tempatan, institusi dan penduduk kampung setempat.

UTHM dijemput selaku peserta yg mempamerkanproduk inovasi di bawah inisiatif Living Lab Muar yang diketuai oleh Ts. Dr. Hj. Nor Azizi bin Yusoff. Inisiatif ini turut disokong oleh Pejabat Daerah Muar, Persatuan Pesawah Sungai Balang, SIRIM STV, Thermasite Sdn. Bhd, Jabatan Pertanian Daerah Muar dan pesawah tempatan. Inovasi yang dihasilkan adalah bahan komposit berasaskan jerami dan serkam padi. Selain itu, penghasilan papan komposit juga hasil daripada penyelidikan sisa jerami dan plastik telah berjaya dihasilkan dan dipamerkan dalam acara ini. Terdahulu, jerami padi hasil penuaian padi di kawasan Sawah padi Kg. Sg. Balang ini telah diambil untuk penghasilan produk inovasi diatas. Diantara produk yang menarik dari hasil jerami ini adalah, lantai komposit, panel komposit, mentol elektrik, kertas dan beberapa buah perabot yang direka berasaskan panel komposit jerami ini.

Pihak Recess mengucapkan syabas dan tahniah kepada kump**an penyelidikan Living Lab Muar diatas usaha karya inovasi yang telah dihasilkan. Diharapkan inovasi ini akan memberi semangat kepada pengusaha sawah untuk melipat gandakan penghasilan seterusnya dapat menjadikan sisa jerami ini suatu sumber pendapatan utama sedikit masa lagi seterusnya sedikit sebanyak dapat membantu hasil dapatan rakyat Muar kearah lebih baik menjelang rakyat maju 2025.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Research Centre for Soft Soils posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your university to be the top-listed University?

Share