06/05/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dimaklumkan bahawa pasukan fakulti kami telah berjaya meraih SILVER AWARD bagi kategori Social Science dalam 3rd International Tinker Innovation and Entrepreneurship Challenge 2026 yang berlangsung pada 17 April 2026.
Pertandingan berprestij ini telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor Branch dengan kerjasama beberapa rakan strategik industri dan akademik.
Projek yang dipertandingkan ialah:
Finder Niaga: A Smart Market Analysis Platform for Aspiring Entrepreneurs
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan ahli pasukan:
• Noor Anis Shamila Ibrahim (Ketua Pasukan)
• Nuur Atikah Ghazali
• Helmy Hanyff Harudin Ruzali
• Muhamad Fhadli Syakirin Mohd Jamalludin
Pencapaian ini merupakan hasil usaha, komitmen, dan semangat kerjasama pasukan dalam mengangkat inovasi fakulti ke peringkat antarabangsa.
Terima kasih atas sokongan semua pihak. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan. ✨