Pusat Sukan UTeM

  • Home
  • Pusat Sukan UTeM

Pusat Sukan UTeM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sukan UTeM, College & University, Pusat Sukan UTeM, .

Antara perkhidmatan di Pusat Sukan HEPA yang ditawarkan kepada staf, pelajar dan komuniti setempat ialah penganjuran sukan, pinjaman peralatan, penggunaan venue sukan dan khidmat nasihat berkaitan sukan.

SYABAS DAN TAHNIAHTahniah diucapkan kepada atlet Fight Team Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atas kejayaan mer...
04/05/2026

SYABAS DAN TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada atlet Fight Team Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atas kejayaan meraih kemenangan dalam dua kejohanan yang telah berlangsung serentak pada 2 Mei 2026, iaitu Kejohanan Muay Thai Klebang, Melaka dan Kejohanan Malaysian Beatdown di Kota Damansara.

Kejayaan tersebut telah dicapai oleh atlet berikut:

Suhairil Danish Bin Saiful Bahar,
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer
(Kejohanan Muay Thai Klebang, Melaka)

Anwar Ridhwan Bin Andul Hamid,
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Kejohanan Malaysian Beatdown, Kota Damansara)

Syabas dan tahniah diucapkan atas dedikasi, komitmen serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada atlet-atlet lain, sekali gus mengharumkan nama UTeM dalam arena sukan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA Pusat Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menzahirkan ucapan Selamat Hari Pe...
30/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Pusat Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga universiti. Sambutan ini merupakan simbolik penghargaan ke atas segala usaha, komitmen, dan pengorbanan para pekerja dalam memacu pembangunan masyarakat serta negara, khususnya dalam konteks warga UTeM.

​Semoga setiap dedikasi dan sumbangan yang dicurahkan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi serta kesejahteraan bersama.

"PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA"

NOTIS MAKLUMAN DAN HEBAHAN PENUTUPAN FASILITI SUKAN SEMPENA CUTI HARI PEKERJA.
30/04/2026

NOTIS MAKLUMAN DAN HEBAHAN PENUTUPAN FASILITI SUKAN SEMPENA CUTI HARI PEKERJA.

MESYUARAT PELARASAN BAGI KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI (SUKUM) KALI KE - 46 UniSZA BIL. 1/2026 UTeMSukacita dim...
29/04/2026

MESYUARAT PELARASAN BAGI KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI (SUKUM) KALI KE - 46 UniSZA BIL. 1/2026 UTeM

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Pelarasan Sukan Staf Antara Universiti (SUKUM) Kali Ke - 46 peringkat UTeM telah diadakan pada 29 April 2026 bertempat dia Bilik Mesyuarat Dewan Sukan UTeM.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras persediaan kontinjen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi menghadapi Kejohanan SUKUM Kali Ke-46 yang akan berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Di samping itu, mesyuarat ini juga berfungsi sebagai platform utama bagi memastikan segala gerak kerja persediaan dilakukan secara sistematik demi menjulang nama baik UTeM di persada sukan antara universiti.

29/04/2026

RANGKUMAN VIDEO KEJOHANAN SUKAN ANTARA PUSAT SUKAN UNIVERSITI AWAM (SUPSAT) 2026

Sorotan penuh warna dan aksi sepanjang Kejohanan SUPSAT 2026 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM. Dari peluh di gelanggang hingga ke senyuman ukhuwah di podium, setiap saat mencerminkan dedikasi warga pusat sukan Universiti Awam dalam memartabatkan budaya aktif.

​Tahniah kepada semua kontingen yang telah memberikan saingan sengit! Anda semua adalah juara dalam memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan universiti.

​Terima kasih kepada Majlis Sukan Universiti Malaysia dan seluruh kontingen Pusat Sukan Universiti Awam atas memori yang indah! Kita jumpa lagi di edisi akan datang.

Mana lagi??? Melaka lerrrr
Mana lagi??? UTeM lerrrr
Mana lagi??? MASUM lerrrr

Tahniah & Syabas
28/04/2026

Tahniah & Syabas

Tahniah & Syabas kepada pengadil futsal UTeM kerana berjaya menghadiri Seminar dan Lulus Ujian Kecergasan Tahunan Pengad...
28/04/2026

Tahniah & Syabas kepada pengadil futsal UTeM kerana berjaya menghadiri Seminar dan Lulus Ujian Kecergasan Tahunan Pengadil Futsal Liga Malaysia Musim 2026 anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Semoga dengan kejayaan ini menjadi motivasi kepada staf dan pelajar untuk menyumbang kepakaran dalam industri sukan dalam peringkat IPT & Negara.





SYABAS & TAHNIAH!Kejohanan Taekwondo KTJ-MSN-PTNM Jemputan Sekolah Melaka Siri-1, 2026 yang telah berlangsung pada 19 Ap...
27/04/2026

SYABAS & TAHNIAH!

Kejohanan Taekwondo KTJ-MSN-PTNM Jemputan Sekolah Melaka Siri-1, 2026 yang telah berlangsung pada 19 April 2026 lalu di Dewan Sukan UTeM telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Kelab Taekwondo UTeM selaku penganjur bersama Majlis Sukan Negeri Melaka Kelab Taekwondo Jasin - WTF, para pegawai, jurulatih, peserta serta penyokong yang telah memberikan komitmen padu sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Tahniah juga kepada semua atlet yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta semangat juang yang tinggi. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform dalam melahirkan atlet taekwondo yang berpotensi dan berdaya saing.

Jumpa lagi di siri seterusnya!

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SUKAN ANTARA PUSAT SUKAN 2026 (SUPSAT 2026) ​Majlis Penutup dan Penyampa...
25/04/2026

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SUKAN ANTARA PUSAT SUKAN 2026 (SUPSAT 2026)

​Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan 2026 (SUPSAT 2026) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di sebagai simbolik berakhirnya sebuah temasya sukan yang kompetitif.

Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan kejayaan para pemenang yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelbagai acara, malah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh jawatankuasa penganjur serta atlet yang telah menjayakan kejohanan ini dengan penuh dedikasi.

​Acara kemuncak ini turut menyaksikan penyampaian pingat kepada kontinjen yang telah berjaya merangkul pingat.

Penutupan rasmi ini sekali gus memperkukuh jalinan ukhuwah antara Pusat Sukan seluruh Malaysia, Tahniah dan Syabas kepada semua Kontinjen!!

KEJOHANAN SUKAN ANTARA PUSAT SUKAN 2026 (SUPSAT 2026) Kejohanan SUPSAT 2026 pagi ini menyaksikan persaingan sengit bagi ...
25/04/2026

KEJOHANAN SUKAN ANTARA PUSAT SUKAN 2026 (SUPSAT 2026)

Kejohanan SUPSAT 2026 pagi ini menyaksikan persaingan sengit bagi acara Bola Jaring Penalti, Bola Sepak Penalti, dan Sukan Rakyat yang berlangsung secara serentak dengan semangat kesukanan yang tinggi daripada semua kontingen.

Setiap kontingen yang bertanding telah mempamerkan mutu disiplin dan semangat kesukanan yang amat tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

Syabas diucapkan kepada semua kontingen yang telah memberikan aksi terbaik.

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA PUSAT SUKAN 2026 (SUPSAT 2026)Stadium Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka ...
25/04/2026

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA PUSAT SUKAN 2026 (SUPSAT 2026)

Stadium Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini menjadi saksi kepada kemeriahan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan 2026 (SUPSAT 2026).

​Sebagai pembuka tirai dan bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan, majlis dimulakan dengan sesi senaman aerobik beramai-ramai. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan sebagai regangan fizikal buat para atlet, malah berjaya mewujudkan suasana bertenaga dan ceria dalam kalangan atlet SUPSAT 2026 sebelum acara rasmi bermula.

​Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. En. Riduan bin Mohamed Arof, Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan diiringi oleh Puan Siti Sarah binti Bujang, Pengarah Pusat Sukan UTeM.

SUPSAT 2026 menjadi platform utama dalam memupuk integrasi antara pusat sukan seluruh Malaysia serta mencungkil bakat kompetitif yang berpotensi mengharumkan nama institusi masing-masing. Sukan bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi medium penyatuan dan pembentukan disiplin yang jitu.

Selamat bertanding kepada semua atlet SUPSAT 2026.

Address

Pusat Sukan UTeM

76100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Sukan UTeM:

  • Want your university to be the top-listed University?

Share