01/05/2026
Kami, seluruh warga Fakulti (FPE), dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Prof. Madya Dr. Mohd Asri Bin Mohd Noor atas segala jasa, kepimpinan, serta bimbingan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh menerajui fakulti ini.
Kepimpinan beliau bukan sekadar satu tanggungjawab, malah merupakan satu inspirasi yang telah membentuk warga fakulti yang berdaya saing, berintegriti, dan sentiasa memburu kecemerlangan. Melalui visi beliau, FPE telah berjaya memperkukuh kedudukan melalui pelbagai inisiatif strategik, termasuk penjanaan pendapatan yang mapan, sekaligus mengangkat martabat fakulti ke tahap yang lebih membanggakan.
Segala memori indah dan pencapaian bermakna yang telah dilakar bersama akan sentiasa menjadi panduan dan inspirasi buat kami meneruskan perjuangan ini.
Semoga Prof. Madya Dr. Mohd Asri terus dilimpahi kejayaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kecemerlangan di tempat baharu. Segala jasa dan bakti yang ditaburkan akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah kami di FPE.
"Pohon jeruju di tepi perigi,
Dahan meranti tumbuh merata;
Budi dan jasa tetap terpatri,
Dalam ingatan sepanjang masa."