12/05/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐ข๐ง๐ ๐ฌ ๐ค๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐๐ฌ
TVETMARA Pasir Mas telah menerima kunjungan hormat daripada UMPSA Holdings bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada hala tuju strategik TVETMARA Pasir Mas bersama anak syarikat di bawah UMPSA Holdingsโtermasuk UMPSA Services, UMPSA Technology, Synbion, UMP Green Technology, dan UMPSA Consultancy.
Fokus utama adalah untuk memperkukuh kepakaran dalam perundingan teknikal, Building Information Modeling (BIM), serta pembangunan latihan teknikal berimpak tinggi.
Antara perkara utama yang diperincikan adalah sinergi pelaksanaan kepakaran teknikal yang berpotensi dikomersialkan melalui perkhidmatan perundingan dalam pelbagai ekosistem di TVETMARA.
Selain itu, kedua-dua pihak meneroka peluang kolaborasi antara TVETMARA Pasir Mas dan UMPSA Consultancy khususnya dalam bidang BIM bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir dan profesional dalam industri pembinaan masa kini.
Delegasi TVETMARA Pasir Mas diketuai oleh Pengarahnya, Ir. Supardi Bin Amaludin, bersama wakil Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) MARA, Ir. Dr. Ghazali Bin Harun, serta barisan pengurusan kanan. Manakala delegasi UMPSA Holdings diketuai oleh Tn. Hj. Alif Falatin Bin Abdul Latif (Ketua Pembangunan Strategik Perniagaan), Pn. Latifah Binti Omar (Pengurus Pembangunan Strategik Perniagaan), En. Khalil Firdaus Bin Mustafa (Pengurus Besar) serta barisan kakitangan UMPSA Holdings.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen jitu TVETMARA dalam merapatkan jurang antara akademik dan industri. Usaha pemerkasaan modal insan ini diharap dapat memacu pembangunan TVET negara serta memperluas inisiatif latihan teknikal berimpak tinggi di peringkat nasional mahupun antarabangsa