18/12/2022
NAMA : NURUL AIDAH BINTI MOHAIDEEN
NO MATRIC : 294624
TEMA : JENAYAH SIBER
ISU : LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENGATASI JENAYAH SIBER
Melihatkan kepada statistik jenayah siber seperti yang tertera di atas, dapatlah dikonklusikan bahawa kes jenayah siber semakin meningkat saban hari. Oleh itu, isu ini tidaklah sewajarnya dipandang remeh lagi, malah perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi mengelakkan jenayah siber semakin berleluasa. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi isu ini iaitu :
1) Menggunakan gabungan kata laluan yang kukuh dan unik.
- Cara ini merupakan salah satu cara paling mudah untuk mengelakkan kita daripada menjadi mangsa jenayah siber. Namun begitu, terdapat segelintir daripada kita yang menggunakan gabungan kata laluan yang mudah seperti nama individu itu sendiri, tarikh ulang tahun, 1234 dan sebagainya. Hal ini perlu dielakkan kerana mudah untuk orang lain mengakses kata laluan kita kerana ianya mudah untuk dijangka. Sebagai cadangan, gunakanlah gabungan kata laluan yang menggunakan huruf kecil, huruf besar, simbol, nombor, dan perkataan yang unik. Juga dinasihatkan agar menggunakan kata laluan yang berbeza bagi setiap laman yang memerlukan kata laluan.
2) Sentiasa mengemaskini perisian keselamatan (antivirus).
- Peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba perlulah mempunyai perisian keselamatan yang terkini untuk mengelakkan penjenayah siber mengambil kesempatan dan memperoleh akses terhadap maklumat peribadi kita.
3) Mengkaji dan mengetatkan undang undang siber.
- Meskipun terdapat undang undang jenayah siber di negara kita, namun penjenayah masih terlepas daripada sabitan dan tidak dikenakan sebarang hukuman kerana kekurangan bukti dan sebagainya. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah mengkaji isu ini dengan lebih mendalam dan mengetatkan lagi undang undang tersebut supaya tiada penjenayah yang terlepas daripada hukuman ini.
4) Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan.
- Ini merupakan salah satu inisiatif yang perlu dijalankan oleh pihak atasan bagi memberi pendekatan yang mendalam kepada semua individu. Kempen perlulah dijalankan agar semua individu mendapat info terkini berkaitan cara cara untuk menangani jenayah siber, tindakan yang perlu dilakukan sekiranya ditipu (scam) dan sebagainya. Iklan p**a bolehlah diedarkan dalam bentuk digital seperti di sosial media supaya lebih mudah untuk individu mendapat info berkaitan jenayah siber ini.
5) Bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber.
- Pihak kerajaan perlulah bekerjasama dengan negara luar untuk memperketatkan lagi keselamatan siber negara kita. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan menubuhkan unit khas yang berpengetahuan tinggi dalam dunia siber dan mengawal keselamatan siber di dalam negara kita. Gabungan antara golongan profesional negara kita dan negara luar dapat menghasilkan solusi yang lebih baik dalam mengatasi masalah jenayah siber ini.
Dengan perkongsian ini, diharapkan agar lebih ramai individu yang mengambil cakna akan isu ini bagi membanteras jenayah siber di dalam negara kita.