MPU 1022 AA- Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 2

  • Home
  • Yemen
  • Kedah
  • MPU 1022 AA- Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 2

MPU 1022 AA- Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 2 We are UUM students from course MPU 1022 AA- Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 2

Poster Pengagihan Dadah.
24/12/2024

Poster Pengagihan Dadah.

30/11/2024

Post 10
Tajuk: Hukuman Penagihan Dadah di Malaysia

Penagihan dadah adalah salah satu masalah serius di Malaysia dan memberi kesan buruk kepada individu, keluarga, dan masyarakat. Ia lebih sering dianggap sebagai masalah sosial dan bukannya sepenuhnya jenayah, walaupun ia dikawal bawah undang-undang. Penagihan dadah biasanya tidak didenda hukuman yang berat seperti hukuman pengedaran dadah iaitu hukuman mati atau hukuman penjara seumur hidup. Kerajaan Malaysia lebih fokus kepada pemulihan penagih dadah daripada hukuman yang berat. Bagi individu yang memiliki dadah untuk kegunaan peribadi dan tidak mengedarkan kepada orang lain, mereka boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau menjalani program pemulihan bergantung kepada kes tersebut.

Penagihan dadah dianggap sebagai satu kesalah jenayah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Walaupun dianggap sebagai salah satu jenayah, hukuman yang dikenakan biasanya lebih ringan berbanding pengedaran. Hal ini kerana penagihan memerlukan rawatan lebih berbanding hukuman berat. Di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952, seseorang menggunakan dadah yang berbahaya seperti he**in, syabu, atau g***a tanpa alasan sah adalah satu kesalahan. Penagih dadah akan dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-dua. Selain itu, penagih dadah yang dapat positif dalam ujian air kencing tanpa memiliki dadah juga akan dikenakan hukuman denda yang sama seperti di atas. Walaupun hukuman ini lebih ringan berbanding hukuman untuk pengedar dadah, ia tetap menunjukkan bahawa penagihan dadah adalah satu masalah yang serius. Namun, jika penagihan dadah ditangkap mengambil dadah beberapa kali, dia akan dihukum berat.

Selain hukuman, penagih dadah juga diarahkan menjalani program pemulihan dadah secara mandatori. Untuk membantu penagih dadah mengatasi penagihannya, kerajaan Malaysia menjalankan beberapa program pemulihan. Salah satu program adalah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) yang dikendalikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). PUSPEN memberi rawatan pemulihan kepada penagih dadah dengan menggunakan kaunseling dan aktiviti yang membantu mereka mengubah tingkah laku mereka. Program ini biasanya berlangsung selama dua hingga tiga tahun, bergantung kepada keadaan penagih. Seterusnya, kerajaan juga menawarkan rawatan sukarela melalui Program Cure & Care. Program ini adalah untuk penagihan dadah yang ingin mendapatkan bantuan dan mendaftarkan secara sukarela dan menerima rawatan dan pemulihan. Penagihan dadah yang menyerah diri secara sukarela kepada AADK tidak akan dikenakan hukuman, ini bertujuan untuk menggalakkan penagih dadah mendapatkan bantuan tanpa rasa takut dihukum. Kesemua program ini membolehkan penagih dadah bebas daripada masalah ketagihan dan mempunyai peluang kedua untuk kembali ke dalam masyarakat dan kembali ke kehidupan normal.

Kesimp**annya, isu penagihan dadah di Malaysia memerlukan pendekatan yang seimbang antara hukuman dengan rawatan dan pemulihan. Walaupun penagihan dadah diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah undang-undang, kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen untuk menangani masalah ini dengan pendekatan yang lebih humanistik melalui program-program pemulihan seperti PUSPEN dan Cure & Care. Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu memulihkan penagih dadah, tetapi juga mengurangkan kesan negatif terhadap keluarga dan masyarakat. Dengan usaha berterusan, sokongan masyarakat dan kerjasama antarabangsa, diharapkan masalah penagihan dadah dapat dikurangkan dan seterusnya membawa kesejahteraan kepada negara dan rakyatnya.

Disediakan oleh: HOR WEN XIN (298015)

30/11/2024

Post 9
Tajuk: Jenis-jenis Penagihan Dadah

Penagihan dadah merupakan salah satu isu sosial yang paling serius di negara kita. Ia melibatkan pelbagai jenis dadah yang berbahaya dan memberi kesan buruk terhadap kesihatan individu, keharmonian keluarga, dan kestabilan negara. Untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam, kita perlu mengenali jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan oleh penagih.

Salah satu jenis penagihan dadah ialah dadah sintetik. Dadah ini dihasilkan melalui proses kimia di makmal dan menjadi semakin pop**ar, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Contoh dadah sintetik termasuk syabu, ekstasi, dan ketamin. Kesan penggunaan dadah ini adalah sangat merbahaya, seperti kerosakan sistem saraf, halusinasi, serta risiko serangan jantung. Penggunaannya yang meluas di majlis hiburan menjadikan jenis dadah ini sukar dibendung.

Selain itu, penagihan dadah jenis opiat juga kerap berlaku. Dadah seperti he**in, morfin, dan kodein berasal daripada tumbuhan popi dan sering disalahgunakan walaupun ia digunakan dalam bidang perubatan. Penagih dadah opiat menghadapi ketagihan fizikal yang tinggi dan mengalami pelbagai masalah kesihatan, seperti gangguan pernafasan dan risiko penyakit berjangkit seperti HIV dan hepatitis akibat penggunaan jarum suntikan yang kotor.

Penagihan dadah jenis stimulant juga menjadi ancaman. Dadah ini, seperti kokain dan amfetamin, memberi kesan rangsangan kepada sistem saraf, menyebabkan pengguna berasa cergas dan bersemangat. Namun, penggunaan berlebihan dadah stimulant boleh membawa kepada keletihan melampau, tekanan darah tinggi, serta perubahan emosi seperti menjadi agresif.

Seterusnya, dadah jenis depresan juga sering disalahgunakan. Contoh dadah ini termasuk benzodiazepin dan barbiturat yang sepatutnya digunakan untuk merawat masalah kegelisahan atau insomnia. Malangnya, penggunaan tanpa kawalan doktor boleh menyebabkan ketagihan yang serius. Antara kesan buruknya ialah penurunan daya ingatan, rasa lalai, dan risiko maut akibat pengambilan berlebihan.

Selain itu, terdapat juga penagihan dadah jenis halusinogen, seperti L*D dan g***a. Dadah ini menyebabkan pengguna mengalami perubahan persepsi dan halusinasi. Ia bukan sahaja membahayakan pengguna tetapi juga orang lain kerana tingkah laku pengguna yang sukar dikawal. Penggunaan dadah halusinogen dalam jangka masa panjang juga boleh menyebabkan gangguan mental.

Akhir sekali, penagihan bahan inhalan seperti gam, cat sembur, dan pelarut turut menjadi masalah. Dadah jenis ini sering digunakan oleh golongan muda kerana ia mudah didapati. Walaupun ia kelihatan tidak berbahaya, penyalahgunaan inhalan boleh menyebabkan kerosakan otak, masalah pernafasan, dan kematian secara tiba-tiba.

Kesimp**annya, penagihan dadah melibatkan pelbagai jenis dadah dengan kesan buruk yang berbeza. Oleh itu, kita semua perlu bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah, menggalakkan gaya hidup sihat, dan menyokong usaha pemulihan penagih dadah. Hanya dengan usaha bersama, kita dapat membendung masalah ini demi masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Disediakan oleh: DENESE YAP HUI XIN (298029)

29/11/2024

Post 8
Tajuk: Cabaran mengatasi penagihan dadah

Masalah penagihan dadah semakin dibimbangkan di kalangan masyarakat. Cabaran mengatasi penagihan dadah juga salah satu isu yang amat diperhatikan terutamanya dalam golongan muda. Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP), statistik penyalahgunaan dan penagih dadah di Malaysia pada 2023 adalah sekitar 145,000 orang dan golongan muda yang berusia 19 hingga 39 yang terlibat dengan najis dadah sekitar 90,000 orang, maknanya golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah setinggi berhampir 63%

Cabaran semasa mengatasi masalah penagihan dadah yang pertama adalah stigma sosial. Masyarakat akan melakukan diskriminasi atau mengecualikan pengguna dadah walaupun telah berhenti daripada penagihan dadah. Masyarakat akan membawa persepsi negatif kepada mereka terutamanya dari segi pekerjaan. Ini akan menyebabkan bekas penagih dadah menghadapi masalah pencarian pekerjaan. Hal ini akan menyebabkan mereka kembali kepada penagihan dadah disebabkan mereka berada di keadaan yang tidak berdaya.

Tambahan p**a, cabaran semasa mengatasi penagihan yang kedua adalah kemunculan dadah baharu. Dadah baharu yang muncul semakin sukar dikesan menyebabkan pengawalan penagih dadah semakin sukar. Sebagai contoh, dadah baharu muncul di pasaran melalui gula-gula, stiker, jus dan sebagainya. Untuk mengatasi cabaran ini, pihak yang berkaitan perlu menambahbaikan teknik pengesahan dadah dan ini meningkat kesukaran pihak penguatkuasaan dan keselamatan awam.

Kekurangan kesedaran dalam dadah juga adalah salah satu cabaran mengatasi penagihan dadah dalam kalangan remaja. Disebabkan remaja mempunyai rasa ingin tahu dan pengaruh persekitaran, ramai remaja mudah terjerumus ke dalam penyalahgunaan dadah. Isu dadah kurang dibincangkan di sekolah dan pendidikan keluarga dan ini akan menyebabkan remaja tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang bahaya dadah. Contohnya, penggunaan dadah akan membawa ketagihan yang serius. Namun, ramai remaja tidak menyedari akibat ini dan mendapatkan maklumat yang salah dari pelbagai sumber contohnya rakan sebaya. Akhirnya, menyebabkan terlibat dalam penagihan dadah ini

Kesimp**annya, terdapat pelbagai cabaran dalam isu penagihan dadah dan cabaran ini yang rumit wujudnya kesukaran pencegahan dadah. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Setiap pihak yang berkaitan seperti kerajaan, masyarakat dan sekolah perlu bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran tersebut supaya dapat mengekang penagihan dadah dan mencipta masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat.

Disediakan oleh: PAH HUI YING (297995)

29/11/2024

Post 7

Tajuk: Kes Peningkatan Penagihan Dadah di Malaysia

Peningkatan kes penagihan dadah di Malaysia telah menjadi isu sosial yang serius dan memerlukan perhatian segera. Kes penagihan dadah di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu kepada 118,920 penagih, berbanding 93,534 yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas. Dadah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada individu yang terlibat, malah turut merosakkan institusi keluarga dan masyarakat secara keseluruhan. Beberapa kes utama berkaitan peningkatan penagihan dadah di negara ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan pihak berkuasa.

Salah satu kes yang paling ketara ialah peningkatan penggunaan syabu atau methamphetamine. Dadah jenis ini menjadi semakin pop**ar kerana kesannya yang kuat serta harganya yang lebih mudah diakses. Kes-kes melibatkan syabu banyak dilaporkan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, di mana ia sering digunakan oleh golongan belia untuk tujuan hiburan atau bagi meningkatkan tenaga. Penemuan makmal haram yang memproses dadah ini di Malaysia juga mencerminkan betapa seriusnya masalah ini, dengan sindiket tempatan dan antarabangsa terus aktif menjalankan aktiviti pengedaran.

Selain itu, penularan v**e dadah kini menjadi isu yang semakin membimbangkan. Golongan muda, termasuk pelajar sekolah dan universiti, menggunakan v**e yang dicampur dengan bahan terlarang seperti g***a sintetik atau methamphetamine cair. Kes ini sukar untuk dikesan kerana v**e kelihatan seperti alat biasa yang tidak mencurigakan. Beberapa tangkapan melibatkan pelajar sekolah yang membawa v**e dadah telah membongkar realiti yang mengejutkan ini. Kelemahan dalam kawalan terhadap penggunaan peranti ini menjadi cabaran besar bagi pihak berkuasa.

Di kawasan luar bandar, penggunaan dadah tradisional seperti he**in dan morfin masih menunjukkan peningkatan. Kes ketagihan jenis ini sering berlaku dalam kalangan komuniti berpendapatan rendah dan mereka yang mengalami tekanan hidup. He**in, sebagai contoh, terus menjadi pilihan utama di kawasan pedalaman kerana bekalannya yang masih mudah diperoleh melalui sindiket pengedaran kecil-kecilan. Pusat-pusat pemulihan di kawasan ini sering melaporkan bahawa jumlah penagih yang memohon rawatan jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar yang terlibat, menunjukkan wujudnya stigma sosial terhadap usaha pemulihan.

Masalah ini juga diperburukkan dengan peningkatan kes penagihan dadah sintetik baru yang lebih berbahaya, seperti ecstasy dan ketamin, terutamanya di kelab malam dan pesta liar. Kes-kes seperti ini menunjukkan bahawa dadah bukan lagi sekadar masalah individu, tetapi juga masalah budaya yang berkait rapat dengan gaya hidup moden.

Secara keseluruhannya, peningkatan penagihan dadah di Malaysia melibatkan pelbagai jenis dadah dan kelompok masyarakat. Fenomena ini memerlukan pendekatan holistik yang merangkumi penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat, pendidikan pencegahan yang lebih berkesan, dan sokongan pemulihan yang komprehensif. Tanpa langkah-langkah yang lebih serius, masalah ini akan terus menjadi ancaman kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Disediakan oleh: AMMAR RAHIMI BIN AKASHAH (297985)

29/11/2024

Post 6
Tajuk: Kos untuk Mengatasi Penagihan Dadah

Penagihan dadah merupakan masalah serius yang memberi kesan buruk kepada individu, keluarga, dan masyarakat. Untuk mengatasi isu ini, pelbagai kos perlu ditanggung oleh pihak kerajaan, organisasi, dan masyarakat. Kos ini merangkumi rawatan perubatan, program pemulihan, pendidikan pencegahan, dan penguatkuasaan undang-undang. Tanpa pelaburan yang mencukupi, usaha untuk membanteras penagihan dadah mungkin tidak mencapai matlamat yang diinginkan.

Antara komponen utama kos ialah rawatan dan pemulihan. Program pemulihan dadah seperti terapi kaunseling, rawatan detoksifikasi, dan pemantauan selepas rawatan memerlukan perbelanjaan yang besar. Pusat pemulihan juga memerlukan tenaga kerja terlatih, seperti kaunselor dan pakar perubatan, serta infrastruktur yang lengkap. Selain itu, kos susulan untuk memastikan bekas penagih dapat kembali ke masyarakat dengan selamat, seperti sokongan pekerjaan dan latihan kemahiran, turut meningkatkan perbelanjaan.

Di samping itu, pendidikan pencegahan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar penagihan. Kempen kesedaran seperti ceramah, iklan, dan program pendidikan di sekolah memerlukan dana yang besar. Walaupun kosnya tinggi, langkah ini penting untuk memberikan kesedaran awal tentang bahaya dadah kepada generasi muda. Tambahan p**a, penguatkuasaan undang-undang seperti operasi polis, siasatan, dan pemantauan jenayah berkaitan dadah juga melibatkan kos besar yang harus ditanggung oleh kerajaan.

Secara keseluruhannya, kos untuk mengatasi penagihan dadah adalah signifikan, tetapi ia merupakan pelaburan penting bagi memastikan kesejahteraan masyarakat. Walaupun memerlukan perbelanjaan yang besar, langkah ini dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kesan negatif dadah terhadap ekonomi dan sosial. Penekanan terhadap rawatan, pencegahan, dan penguatkuasaan yang berkesan harus diteruskan untuk mencapai hasil yang lebih baik.

Disediakan oleh: YONG CHEE KONG(298026)

29/11/2024

Post 5
Tajuk: Contoh isu-isu penagihan dadah

Daripada cerita dalam akhbar "Sinar Harian", "Dewan Selangor", dan "Utusan Malaysia", kita dapat melihat bahawa masalah penagih dadah di Malaysia menimbulkan banyak isu. Satu dilema semasa yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah di Malaysia ialah peningkatan jumlah tanggungan dadah dalam kalangan golongan remaja, terutamanya di sekitar Pendang, Kedah. Bagi setiap 100,000 penduduk di sana, terdapat kira-kira 1,333 orang ketagih dadah. Isu penyalahgunaan dadah telah menjadi semakin teruk dan memberi kesan buruk kepada masyarakat kita. Peningkatan ini bukan sahaja melibatkan individu tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan mereka. Dikatakan sesetengah kawasan kejiranan mempunyai masalah yang tinggi dengan penggunaan dadah, yang menyebabkan isu seperti merosakkan harta benda dan kecurian. Terdapat pendedahan bahawa rumah pangsa dieksploitasi sebagai tempat penyalahgunaan bahan, mengganggu ketenteraman masyarakat. Statistik mendedahkan bahawa lebih 60% penyalahguna bahan adalah di bawah umur dan belia, dengan ramai yang mula menggunakan dadah sebelum mereka berumur 14 tahun. Akses kepada dadah haram semakin mudah dan kita perlu bertindak sekarang untuk menangani masalah ini. Pentadbiran Malaysia boleh menyemak semula statut untuk mengubah persepsi masyarakat, melihat kes pergantungan dadah sebagai keadaan yang boleh dirawat. Pusat pemulihan lebih mudah diakses dan stigma orang ramai terhadap penagih berkemungkinan berkurangan.

Di samping itu, peningkatan dalam pelanggaran yang dikaitkan dengan dadah sintetik seperti amphetamine mendorong penagih ke dalam keadaan agresif dan melakukan tingkah laku yang tidak logik, mengakibatkan lebih banyak kesalahan berat pada zaman sekarang. Di sebuah penempatan berhampiran bandaraya Kuala Lumpur, seorang lelaki dewasa yang berumur 42 tahun dengan rekod menggunakan bahan terlarang termasuk amphetamine, methamphetamine, dan morfin melakukan pembunuhan keluarga berikutan pertikaian kerana penolakan rayuannya untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian dadah. Individu yang didakwa dengan sejarah merangkumi sembilan pelanggaran undang-undang yang direkodkan telah ditahan kerana melarikan diri daripada pihak berkuasa. Kes itu jelas menggambarkan potensi penagihan dadah untuk mencetuskan tingkah laku ganas yang menimbulkan risiko besar kepada ahli keluarga dan masyarakat secara amnya.

Selain itu, kuantiti pekerja yang mengalami kebergantungan dadah semakin meningkat, dengan dokumentasi tenaga kerja sektor swasta merekodkan penambahan daripada 34,534 kejadian pada 2022 kepada 37,923 pada 2023. Peningkatan penggunaan dadah ini terutamanya mengganggu produktiviti di tempat kerja dan menanggung perbelanjaan sosial yang besar berkaitan dengan rawatan dan perkhidmatan pemulihan. Kesan buruk terhadap ekonomi negara dapat dilihat apabila anggota masyarakat yang produktif tidak lagi dapat bekerja akibat ketagihan.

Tuntasnya, kita telah melihat bahawa penagihan dadah di negara kita membawa kepada masalah dalam banyak bidang, termasuklah terhadap masyarakat, ekonomi dan keselamatan. Remaja menjadi tumpuan utama kerana kemudahan memperoleh dan pemahaman mereka yang terhad, di samping pekerja dan masyarakat secara keseluruhannya mengalami gangguan dalam kecekapan dan kebajikan. Perubahan kepada kaedah penyeludupan menggariskan permintaan kritikal untuk usaha bersama antara pihak berkuasa, NGO dan masyarakat tempatan untuk menangani isu ini secara menyeluruh. Pendekatan seperti pendidikan prasekolah, penguatkuasaan yang lebih ketat, dan sokongan pemulihan boleh berfungsi sebagai strategi proaktif untuk mengurangkan kesan buruk penyalahgunaan bahan.

Disediakan oleh: LOH CHIA LING (298040)

29/11/2024

Post 4
Tajuk: Langkah Mengatasi Penagihan Dadah

Penagihan dadah merupakan masalah serius yang menjejaskan individu, keluarga, dan masyarakat. Langkah-langkah bersepadu perlu diambil untuk membanteras gejala ini demi kesejahteraan semua pihak.

Pertama, pendidikan awal tentang bahaya dadah perlu diperhebatkan. Kempen kesedaran di sekolah dan komuniti dapat memberikan maklumat kepada generasi muda tentang kesan buruk penagihan dadah terhadap kesihatan, keluarga, dan masa depan. Pendidikan ini juga harus melibatkan pendedahan kepada nilai moral dan agama yang dapat membimbing mereka menjauhi dadah.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu diperkasakan. Pihak berkuasa harus meningkatkan pemantauan dan operasi untuk membanteras sindiket dadah. Hukuman yang tegas terhadap pengedar dadah dapat menjadi langkah pencegahan yang berkesan.

Seterusnya , program pemulihan untuk penagih dadah perlu dipertingkatkan. Penagih harus diberi peluang untuk menjalani rawatan dan pemulihan melalui pusat pemulihan khas. Program seperti kaunseling, latihan kemahiran, dan sokongan pekerjaan dapat membantu mereka membina semula kehidupan yang lebih baik.

Akhir sekali, sokongan keluarga dan masyarakat amat penting dalam usaha ini. Keluarga perlu memainkan peranan sebagai sistem sokongan yang kuat, manakala masyarakat harus bekerjasama untuk mencegah penagihan dadah melalui aktiviti sosial dan sokongan moral.

Disediakan oleh : MUHAMMAD SHAHRUL ILHAM BIN AN BASIR (298001)

23/11/2024

Post 3
Tajuk: Punca-punca Penagihan Dadah

Salah satu punca- punca penagihan dadah adalah berlakunya konflik antara ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana, konflik yang berterusan antara ahli keluarga, seperti pergaduhan antara ibu bapa atau perselisihan antara adik-beradik, mencipta suasana tegang di rumah. Suasana ini menyebabkan individu merasa tertekan, kecewa, dan tidak selesa berada di rumah. Sebagai pelarian, mereka mencari ketenangan di luar rumah, di mana dadah sering diperkenalkan oleh rakan atau pengaruh luar. Di samping itu, konflik antara ahli keluarga juga boleh menyebabkan juga boleh menyebabkan rasa rendah diri, marah, atau pemberontakan, mendorong mereka mencuba dadah sebagai cara untuk "memberontak" terhadap situasi tersebut.

Selain itu, punca yang mendorong kepada penagihan dadah dalam kalangan remaja adalah, tekanan daripada akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar yang mengalami tekanan akademik seperti keperluan untuk mencapai keputusan yang cemerlang, cabaran dalam memahami dalam mata pelajaran tertentu memberikan tekanan kepada golongan pelajar. Tambahan p**a, tekanan dan jangkaan tinggi daripada keluarga untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang juga menjadi punca tekanan dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian itu, sebahagian pelajar mungkin mencari jalan singkat dengan menggunakan dadah perangsang untuk berjaga malam dan belajar lebih lama. Namun, ini boleh membawa kepada ketagihan serta masalah kesihatan fizikal dan mental.

Seterusnya, punca yang mendorong penagihan dadah dalam kalangan remaja adalah, pengaruh rakan sebaya iaitu sikap yang ingin meniru dan mencontohi perilaku rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengaruh rakan sebaya boleh berlaku secara tidak langsung apabila individu melihat rakan mereka menggunakan dadah dan kelihatan gembira, yakin, atau berjaya. Individu mungkin merasakan bahawa dadah memberikan manfaat tertentu, seperti melegakan tekanan atau meningkatkan keberanian sosial, dan mencuba dadah kerana ingin mendapatkan pengalaman yang sama.

Akhir sekali, punca yang mendorong penagihan dadah dalam kalangan masyarakat adalah, kemiskinan dan kekurangan dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesetengah masyarakat atau individu yang hidup dalam kemiskinan sering berdepan tekanan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan pakaian. Kegagalan untuk memenuhi keperluan ini menyebabkan perasaan putus asa, rendah diri, dan hilang motivasi, mendorong mereka mencari ketenangan sementara melalui dadah. Hal ini kerana dadah dilihat sebagai cara mudah untuk "melupakan" kesusahan hidup buat sementara waktu, walaupun ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan ekonomi mereka.

Disediakan oleh: NURUL SAFIQAH BINTI ARMANSAH (297999)

19/11/2024

Post 2
Tajuk: Tanda-tanda penagihan dadah

Salah satu tanda penagihan dadah ialah ketidakstabilan emosi. Apabila seseorang itu mula ketagih dengan dadah, dia akan mengalami ketidakstabilan emosi. Contohnya, kebimbangan, keresahan, paranoia ataupun euforia. Ini disebabkan kesan pengambilan dadah yang berlebihan. Kita tahu bahawa dadah ini perlu dalam bidang perubatan, tetapi mereka yang ketagih dengan dadah ini telah menyalahgunakannya. Malah lebih teruk lagi, mereka mengambilnya dengan kuantiti yang berlebihan sehingga memberi kesan yang buruk kepada diri mereka sendiri.

Selain itu, daya ingatan merosot.Penagih dadah juga menunjukan simptom di mana daya ingatannya mula terjejas dan merosot. Tahukah anda bahawa dadah boleh menjejaslan keupayaan otak untuk menumpukan perhatian, mengingati sesuatu dan berfikir dengan jelas. Keadaan ini memberikan kesan yang tidak baik kepada mereka si penagih. Lebih teruk lagi, memberi kesan kepada ramai anak muda yang juga telah terjerumus dalam isu dadah ini.

Seterusnya, perubahan penampilan. Penagih dadah akan menunjukkan perubahan ketara daripada sudut fizikal mereka. Contohnya, mata kemerah-merahanz kebersihan diri yang teruk, penambahan dan penurunan berat badan yang ketara.Kebiasaannya, kita akan nampak penagih dadah itu mempunyai berat badan yang terlalu rendah. Ini disebabkan kesan penggunaan dadah secara berlebihan yang mereka ambil. Mata kemerah-merahan juga disebabkan oleh kesan dadah itu sendiri yang mampu menjejaskan fizikal penagih itu.

Akhirnya, gejala fizikal yang teruk. Simptom ini kita akan dapat lihat apabila sorang penagih dadah tidak dapat menggunakan dadah dalam tempoh sehari ataupun lebih. Sebagai contohnya, loya, berpeluh, menggigil, sakit kepala dan juga keletihan yang melampau. Perkara ini berlaku kerana apabila si penagih yang sudah biasa melakukan perbuatan buruk ini, badan mereka tidak mampu menahan daripada dadah tersebut. Oleh itu, mereka perlu mengambil dadah ini dalam tempoh yang singkat. Tetapi, apabila tidak dapat mendapatkan dadah tersebut, mereka akan menunjukkan gejala yang disebutkan tadi.

Disediakan oleh: MOHAMMAD SYAZWAN BIN YUSOF (298028)

19/11/2024

Post 1
Tajuk: Kesan Penagihan Dadah

Penagihan dadah merupakan isu yang sangat serious di negara kita. Hal ini demikian kerana ia akan mendatangkan kesan-kesan yang negatif terhadap seseorang individu dan negara.

Salah satu kesan penagihan dadah ialah kesan terhadap kesihatan. Penagih dadah akan mendapatkan penyakit secara mudah dan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental mereka. Hal ini demikian kerana, dadah mempunyai bahan yang akan membahayakan dan merosakkan badan dan mental mereka. Sebagai contoh, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C dan D, masalah paru-paru, serta sistem imun yang yang tidak cergas adalah merupakan penyakit-penyakit yang penagih dadah akan mengalami. Ketagihan dadah dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kematian. Selain itu, perinagtan dan perhatian mereka juga akan dipengaruhi dan mereka tidak dapat berfokus dalam kehidupan seharian, hal ini akan mendatangkan kesukaran dan mempunyai risiko dalam kehidupan mereka.

Selain itu, kerugian sumber tenaga manusia. Penagih dadah tidak dapat digunakan dalam pembangunan negara. Hal ini demikian kerana, emosi mereka tidak stabil dan menyebabkan rompakan, bunuh-bunuhan disebabkan oleh dadah. Penagih dadah juga akan mempunyai produktiviti yang lemah dalam pekerjaan kerana tumpuan mereka yang lemah dan sering gagal memenuhi tanggungjawab di tempat kerja. Oleh itu, kehilangan pekerjaan dalam kalangan penagih dadah sering berlaku disebabkan mereka tidak dapat bekerja dengan secara professional dan baik. Penagih dadah dalam negara akan menjadikan kerugian yang besar dalam negara akibatnya ia menjejaskan pembangunan negara.

Seterusnya, peningkatan kadar jenayah. Pembelian dadah merupakan pembelian yang berkos tinggi dan menyebabkan penagih dadah memerlukan wang yang banyak untuk membeli dadah. Penagih dadah tidak dapat mempunyai pendapatan yang konsisten disebabkan oleh mereka tidak mempunyai pekerjaan. Oleh itu, mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sah untuk mendapatkan dadah. Sebagai contoh, penagih dadah akan merompak, penipuan secara atas talian dan menculik orang untuk mendapatkan wang bagi pembelian dadah. Kes jenayah di Malaysia semakin meningkat dan menjejaskan keselamatan, keamanan dan keharmonian negara.

Akhirnya, kebahagian hidup terjejas. Penagih dadah tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai kuasa untuk menjaga anggota keluarganya. Tekanan penagih dadah menjadikan masalah perpecahan keluarga disebabkan penagih dadah tidak mampu dan kuasa untuk menjaga anggota keluarganya. Penagih dadah akan meneruskan kehidupan dengan sendirinya tanpa bantuan keluarganya. Jadinya, kebahagian hidup terjejas serta imej keluarga penagih dadah itu akan terjejas dan maruah mereka tercemar secara langsungnya kerana masyarakat setempat akan memandangkan rendah atas mereka. Oleh itu, kehidupan keluarga penagih dadah akan terganggu dan tidak dapat mempunyai kehidupan yang harmoni dan aman.

Kesimp**annya, penagihan dadah telah mendatangkan banyak kesan keburukan terhadap individu dan negara. Oleh itu, kita perlulah bekerjasama untuk mengatasi isu penagihan dadah ini untuk membina kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera pada masa depan.

Disediakan oleh: CHAI JING XIANG (298010)

19/11/2024

Address

University Utara Malaysia, Sintok, Bukit Kayu Hitam
Kedah
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 1022 AA- Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share