Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain 2014/2015

Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain 2014/2015 Welcome to the official page of Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain Sesi 2014/2015.

1 JUN 2015, maka secara rasminya berakhirlah mandat kami pada sesi 2014/2015 sebagai Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu ...
01/06/2015

1 JUN 2015, maka secara rasminya berakhirlah mandat kami pada sesi 2014/2015 sebagai Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain.

Jutaan terima kasih kepada Pengetua, En Anuar Ahmad, Timbalan Pengetua, En Nik Faizul, barisan Majlis Felo, pihak pengurusan kolej dan seluruh warga Kolej Ibu Zain di atas tunjuk ajar, bantuan dan sokongan kepada kami selama ini. Terima kasih banyak-banyak, hanya Tuhan mampu membalas jasa anda.

Kami telah sedaya upaya melakukan yang sehabis baik untuk Kolej Ibu Zain. Namun kami memohon maaf di atas sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang kami memimpin.

Kepada kepimpinan akan datang, selamat maju jaya! Semoga dipermudahkan segalanya untuk kita semua.

Assalamualaikum, salam sayang.

Signing off,
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ IBU ZAIN 2014/2015.

Secara rasminya pada malam ini.
01/06/2015

Secara rasminya pada malam ini.

Selfie bahagia dalam Majlis Penghargaan dan Watikah Pelantikan MEP UKM tadi 💕
28/05/2015

Selfie bahagia dalam Majlis Penghargaan dan Watikah Pelantikan MEP UKM tadi 💕

 Throwback to exactly a year ago.
27/05/2015



Throwback to exactly a year ago.

 Buat julung kalinya di Kolej Ibu Zain, kita berjaya menubuhkan KIZMED, Kolej Ibu Zain Multimedia Team yang menjadi medi...
27/05/2015



Buat julung kalinya di Kolej Ibu Zain, kita berjaya menubuhkan KIZMED, Kolej Ibu Zain Multimedia Team yang menjadi media rasmi semua projek dan program pada sesi ini.

KIZMED gigih mengorak langkah dengan melahirkan Buletin KIZ yang membawakan figura mahasiswa KIZ secara berkala, terlibat dengan usahawan melalui bisnes fotografi, dan kita juga berbangga dengan NOSTAKIZ, majalah yang membawakan nostalgia kita di Kolej Ibu Zain sepanjang sesi 2014/2015.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong perjalanan KIZMED!

 Projek bersaiz mega yang berjaya dianjurkan pada sesi ini. Terima kasih atas penglibatan dan sokongan semua!
26/05/2015


Projek bersaiz mega yang berjaya dianjurkan pada sesi ini. Terima kasih atas penglibatan dan sokongan semua!

26/05/2015



Berbaki seminggu lagi mandat kami sebagai Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain Sesi 2014/2015, berikut merupakan senarai program / projek skala kecil dan besar di bawah kami sepanjang dua semester ini. Terima kasih atas penglibatan dan sokongan semua warga kolej dalam penganjuran projek dan program kolej, kerana tanpa anda pasti sukar perjalanan kami. Terima kasih!

September
1. Minggu Pengurusan Organisasi (15-20hb)
2. Pameran Ekorelawan di Pusanika (17hb)
3. Family Day KIZ (20hb)
4. Pembukaan Tender Projek & Kelab (21hb)
5. Sharing Session Senior to Junior (23hb)
6. Studio 1R+3R (25hb)

Oktober
7. Malam Ramah Mesra TNC (2hb)
8. Festival Sukan Kolej FESKO (8-15hb)
9. Fire Drill (9hb)
10. Pesta Pantun Tunas Warisan (11-13hb)
11. Forum Akta Hasutan (28hb)
12. Pameran Pesta Konvo (31-4hb)

November
13. Deeparaya (14hb)
14. Kayuhan Amal dan Sihat KASIH5 (15hb)
15. Hari Mesra Pelanggan Book House (15hb)
16. Ziarah Pengetua ke Rumah Pelajar (5, 10-12hb)
17. Majlis Perasmian Skuad SUKEM (21hb)

Disember
18. Bengkel Bendahari & Setiausaha (5hb)
19. International Culture Night (6hb)

Februari
20. Pesta Pantun Integrasi Budaya (1hb)

Mac
21. Hak Asasi Manusia IV: Rekayasa Rohingya
22. Kembara Alur Ilmu (14hb)
23. Entrepreneurship Talk (17hb)
24. Mobility Roadshow (23hb)

April
25. UKM Career Expo 2015 (7-8hb)
26. Wacana Harmoni Malaysia (23hb)
27. Konvensyen Kampus Lestari (30hb)
28. The Smile Project: Homeless Saviour (30hb)

Mei
29. Ibu Zain Indian Club Dinner & Dance (3,4,8hb)
30. Pitching Anugerah Projek (4hb)
31. Malam Anugerah Tahunan Kolej 19 (6hb)
32. Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin & Solat Hajat (25hb)

Projek Berterusan
33. Kolej Ibu Zain Multimedia Team (KIZMED)
34. Coffee & Cakes (CnC)
35. Book House by Book Club

Penglibatan dalam Program Universiti
36. SUKEM
37. ICAFF

Ayuh turun beramai-ramai!
25/05/2015

Ayuh turun beramai-ramai!

Semua Warga UKM Di Jemput Hadir Ke Majlis Sambutan 45 Tahun UKM.

Tarikh Acara : 27 Mei 2015 (Rabu)
Masa Acara : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR)

17/05/2015



[SEJARAH UKM 18 Mei 1970 ]

Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-45 UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM), Universiti kebangsaan Malaysia, merupakan sebuah universiti ” rakyat” , lahir daripada aspirasi nasionalis untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu – untuk percambahan pemikiran saintifik, menyalurkan idea-idea , dan untuk pemindahan pengetahuan. Usaha untuk sebuah universiti kebangsaan pertama kali dicadangkan pada tahun 1923 oleh penulis Abdul Kadir Adabi sebagai langkah menentang penjajahan British. Ini arus nasionalis menyeronokkan merangsang intelektual Melayu masa tetapi dipenuhi penindasan British. Nasionalis yang tidak pernah goyah dan dengan itu pada tahun 1969 , pergerakan lagi berkembang. Tidak lama kemudian, sebuah Jawatankuasa Penajaan dipengerusikan oleh Syed Nasir Ismail, seorang intelektual Melayu yang terkenal, telah ditubuhkan untuk menyediakan dan menyiarkan laporan yang mengesyorkan penubuhan UKM. Ahli-ahli lain yang terkenal jawatankuasa ini termasuk Dr Mahathir Mohamed ( Tun) , Perdana Menteri ke-5 Malaysia yang ketika itu Menteri Pelajaran , dan Dr Mohd Rashdan Haji Baba , yang kemudiannya menjadi Naib Canselor pertama UKM . Usaha berkekalan orang Melayu mempunyai pendidikan tinggi dalam bahasa kebangsaan ghairah menggerakkan mereka untuk tabah sehingga apa yang bermula sebagai idea menjadi realiti dalam Akta Pelajaran, pada 18 Mei 1970. Permulaan UKM bukan sahaja kemenangan besar kepada nasionalis tetapi langkah penting ke arah kenegaraan .

Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.

Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan. Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan dua (2) orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.

Pada 1974, UKM menubuhkan UKM Kampus Sabah di Kebun Kawang, Papar. Nama Kebun Kawang kemudiannya ditukar kepada Limauan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ketika itu sebagai Ketua Menteri Sabah. Kampus yang menempatkan Fakulti Sains dan Sumber Alam ini berpindah ke Bukit Padang, Kota Kinabalu pada 1980. Seterusnya berpindah ke Menggatal, Tuaran pada 1990 bersama Fakulti Sains Pembangunan yang asalnya ditempatkan di Kampus Induk Bangi. Dengan penubuhan Universiti Malaysia Sabah pada 1994, UKM Kampus Sabah ditutup secara rasminya pada 1996 dan kedua-dua fakulti berkenaan dipindahkan ke Kampus Induk Bangi, Selangor.
Universiti ini terus berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mempunyai tiga belas (13) fakulti dan enam belas (16) institut kecemerlangan penyelidikan. UKM juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersil, iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd. dan UKM Technology Sdn Bhd sebagai satu pendekatan dalam mengkomersilkan dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping menjana kewangan Universiti.

Kampus induk UKM di Bangi yang memulakan operasinya pada 1977 mempunyai keluasan 1,096.29 hektar. Kampus Induk Bangi menempatkan sembilan (9) fakulti, dan lima belas (15) institut penyelidikan. Selain itu, UKM juga mempunyai sebuah kampus di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dengan keluasan 20 hektar yang menempatkan Fakulti Perubatan (Praklinikal), Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi. Manakala Pusat Perubatan UKM (PPUKM) yang mempunyai keluasan 22.3 hektar di Cheras, Kuala Lumpur menempatkan Fakulti Perubatan, Hospital UKM dan Institut Perubatan Molekul (UMBI).

Sejak 42 tahun penubuhannya, UKM telah menghasilkan 146,362 graduan. Peningkatan jumlah pelajar luar negara yang setakat ini menjangkau 2,937 pelajar dari 42 buah negara membuktikan penerimaan global terhadap program dan ekosistem ilmu UKM.
Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih empat dekad, UKM dipilih sebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia pada 2006. Proses pemantapan bidang penyelidikan disusuli dengan pengwujudan projek tertumpu di bawah lapan (8) nic iaitu Cabaran Membina Negara-bangsa, Pembangunan Lestari Wilayah, Tenaga Keterbaharuan, Teknologi Kesihatan & Perubatan, Perubahan Iklim, Nanoteknologi & Bahan Termaju, Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi dan ICT: Informatik Isian.
Universiti juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006, memperoleh status Swa-Akreditasi pada 2010 dan diberikan status Universiti Autonomi pada Januari 2012. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan tadbir urus. UKM melestarikan kecemerlangannya melalui Pelan Strategik UKM 2000-2020 (PS2020) dan Pelan Transformasi ke arah universiti terkemuka dunia menjelang 2018.

Kini, UKM tampil dengan citra baru melalui garis tanda “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan’. Garis tanda ini memberi keyakinan kepada warganya untuk mengembangkan bakat yang dimiliki, tempat memupuk kebolehan, labuhan untuk berkarya dan berjaya dalam karyaan tersebut, kerana di sini mereka disediakan dengan prasarana untuk memiliki masa depan yang gemilang.

“.

Rujukan:

Mohd Ali Kamaruddin. 2006. Universiti Kebangsaan Malaysia : Sejarah Penubuhan . Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Alamat 2009 Naib Canselor . Membina Momentum Menatar Kecemerlangan . Syarahan Tahunan Naib Canselor . Penerbit UKM.

08/05/2015

Tarian Folk Telegu

08/05/2015

Kolattam dance!

Adresse

Plaza MEP, Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi
43600

Heures d'ouverture

Lundi 08:00 - 17:00
Mardi 08:00 - 17:00
Mercredi 08:00 - 17:00
Jeudi 08:00 - 17:00
Vendredi 08:00 - 17:00

Téléphone

03-89215603

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain 2014/2015 publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Contacter L'université

Envoyer un message à Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain 2014/2015:

Partager