05/12/2024
Pada 30.11.2024 sehingga 02.12.2024 telah berlangsungnya Program Khidmat Masyarakat 3.0 yang dilaksanakan di Kampung Tanjung Kling, Melaka dan telah berjaya menarik penyertaan ramai penduduk setempat dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, seperti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan percuma, serta merewang bersama penduduk kampung. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara penduduk dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti sosial yang memberi impak positif kepada kehidupan seharian mereka.
Terima kasih juga kepada Mohammad dan penduduk kampung yang telah memberi kerjasama bagi memeriahkan program khidmat masyarakat 3.0 ini.