MPP Kolej Islam Teknologi Antarabangsa

Directions Website Contact the university

MPP Kolej Islam Teknologi Antarabangsa 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang
"Membina Inovasi Intelektual Mahasiswa"

Hak Cipta Terpelihara Majlis Perwakilan Pelajar MPPKITAB 2010/2011

🔥 KITAB FOOD FUSION FEST 1.0 KEMBALI! 🔥Jom meriahkan KITAB Food Fusion Fest 1.0 dengan pelbagai aktiviti menarik bertema...
01/10/2026

🔥 KITAB FOOD FUSION FEST 1.0 KEMBALI! 🔥

Jom meriahkan KITAB Food Fusion Fest 1.0 dengan pelbagai aktiviti menarik bertemakan TRADISIONAL! 🎉

🍛 Food Fest – Nikmati pelbagai juadah yang menyelerakan

⚽🎮 Sports & eSports – Uji bakat dan semangat kes**anan

🎥 Pertandingan Multimedia – Serlahkan kreativiti anda

💼 Karnival Kerjaya – Terokai peluang dan pengalaman baharu

📅 5 – 8 Oktober 2026
📍 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB)

✨ 4 hari, 1 festival, pelbagai pengalaman!
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan KITAB Food Fusion Fest 1.0! 🔥

Jumpa anda di sana! 🤩

Alhamdulillah, Program Fiqh@KITAB: Fiqh Media Sosial telah berjaya dilaksanakan pada 30 September 2026 bertempat di Dewa...
30/09/2026

Alhamdulillah, Program Fiqh@KITAB: Fiqh Media Sosial telah berjaya dilaksanakan pada 30 September 2026 bertempat di Dewan Utama KITAB, Pulau Pinang.

Program ini memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang adab, amanah dan tanggungjawab seorang Muslim ketika menggunakan media sosial, khususnya dalam era digital yang penuh dengan pelbagai cabaran seperti penyebaran fitnah, berita tidak sahih, membuka aib, buli siber, budaya menghukum serta perkongsian kandungan tanpa penelitian.

Melalui sesi ini, para mahasiswa turut didedahkan kepada kepentingan memahami bahawa setiap tulisan, komen, perkongsian, tanda s**a dan kandungan yang dimuat naik bukan sekadar aktiviti di alam maya, malah mempunyai nilai serta implikasi dari sudut hukum dan akhlak Islam.

Media sosial boleh menjadi medan kepada dosa yang berpanjangan sekiranya digunakan untuk menyebarkan keburukan, namun pada masa yang sama mampu menjadi medium dakwah digital dan pahala yang berterusan apabila dimanfaatkan untuk menyebarkan ilmu, nasihat serta perkara yang membawa manfaat kepada masyarakat.

Semoga perkongsian ini dapat membentuk mahasiswa KITAB yang bukan sahaja celik dan mahir menggunakan teknologi, tetapi turut memiliki ilmu, adab, integriti serta kebijaksanaan dalam mengurus setiap interaksi di alam digital.

Jaga jari, jaga perkongsian dan jaga amanah.
Jadikan media sosial sebagai jalan menyebarkan ilmu, membina kebaikan dan memberi manfaat kepada ummah.

FIQH@KITAB
Menghubungkan Ilmu Fiqh dengan Realiti Kehidupan.

📚✨ FIQH MEDIA SOSIAL | FIQH@KITABMENDEPANI ERA DIGITAL DENGAN ILMU, ADAB DAN HUKUMDalam era digital yang menyaksikan med...
29/09/2026

📚✨ FIQH MEDIA SOSIAL | FIQH@KITAB

MENDEPANI ERA DIGITAL DENGAN ILMU, ADAB DAN HUKUM

Dalam era digital yang menyaksikan media sosial menjadi sebahagian daripada landskap kehidupan masyarakat, setiap perkongsian, interaksi dan penyebaran maklumat tidak terlepas daripada persoalan adab, etika, amanah serta tanggungjawab menurut perspektif syariah.

Persoalannya, apakah garis panduan fiqh dalam menguruskan kehidupan di alam maya? Bagaimanakah Islam membimbing kita dalam aspek perkongsian maklumat, komunikasi digital, privasi, fitnah, aib, penyebaran berita serta penggunaan media sosial secara beretika?

Bagi mengangkat kefahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa yang berkait rapat dengan kehidupan digital, Fiqh@KITAB membawakan:

🎙️ FIQH MEDIA SOSIAL
bersama
Ustaz Muhamad Faris bin Muhd Fadhil

Sebuah wacana ilmu yang mengupas isu media sosial dari perspektif fiqh kontemporari, berteraskan kefahaman syariah serta diaplikasikan dalam realiti kehidupan masyarakat masa kini.

📅 30 September 2026 | Rabu
⏰ 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Dewan Utama KITAB, Pulau Pinang

✨ “Bijak Bermedia, Tepat Berfiqh.”

Ayuh bersama-sama memperkaya kefahaman, memperhalusi pertimbangan dan membina budaya bermedia yang lebih berilmu, beradab dan berintegriti.

Kerana dalam dunia yang pantas berkongsi, ilmu membimbing apa yang wajar dikongsi.

FIQH@KITAB
Menghubungkan Ilmu Fiqh dengan Realiti Kehidupan.


BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH BERTEMAKAN ILMU HARI INI, BEKALAN ESOKAlhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Pengurusan Jen...
26/09/2026

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH BERTEMAKAN ILMU HARI INI, BEKALAN ESOK

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Pengurusan Jenazah pada 26 September 2026 di Dewan Utama KITAB dengan penglibatan seramai 98 orang mahasiswa/wi daripada Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ustaz Wan Zaharuddin bin Wan Ismal dan Ustazah Shahmun binti Mohd Ali.

Program ini memberi pendedahan secara menyeluruh kepada para mahasiswa/wi berkaitan tatacara pengurusan jenazah menurut syariat Islam, meliputi aspek persediaan awal, memandikan jenazah, mengkafankan, solat jenazah serta perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian sepanjang proses pengurusan jenazah. Penerangan teori turut disertai dengan demonstrasi dan latihan praktikal bagi memastikan para pelajar dapat memahami setiap langkah dengan lebih jelas, tersusun dan tepat.

Melalui bengkel ini, para mahasiswa/wi bukan sahaja memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan jenazah, malah dididik mengenai nilai amanah, tanggungjawab, adab, ketelitian dan keprihatinan ketika melaksanakan fardu kifayah. Pengisian seperti ini amat penting dalam membentuk mahasiswa yang bukan sekadar berilmu, tetapi turut bersedia mengaplikasikan ilmu agama dalam kehidupan serta memberi khidmat kepada masyarakat apabila diperlukan.

Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan keyakinan dan kecekapan para mahasiswa/wi dalam melaksanakan pengurusan jenazah dengan cara yang betul, di samping menyemai kesedaran bahawa pengurusan jenazah merupakan satu tanggungjawab bersama yang mempunyai nilai ibadah dan khidmat yang besar dalam Islam.




Memperkasa Kefahaman Fiqh, Memantapkan Penghayatan IbadahAlhamdulillah, Program Fiqh@KITAB: Darah Istihadhah telah berja...
24/09/2026

Memperkasa Kefahaman Fiqh, Memantapkan Penghayatan Ibadah

Alhamdulillah, Program Fiqh@KITAB: Darah Istihadhah telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2026 bertempat di Dewan Utama KITAB, Pulau Pinang.

Program ini merupakan salah satu wadah pengimarahan ilmu yang memberi penekanan terhadap pemerkasaan kefahaman fiqh dalam kalangan Muslimat, khususnya berkaitan persoalan darah istihadhah serta hukum-hakam yang berkaitan dengannya.

Sesi pengisian yang disampaikan oleh Ustazah Khadijah Binti Mohd telah mengupas secara ilmiah dan terperinci pelbagai aspek berkaitan darah istihadhah, termasuk kaedah mengenal pasti keadaan tersebut serta implikasinya terhadap pelaksanaan ibadah seharian.

Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas dan menyeluruh kepada para peserta, sekali gus membina keyakinan dalam melaksanakan ibadah berlandaskan ilmu dan panduan syarak.

Sesungguhnya, kefahaman terhadap ilmu fiqh bukan sekadar pengetahuan, bahkan menjadi asas dalam memastikan setiap amal ibadah dilaksanakan dengan tepat, tertib dan penuh penghayatan.

“Ilmu yang benar membimbing amal, dan amal yang benar menyempurnakan penghayatan.”

Sekalung penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Ustazah Khadijah Binti Mohd atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman, serta kepada seluruh Muslimat yang hadir atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha memperkasa budaya ilmu seperti ini terus subur dalam membentuk Muslimat yang berilmu, beramal dan berkeperibadian unggul, selaras dengan aspirasi KITAB dalam melahirkan generasi yang memahami agama serta mampu menghayatinya dalam kehidupan.

Fiqh Diperkasa • Ibadah Dipandu • Ummah Sejahtera

*SURVIVE & THRIVE | 5 Kemahiran Asas Kehidupan Mahasiswa* Alhamdulillah, selesai sudah program Survive & Thrive: 5 Kemah...
23/09/2026

*SURVIVE & THRIVE | 5 Kemahiran Asas Kehidupan Mahasiswa*

Alhamdulillah, selesai sudah program Survive & Thrive: 5 Kemahiran Asas Kehidupan Mahasiswa yang telah berlangsung pada 23 September 2026 di Dewan Utama KITAB.

Bukan sekadar sebuah program, tetapi satu ruang untuk kita belajar bahawa kehidupan sebagai mahasiswa bukan hanya tentang mengejar akademik. Kita juga perlu tahu bagaimana untuk mengurus diri, berkomunikasi, menyelesaikan masalah, mengawal emosi serta menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Elia Mastura Kamaruddin atas perkongsian, nasihat dan ilmu yang sangat bermakna buat para mahasiswa.

Terima kasih juga kepada semua mahasiswa/wi yang hadir dan memeriahkan program ini. Semoga setiap ilmu yang dikongsikan bukan sekadar didengar pada hari ini, tetapi dapat dibawa bersama dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan juga untuk masa yang akan datang.
Kita mungkin datang untuk belajar, tetapi kita pulang dengan sesuatu yang lebih daripada itu — pengalaman, kesedaran dan keyakinan untuk terus melangkah.

See you in our next journey!

TAKLIMAT DAN PENGISIAN BORANG PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU...
22/09/2026

TAKLIMAT DAN PENGISIAN BORANG PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG BAGI SIRI 2

Satu sesi taklimat borang disampaikan oleh Kapten (PA) Muhamad Azley Bin Syafei, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut dan pengisian borang bagi Pas**an Institusi Pertahanan Awam (PISPA) telah dilaksanakan khusus untuk para mahasiswa/wi Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang sebagai langkah awal memperkenalkan peranan, fungsi serta peluang penyertaan dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Turut hadir bersama Lt.(PA) Mohd Fais Awalludden Bin Ismail, Pegawai bahagian operasi daerah timur laut dan Pbt (PA) Siti Norazizah Bt Abdullah.

Melalui sesi ini, para mahasiswa/wi diberikan penerangan berkaitan struktur PISPA, tanggungjawab anggota, asas kesiapsiagaan menghadapi kecemasan, disiplin pas**an, khidmat kemasyarakatan serta proses pendaftaran dan pengisian borang keanggotaan. Penerangan yang diberikan turut membantu mahasiswa/wi memahami komitmen yang diperlukan serta manfaat yang boleh diperoleh melalui penglibatan aktif dalam PISPA.

Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada mahasiswa/wi untuk menyertai sebuah pas**an beruniform, malah menjadi platform penting dalam membentuk disiplin, kepimpinan, semangat kerja berpas**an, keberanian, ketahanan diri dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Pendedahan seperti ini amat bertepatan dengan usaha membina mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut bersedia menyumbang tenaga dan khidmat apabila berhadapan dengan situasi kecemasan atau bencana.

Diharapkan penyertaan mahasiswa/wi KITAB Pulau Pinang dalam PISPA akan dapat melahirkan generasi mahasiswa yang lebih berdisiplin, prihatin, cekap, berani dan mempunyai semangat kes**arelawanan yang tinggi, selaras dengan aspirasi institusi dalam membentuk graduan yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat serta negara.




*FIQH@KITAB | DARAH ISTIHADHAH 🩸*Darah istihadah bukan sekadar persoalan darah, tetapi berkait rapat dengan ibadah dan k...
22/09/2026

*FIQH@KITAB | DARAH ISTIHADHAH 🩸*

Darah istihadah bukan sekadar persoalan darah, tetapi berkait rapat dengan ibadah dan kehidupan seharian seorang Muslimah.

Jom sama-sama fahami dengan lebih jelas melalui sesi Fiqh@KITAB kali ini bersama Ustazah Khadijah Binti Mohd. 🌷

📅 23 September 2026 (Rabu)
🕗 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Dewan Utama KITAB, Pulau Pinang

✨ Khas untuk Muslimat ✨

Mari hadir dan tambah ilmu agar setiap ibadah kita lebih yakin dan tepat. 🤍

_“Ilmu yang dipelajari, menjadi panduan dalam beramal_.”

*SURVIVE & THRIVE | 5 KEMAHIRAN ASAS KEHIDUPAN MAHASISWA*Kehidupan sebagai seorang mahasiswa bukan hanya berkisar tentan...
22/09/2026

*SURVIVE & THRIVE | 5 KEMAHIRAN ASAS KEHIDUPAN MAHASISWA*

Kehidupan sebagai seorang mahasiswa bukan hanya berkisar tentang akademik, tetapi turut memerlukan pelbagai kemahiran dalam mengurus diri dan menghadapi cabaran seharian.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar KITAB akan menganjurkan program Survive & Thrive: 5 Kemahiran Asas Kehidupan Mahasiswa yang memberi penekanan kepada lima kemahiran penting, iaitu:

• Self-Management
• Communication Skills
• Problem Solving
• Emotional Resilience
• Social & Adaptability Skills

Tarikh: 23 September 2026 (Rabu)
Tempat: Dewan Utama KITAB
Penceramah: Elia Mastura Kamaruddin

Semoga program ini dapat menjadi ruang kepada para mahasiswa untuk menambah pengetahuan, membina keyakinan diri serta mempersiapkan diri dalam menghadapi kehidupan di alam kampus dan seterusnya.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam program ini.

LATIHAN KEM TAHUNAN (LKT) BATALION 1 REJIMEN 509 KITAB PULAU PINANG SIRI 1/2026 [3]Memasuki 3 hari terakhir Latihan Kem ...
19/09/2026

LATIHAN KEM TAHUNAN (LKT) BATALION 1 REJIMEN 509 KITAB PULAU PINANG SIRI 1/2026 [3]

Memasuki 3 hari terakhir Latihan Kem Tahunan (LKT) Askar Wataniah, anggota s**arela berpeluang mengaplikasikan segala ilmu dan pembelajaran teori yang telah dipelajari sebelum ini melalui latihan secara praktikal di lapang sasar.

Sepanjang latihan, anggota melaksanakan pelbagai latihan berkaitan menduduki pengkalan, antaranya latihan memutus jalan, membuat tinjauan serta beberapa tugasan lain yang menguji kecekapan, ketahanan dan kebolehan anggota dalam menghadapi situasi latihan sebenar.

Latihan ini bukan sahaja menekankan aspek kemahiran dan disiplin, malah turut memupuk kesabaran, ketahanan diri, komunikasi serta semangat kerjasama dalam setiap seksyen. Setiap tugasan memerlukan anggota untuk saling membantu, mematuhi arahan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi mencapai objektif yang ditetapkan.

Pada malam terakhir kem, satu majlis yang dinamakan Majlis Malam Akrab diadakan sebagai penutup Latihan Kem Tahunan (LKT) 2026. Terima kasih diucapkan kepada semua jurulatih yang telah melatih dan memberi tunjuk ajar sepanjang kem ini berlangsung.





Address

Air Itam
11400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP Kolej Islam Teknologi Antarabangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to MPP Kolej Islam Teknologi Antarabangsa:

Shortcuts

Share