08/09/2026
Alhamdulillah, pada 3-4 September 2026, telah berlangsung 2 Days Intensive Writing Boot Camp and Manuscript Clinic for Indexed Journal Publication bertempat di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Bengkel intensif selama dua hari ini merupakan satu inisiatif strategik dalam memperkukuh kompetensi warga akademik dalam menghasilkan manuskrip berkualiti tinggi serta meningkatkan potensi penerbitan dalam jurnal berindeks SCOPUS.
Program ini dianjurkan oleh Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) dengan kerjasama Neksus Penyelidikan UiTM (RENEU), Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Shah Alam. Bengkel ini menampilkan Dr. Noor Azliyana Azizan sebagai penceramah utama dan Prof. Madya Dr. Ihsan Mohd Yassin sebagai fasilitator. Perkongsian yang disampaikan memberi penekanan kepada strategi penulisan manuskrip, penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam penulisan akademik serta teknik memperkukuh manuskrip bagi penerbitan dalam jurnal berindeks SCOPUS.
Menariknya, program turut dilengkapi dengan sesi hands-on, coaching secara bersemuka dan Writing Sprint pada hari kedua yang memberi fokus kepada komponen penting manuskrip, iaitu Results, Discussion, Contribution and Conclusion. Sesi ini membolehkan peserta menerima bimbingan secara lebih dekat, memperkemas penulisan masing-masing serta mendapatkan pandangan dan maklum balas secara langsung daripada penceramah dan fasilitator. Program diakhiri dengan pembentangan hasil bengkel, yang memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi perkembangan manuskrip serta hasil penulisan yang telah dibangunkan sepanjang program.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Dr. Mohd Halim bin Mahphoth, atas sokongan, kepercayaan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada Dr. Noor Azliyana Azizan selaku penceramah utama dan Prof. Madya Dr. Ihsan Mohd Yassin selaku fasilitator atas kesudian meluangkan masa, berkongsi kepakaran serta memberikan bimbingan yang amat bernilai kepada para peserta. Komitmen dan kepakaran yang dicurahkan telah menjadikan bengkel ini lebih interaktif, praktikal, berfokus serta memberikan impak yang bermakna.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Irfah Najihah Basir Malan selaku Ketua Projek, serta seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan dedikasi dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan secara berterusan sebagai platform untuk memperkasa budaya penulisan akademik, meningkatkan kualiti manuskrip dan melonjakkan kecemerlangan penyelidikan serta penerbitan UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa.
Together, we write. Together, we publish. Together, we elevate UiTM research excellence. ✨📚
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi