Yayasan Pembangunan ANAK Yatim / Miskin

Yayasan Pembangunan ANAK Yatim / Miskin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Pembangunan ANAK Yatim / Miskin, 23 , Kompleks Peruda , Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.

Bersama memperjuangkan isu-isu Kemiskinan dan Kepapaan dengan objektif melahirkan Generasi yang Merdeka,Bersahsiah ,Berilmu dan mampu menyumbang Bakti kepada Agama,Bangsa dan Negara Tercinta.

Assalamualaikum dan Selamat SejahteraDimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Anak Yatim / Miskin menganjurkan Program Kor...
03/06/2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Anak Yatim / Miskin menganjurkan Program Korban di Kemboja untuk tahun 1442H/2021M.

Ibadah Korban ini diadakan di Kemboja ialah bertujuan untuk memberi kesempatan kepada penduduk disana yang dhaif agar dapat merasakan daging agihan daripada korban tersebut. Ibadah Korban di Kemboja ini akan dilaksanakan oleh Ustaz Muhammad Zulfakar bin Shuib (Pegelola Program Korban Yayasan Pembangunan Anak Yatim Di Kemboja). Lembu Korban akan di agihkan di 6 kawasan . Untuk memenuhi pensyaratan ibadah Korban ini Ustaz Muhammad Zulfakar bin Shuib bertanggungjawab untuk memastikan kondisi lembu yang mencukupi pensyaratan untuk ibadah Korban .Beliau akan bertanggungjawab kepada 6 perkampungan yang tertera seperti dalam poster dibawah,untuk agihan dan hal lainnya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak yayasan atau dengan penama-penama dibawah yang bertanggungjawab kepada Program Korban ini.

Jumlah terhad,dapatkan borang dengan menghubungi penanggung jawab Yayasan Pembangunan Anak Yatim / Miskin.

Majlis Berbuka Puasa dan Acara Penyampaian Sijil kepada Sukarelawan Program Pasar Terbuka Percuma Menjelang Ramadhan ber...
15/04/2021

Majlis Berbuka Puasa dan Acara Penyampaian Sijil kepada Sukarelawan Program Pasar Terbuka Percuma Menjelang Ramadhan bersama AJK Program.

Alhamdulilah, selesai sudah Program Pasar Percuma Menjelang Ramadhan 2021/1442H. Anjuran Yayasan Pembangunan Anak Yatim/...
11/04/2021

Alhamdulilah, selesai sudah Program Pasar Percuma Menjelang Ramadhan 2021/1442H. Anjuran Yayasan Pembangunan Anak Yatim/ Miskin dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia ,Masjid Al-Ihsan ,Seberang Perak, Majlis Dakwah Negara dan Tahfiz Amirul Husna serta lain-lain NGO yang berlangsung pada 10 April 2021 (SABTU) dari jam 10.00 pagi hinnga 1.00 tengah hari .

Disini kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat terutama sekali Sukarelawan dari Persatuan Pelajar Indonesia Albukhary International University dan Albukhary Thailand Student Association yang banyak membantu sepanjang program ini berlangsung .

Terima Kasih atas segala sokongan yang telah diberikan dan diharap kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

Assalamualaikum dan Selamat SejahteraDimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin dengan kerjasama Yayasan S...
01/04/2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia, Masjid Al-ihsan ,Seberang Perak ,Majlis Dakwah Negara dan Tahfiz Amirul Husna serta badan NGO yang lain akan menganjurkan Program Pasar Terbuka Percuma Menjelang Ramadhan 2021.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah datang ke Masjid Sultanah Bahiyah (7&8 April 2021 10.00pagi-5.00ptg) dan Tahfiz Amirul Husna,Lorong Hilir Seberang Perak(8.00 pagi-10.00 malam setiap hari) bagi memberikan sumbangan anda.

Address

23 , Kompleks Peruda , Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 06:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Pembangunan ANAK Yatim / Miskin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share