02/04/2022
☆Tadabbur Kalamullah 30 Syaaban 1443H☆
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.." [Surah Al-Baqarah 185]
bicara berkaitan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bakal menjelma esok InsyaAllah. Ramadhan adalah bulan penuh barakah yang Allah kurniakan kepada hambanya. Ditawarkan dengan pelbagai tawaran pahala bagi sesiapa yang mentaatiNya dan memaksimumkan amal soleh disepanjang bulan mulia ini.
kita merasa gembira dengan Ramadhan yang bakal menjelma dengan tawaran-tawaran yang lumayan. Sebaliknya golongan munafiq p**a merasa gelisah, buntu dengan Ramadhan. Maka benarlah sabda Nabi saw:
أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ
“Allah swt naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah saw bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah swt menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Khuzaimah. Dhaif)
tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah saw akan bersabda: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah, Allah telah memfardhukan ke atas kamu puasanya, telah dibukakan pintu syurga, dan ditutupkan pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Padanya ada satu bulan yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang terhalang mendapatkan kebaikannya, maka sungguh dia terhalang (daripada mendapatkan kebaikan yang banyak)” (HR an-Nasaie dan Ahmad)
saw akan mengungkapkan hadis ini kepada sahabat-sahabatnya sebagai berita gembira dan ucapan tahniah atas kesempatan bertemunya dengan bulan yang mulia ini.
para sahabat tidak bergembira apabila mengetahui bahawa pada bulan Ramadhan akan terbukanya pintu syurga seluas luasnya. Orang yang berdosa juga akan bergembira apabila mengetahui bahawa pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Orang mukmin juga akan bergembira apabila mengetahui bahawa syaitan-syaitan yang kuat menggoda manusia akan dibelenggu pada bulan ini.
berkata Dr. Sayyid al-Affani: “Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah swt dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”
bakal membawa seribu satu macam kebaikan yang mana sudah barang pasti dapat dimanfaatkan oleh mukmin sejati sama ada amalan yang wajib atau yang sunat seperti tadarus al-Quran, qiyammullail, solat tarawih dan lain-lain.
♡Seluruh umat Islam berpeluang mendapatkan kebaikan-kebaikan yang dijanjikan Allah sepanjang bulan ini. Maka maksimumkanlah amal ibadah selagi mana berkemampuan. Buatlah sehabis baik dan sehabis mampu♡
*SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1443H*