GIATMARA Alor Setar

Call Directions Website Contact the university

GIATMARA Alor Setar Tingkat 2, Bangunan Kedai MARA, Jln. Dato' Wan Mohamad Saman, 05400 A.Setar, Kedah. Tel:04-7723684

15/09/2026

Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan Yang Ke 69 Peringkat GMAS

15/09/2026

Gotong Royong Memasang Bendera Sempena Bulan Kemerdekaan dan Kejohanan Tenpin Anjuran BPP GMAS

Buletin GMAS : Bulan Ogos
08/09/2026

Buletin GMAS : Bulan Ogos

Jahitan Pakaian dan Fesyen :Kursus jangka pendek membuat mini sejadah dan beg tulip selama 2 hari berlangsung dengan jay...
08/09/2026

Jahitan Pakaian dan Fesyen :

Kursus jangka pendek membuat mini sejadah dan beg tulip selama 2 hari berlangsung dengan jayanya di bengkel JPF GIATMARA Alor Setar

🔈 SCAMMER ALERT 🔈Assalamualaikum dan salam sejahtera.PERHATIAN KEPADA SEMUA PIHAKDimaklumkan bahawa pihak kami telah men...
06/09/2026

🔈 SCAMMER ALERT 🔈

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PIHAK

Dimaklumkan bahawa pihak kami telah menerima laporan berhubung nombor telefon (011-64965760) yang dipercayai digunakan oleh individu yang menyamar sebagai kakitangan GIATMARA Alor Setar.

Sehubungan itu, sesiapa yang pernah atau sedang berurusan dengan nombor tersebut diminta untuk menghentikan segala urusan dengan serta-merta dan tidak membuat sebarang pembayaran atau transaksi kepada individu berkenaan.

Untuk makluman, modus operandi yang digunakan adalah dengan membuat pesanan pembelian pencuci mulut secara terus kepada pembekal, serta mengemukakan Pesanan Kerajaan yang dipercayai palsu dengan menggunakan nama Mohd Zainal Abiddin Bin Johari dan Nur Athirah Binti Abu Bakar, serta menggunakan alamat Pusat GIATMARA Alor Setar.

Pihak GIATMARA Alor Setar tidak menggunakan Pesanan Kerajaan seperti yang dikemukakan oleh individu tersebut. Dokumen berkenaan juga dipercayai telah disalahgunakan dengan menggunakan nama dan jawatan kakitangan pihak kami tanpa kebenaran. Sila rujuk gambar yang dilampirkan sebagai rujukan.

Justeru, semua pihak dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum berurusan dengan mana-mana individu atau nombor telefon yang tidak dikenali.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Terima kasih.

12/08/2026
✂️ Nak belajar gunting rambut lelaki dari asas? Jom sertai Kelas Asas Gunting Rambut Lelaki! 💈Belajar teknik gunting, pe...
12/08/2026

✂️ Nak belajar gunting rambut lelaki dari asas? Jom sertai Kelas Asas Gunting Rambut Lelaki! 💈

Belajar teknik gunting, penggunaan gunting & mesin rambut, kemasan dan styling secara teori serta amali hands-on. 🔥

📅 5 September 2026
⏰ 9.00 pagi
📍 GIATMARA Alor Setar
💰 Yuran: RM140
🏆 Sijil Penyertaan disediakan

📲 Hubungi
Cikgu Carolina: 012-8934923
Cikgu Azim: 013-7744210

Tempat terhad — daftar sekarang! ✂️🔥

11/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan yang diraih. Semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk melangkah ke alam kerjaya, seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

*Video sidang penganugerahan kepada GRADUAN GIATMARA Alor Setar bagi kursus Teknologi Sistem Komputer (TSK), Senireka Gaya Rambut (SGR) dan Jahitan Pakaian & Fesyen (JPF) | SYABAS & TAHNIAH!



゚viralシ

10/08/2026

Hari Graduasi GIATMARA ke 39

Tahniah kepada graduan lepasan dari GIATMARA Alor Setar

Semoga segala ilmu, usaha dan pengalaman sepanjang pengajian menjadi bekalan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya. Semoga terus berjaya 🤲🏻

Address

Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 15:45
Sunday 08:00 - 17:15

Telephone

+6047723684

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to GIATMARA Alor Setar:

Shortcuts

Share