03/09/2022
Bismillahirrahmannirrahim☺️🤲
Tahukan kita bahawa ada 20 Jenis makanan Sihat yang boleh diketegorikan sebagai pemakanan aafiyat.☺️🤲
1. AIR ZAM-ZAM
Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang umum sudah mengetahui bahawa ianya air terbaik khasiatnya di dunia.
Nabi SAW ada menyebut:
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”
Dianjurkan kepada setiap mukmin agar meminum air Zam-Zam sebanyak yang termampu.Berusahalah untuk mendapatkannya.
2. KURMA
Kurma adalah antara makanan berulang-ulang kali disebut di dalam al-Quran, Termaktub di dalam surah Mukminah ayat 19:
"Kemudian Kami tumbuhkan kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan"
Kurma merupakan sumber "tenaga segera" kerana zatnya mudah diserap dan diproses oleh sistem usus manusia. Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan"
Sabda Nabi lagi :
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terhindar daripada ganguan syaitan dan sihir pada hari itu"
Khasiat kurma juga adalah sebagai pembekal vitamin,zat besi, penguat memori, penawar racun,penawar penyakit berkaitan hati dan banyak lagi manfaat yang perlu diterokai.
3. BUAH TIN
Buah tin terbukti daripada kajian sainstifik bahawa ianya sangat bermanfaat untuk kesihatan usus,tinggi kalsium,sangat besar manfaatnya buat makhluk bernama manusia.
Di dalam surah At-Tin, Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun.
Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu bermakna adanya perkara besar dan penting yang menjadi hikmah yang perlu dikaji oleh manusia keseluruhannya
Antara khasiat buah tin juga, menyingkirkan toksin, merawat sistem pernafasan,merawat batuk ,membersihkan hati dan menghalang pembentukan cairan lendir yang tidak diperlukan oleh usus.
Buah tin yang telah dikeringkan p**a mampu membekalkan lebih tinggi kalori berbanding yang jenis segar, kaya dengan pelbagai mineral, zat galian dan rendah kandungan sodium.
4. ZAITUN
Pohon Zaitun termaktub di dalam Al-Quran, boleh dirujuk surah An-Nur ayat ke-35.
Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menjadikan minyak zaitun sebagai makanan dan berminyaklah dengannya untuk manfaat kesihatan dan penjagaan kesihatan organ dalaman.
Baginda S.A.W. sendiri menggunakan minyak rambut sebagai minyak rambut.
Kajian dilakukan sekian lama dan ia telah terbukti dapat merawat permasalahan berkaitan usus,saluran pernafasan,mengurangkan risiko penyakit kanser dan serangan sakit jantung.
Bahan aktif yang dinamakan sebagai 'antioksida' bekerja mempertahankan sel badan daripada serangan radikal bebas,kuman,virus dan kolestrol jahat.Minyak zaitun juga banyak digunakan oleh syarikat-syarikat gergasi dunia sebagai produk kecantikan,kesihatan,kosmetik dan penjagaan diri.
5. BIJI HITAM -HABATUS SAWDA
Junjungan besar Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Makanlah biji-bijian daripada biji habbatul al-sauda kerana biji-bijian ini ubat untuk semua penyakit kecuali mati"
"Sesungguhnya pada Habbah Sawda itu terdapat obat untuk segala penyakit kecuali mati"
Testimoni daripada pengamalnya membenarkan bahawa habatussauda itu memepertahankan sel badan,membuang angin dalaman usus ,menguatkan imuniti,mencegah demam, mengaktifkan fungsi urat saraf yang yg halus dan merawat luka-luka dalaman.
6. MADU LEBAH
Makanan yang sangat tinggi khasiat dan boleh diibaratkan sebagai ibu segala makanan.Pengambilan herba p**a akan menjadi lebih cepat berkesan apabila ianya disenergikan bersama madu asli.
Madu apabila dicampur bersama air suam, boleh mengubati penyakit berkaitan usus seperti sembelit dan cirit-birit.
Rasulullah sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu bersama segelas air dan diminum setiap pagi ketika perut masih kosong.
7. DELIMA
Buah delima (ar-rumman) disebut berulang-ulang kali di dalam Alquran untuk menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman:
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima"
Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan yang membuktikan bahawa buah delima sangat baik untuk kesihatan,tinggi kandungan antioksida, tinggi kandungan vitamin C,menstabilkan tekanan darah,menambah kandungan oksigen didalam darah,merawat tekanan emosi,mencegah penyakit berkaitant jantung dan banyak lagi khasiat yang Membuktikan bahawa Al Quran itu adalah benar.
8. SUSU KAMBING
Susu kambing terkenal sebagai minuman kesihatan untuk merawat masalah berkaitan hati,merawat penyakit kuning,rawatan asma, reumatik, insomnia dan menguatkan tulang.
Khasiatnya lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.
9. ZA'FARON/SAFRON
Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.
Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan dengan maksudnya:
"Sesiapa yg mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan zihir"
Za'faron ini mempunyai banyak khasiat lain, antaranya penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta melancarkan pengaliran darah.
10. BARLI
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.
Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
Selain dari itu ia juga,pengambilan barli dapat mengawal kolesterol, melawaskan sistem pembuangan air kecil, merawat sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis.
11. ROTI
Ketegori makanan yang memberi rasa kenyang yang bertahan lama.Roti yang paling baik untuk kesihatan adalah yang diperbuat daripada gandum asli .
Gandum adalah makanan ruji bagi sebahagian besar penduduk dunia.Penyediaan gandum yang bebas daripada bahan kemia pemutih,bahan peluntur adalah sangat diperlukan agar pemakanan tidak menjadi punca mudharat kepada organ dan sistem dalaman tubuh badan.
12. HALIA
Halia juga disebut dalam alQuran (ayat17, Surah Al-Insan)
firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan mereka doidalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'.
Khasiatnya membantu menyihatkan sistem penghadaman dan mampu memanaskan badan. Halia juga boleh dijadikan penawar bagi melegakan rasa loya, penyakit sendi dan membantu melancarkan pengedaran darah didalam badan.
13. HALBA
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".
khasiat hulbah dapat membantu melancarkan pengaliran darah haid bagi wanita, menyembuhkan penyakit berkaitan usus dan membuang angin. Halba ini juga sangat baik untuk kecantikan organ kewanitaan,memperbanyakkan susu badan bagi ibu selepas melahirkan.
14. MENTIMUN
Daripada Abdullah bin Jaafar, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memakan mentimun bersama kurma. Dengan mengambil mentimun bersama kurma, ia dapat menghilangkan dahaga dan mengurangkan kepanasan didalam badan.Sifat mentimun yang unik,boleh dimakan bersama buah-buahan lain yang bersifat manis.
Mentimun bersifat sejuk dan membantu menyejukkan badan.Buah mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu mencantikkan kulit,merawat sistem dalaman saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang
15. DAGING KAMBING
Daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Ada sesetengah orang mengembar-gemburkan keburukan daging kambing, tetapi hakikatnya ia mempunyai banyak kelebihan.Daging kambing adalah daging yang paling baik untuk kesihatan jantung,mengawal darah tinggi dan obesiti, mencantikkan kulit dan menenangkan emosi.
16. TEMBIKAI
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,
“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut 'lycopene' yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
17. ANGGUR
Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman:
"Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, kebun-kebun anggur, tanam-tanaman, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti"
Antara khasiat buah anggur ialah mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.
18. CENDAWAN
Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a pernah berkata:
Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:
“Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yg sangat istimewa) dan dapat mengubati mata”
Cendawan adalah sejenis makanan sihat, mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya.Penawar herba sejak zaman dahulu lagi. Mengikut kajian yang telah dijalankan cendawan dapat meningkatkan system imun badan bagi pesakit kanser, ianya juga berperanan melawan allergik dan radang.
19. LABU
Daripada Hadis Anas bin Malik r.a:
Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam safhah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ”.
Selain memakan kurma, Rasulullah juga menggemari labu. Ia dikatakan mempunyai pelbagai nutrisi dan zat yg baik untuk tubuh badan, terutamanya bagi pesakit rabun malam.Buah labu juga berkhasiat bagi mengawal nafsu makan, merawat masalah kecacingan dan mencegah pembentukan batu karang.
20. GARAM
Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan usus untuk menghadam makanan dan menghindarkan usus dari menyerap racun.
Daripada Abdullah Bin Umar, sabda Nabi s.a.w.:
" Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat dari langit ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya:
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam.
Semoga bermanfaat.
Wallahu a'lam.