Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR

Call Directions Website

Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR IQDAR MERUPAKAN LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN JAKIM TERLETAK BERHADAPAN MASJID SULTANAH BAHIYAH A.SETAR

π’π„π’πˆ π“πŽπ–π 𝐇𝐀𝐋𝐋 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆππƒπ€π‘ALOR SETAR, 20 Okt - Alhamdulillah, Pengurusan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) ...
20/10/2026

π’π„π’πˆ π“πŽπ–π 𝐇𝐀𝐋𝐋 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆππƒπ€π‘

ALOR SETAR, 20 Okt - Alhamdulillah, Pengurusan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) terus mendekati para pelajar dengan mengadakan sesi 'town hall' bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi kebajikan dan keperluan pelajar.

Sesi ini telah dikendalikan sendiri oleh Encik Mohd Zaki bin Mokhtar selaku Ketua Pegawai Operasi dan dibantu oleh Ustaz Abdul Malik bin Che Haat selaku Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan), Ustaz Mohd Zakuan bin Abdul Manaf selaku Timbalan Pengarah (HEA&HEP), Ustazah Siti Shukriah binti Md Isa selaku Ketua Unit HEP, dua orang warden dan Penolong Pegawai IQDAR.

Sebelum diadakan sesi 'town hall' ini, para pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan melalui aplikasi google form yang disediakan dan hasilnya dibentangkan pada sesi tersebut. Beberapa permasalahan terutamanya melibatkan keperluan pelajar dibincangkan secara dua hala dan pihak Pengurusan akan cuba untuk menyelesaikannya sebaik yang mungkin.

Semoga hubungan baik antara pihak Pengurusan dan pelajar IQDAR akan membuahkan hasil yang terbaik demi merealisasikan motto IQDAR iaitu;
"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"

"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡ πŠπ„ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€πALOR SETAR, 20 Okt - Alhamdulillah, ...
20/10/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡ πŠπ„ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π

ALOR SETAR, 20 Okt - Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah menerima kunjungan dua orang Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) iaitu Ustaz Hasbullah bin Md Mokhtar
selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JHEAIK dan Ustaz Helmi bin Mohamad Yusof selaku Penyelia Kanan KAFA, Bahagian Pendidikan JHEAIK.

Kunjungan yang penuh bermakna ini disambut mesra oleh Encik Mohd Zaki bin Mokhtar selaku Ketua Pegawai Operasi IQDAR.

Tujuan kunjungan oleh kedua-dua orang pegawai JHEAIK pada kali ini adalah untuk menyampaikan ucapan penghargaan di atas kesudiaan pihak IQDAR memberi ruang kepada JHEAIK menggunakan fasiliti IQDAR untuk membuat rakaman sempena Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Kebangsaan pada bulan September yang lalu.

IQDAR sentiasa menghulurkan tangan dengan mana-mana agensi atau organisasi yang berhasrat untuk mengadakan kerjasama program-program dakwah di Negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

YA ALLAH, SEMBUHKAN ANAK IQDAR...Untuk makluman rakan-rakan fb Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), seorang pelajar IQD...
20/10/2026

YA ALLAH, SEMBUHKAN ANAK IQDAR...

Untuk makluman rakan-rakan fb Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), seorang pelajar IQDAR iaitu Mardhiah Hayati (sem 2) kini berada di zon merah Hospital Baling. Menurut warisnya, keadaan beliau sekarang agak lemah.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IQDAR akan menganjurkan bacaan Surah Yaasin secara dalam talian (Google meet) untuk mendoakan kesihatan Mardhiah Hayati. Kepada rakan-rakan yang berkelapangan, anda semua dijemput bersama di dalam majlis tersebut seperti butiran berikut;
Tarikh : 20 Oktober 2026
Masa : 08.30 malam
Link : https://meet.google.com/iry-ppqx-ajz

IQDAR mendoakan agar Mardhiah kembali sihat dan dapat meneruskan pengajian seperti sediakala..amiin..

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‘π€πŠπ€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹: πŠπ”π‘π’π”π’ π€πˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)πŸ“ Dewan Institut Al-Quran Daru...
18/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‘π€πŠπ€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹: πŠπ”π‘π’π”π’ π€πˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Dewan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), Alor Setar

Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah menjadi lokasi penganjuran Program Rakan Digital: Kursus AI Peringkat Daerah Kota Setar 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.

Program yang melibatkan seramai 30 orang peserta dalam kalangan pelajar IQDAR dan belia setempat ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI).

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam program tersebut ialah Puan Nazifah binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, serta Encik Mohd Zaki bin Mokhtar, Ketua Pegawai Operasi Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta.

Pihak IQDAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar atas kepercayaan memilih IQDAR sebagai lokasi penganjuran program ini.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha melahirkan generasi muda yang berilmu, celik teknologi dan berdaya saing seiring dengan perkembangan dunia digital.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA

π‘πŽπ€πƒ π“πŽπ”π‘ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π (πˆππƒπ€π‘)ALOR SETAR, 16 Oktober 2026 - Alhamdulillah, bersempena cuti semester berm...
16/10/2026

π‘πŽπ€πƒ π“πŽπ”π‘ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π (πˆππƒπ€π‘)

ALOR SETAR, 16 Oktober 2026 - Alhamdulillah, bersempena cuti semester bermula 01 hingga 10 Oktober 2026 yang lalu, Pengurusan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) dengan kerjasama para pelajar IQDAR telah menyusun program "road tour" IQDAR bagi memperkenalkan IQDAR kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tujuan diadakan road tour ini adalah bagi mengisi masa lapang pelajar semasa cuti, melatih pelajar untuk mendekati masyarakat selain dapat mengeratkan hubungan dengan guru-guru dan sekolah lama mereka. Di dalam program ini para pelajar memberikan taklimat ringkas, bersoal jawab dengan adik-adik, beramah mesra bersama para guru dan mengedarkan pamplet berkaitan IQDAR.

Di antara sekolah dan masjid yang sempat dijalankan road tour kali ini ialah ;
- Akademi Tahfiz Mutiara, Simpang Ampat Pulau Pinang
- Maahad Tahfiz al-Quran al-Muhammadi Johor,
- Maahad Tahfiz al-Quran Akademik (BAKIP),
- Maahad Al Iman Li Ulumil Quran Kuala Ketil,
- Institusi Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran Abada Baling,
- SMKA Kedah Mergong,
- Sekolah Menengah Agama Daris Sungai Petani,
- Sekolah Menengah Agama Sungai Petani Bedong Kedah,
- Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin (MASDAR) Changloon,
- Sekolah Menengah Islam Tahfiz Sains Teknologi (SMITSAT),
- Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar,
- SMA Saadah al-Diniah al-Islamiah,
- Masjid Ar-Rahman Pekan S*k,
- Masjid Qariah Bandar Perdana Sungai Petani,
- Masjid Saidina Ali MRSM PDRM,
- Masjid at-Taufiq Kg Ayer Merah
- Surau Khalid al-Walid Bandar Puteri Jaya Sungai Petani,

IQDAR mengharapkan dengan usaha promosi yang dijalankan ini ia akan dapat memperkenalkan IQDAR kepada masyarakat dan bidang tahfiz ini akan mendapat tempat di hati para muda-mudi di luar sana.

IQDAR juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi ruang kepada pelajar IQDAR untuk masuk bertemu dengan 'adik-adik' mereka dan pihak masjid yang membenarkan pelajar IQDAR menampal poster di papan kenyataan masjid.

"CALON SPM 2026 DAH BOLEH KENAL-KENAL IQDAR YA"
"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπŽπ“πˆπ•π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π’π„πŒππ„ππ€ ππ„π‘πŒπ”π‹π€π€π π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ•"Bersama Al-Quran, kita bina jiwa, menuju redha dan sy...
15/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπŽπ“πˆπ•π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π’π„πŒππ„ππ€ ππ„π‘πŒπ”π‹π€π€π π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ•

"Bersama Al-Quran, kita bina jiwa, menuju redha dan syafaat-Nya."

Alhamdulillah Pihak IQDAR dengan kerjasama HEP IQDAR telah berjaya mengadakan program motivasi kepada pelajar bagi pembukaan semester sesi 2,4 dan 6.

πŸ‘€ Penceramah Jemputan: Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
πŸ“Œ Tajuk: Al-Quran didada: Amanah dan Syafaat
πŸ—“οΈ Tarikh: 15 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 11:30 Pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Syatibi, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR)

Turut hadir dalam majlis Tuan Ketua Pegawai operasi IQDAR, Timbalan Pengarah (HEA/HEP) IQDAR, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) IQDAR, Ketua-ketua unit serta para penyarah.

Anjuran: Hal Ehwal Pelajar IQDAR

Mari bersama-sama kita menimba ilmu dan menyuntik semangat baharu bagi memulakan semester ini dengan berteraskan petunjuk Al-Quran.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESINAL
KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπŽπ“πˆπ•π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆππƒπ€π‘ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πƒπˆ 𝐃𝐀𝐃𝐀: π€πŒπ€ππ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€π…π€π€π“Ψ¨ΩΨ³Ω’Ω…Ω Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ°Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ωβœ¨ Sempena permu...
14/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπŽπ“πˆπ•π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆππƒπ€π‘
𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πƒπˆ 𝐃𝐀𝐃𝐀: π€πŒπ€ππ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€π…π€π€π“

بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ°Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω

✨ Sempena permulaan semester sesi akademik 2026/2027, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) melalui Unit Hal Ehwal Pelajar akan menganjurkan Program Motivasi Pelajar sebagai suntikan semangat dan pengukuhan jiwa buat seluruh warga pelajar IQDAR.

Program ini akan menampilkan tokoh ilmuwan Islam yang disegani:

πŸŽ™οΈ DATO’ SERI DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

πŸ“… Tarikh: 15 Oktober 2026 (Khamis)
πŸ•¦ Masa: 11.30 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Syatibi, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR)

Program ini diharapkan dapat menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran, menyedarkan para pelajar tentang besarnya amanah sebagai penghafaz kalamullah serta membina jati diri huffaz yang berilmu, berakhlak dan beristiqamah.

β€œBersama Al-Quran, kita bina jiwa, menuju redha dan syafaat-Nya.”

Semoga program ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh pelajar untuk memulakan semester baharu dengan azam yang tinggi dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan sepanjang kehidupan.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL

KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŒπ€π‘π€ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ πŠπ„ πˆππƒπ€π‘ALOR SETAR, 13 Oktober 2026 - Alhamdulillah, dengan berkat Al-Quran, IQDAR te...
13/10/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŒπ€π‘π€ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ πŠπ„ πˆππƒπ€π‘

ALOR SETAR, 13 Oktober 2026 - Alhamdulillah, dengan berkat Al-Quran, IQDAR terus mendapat perhatian daripada agensi yang berada di Negeri Kedah untuk menjalankan kerjasama berkaitan Al-Quran. Pada hari ini, IQDAR berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada MARA Negeri Kedah yang diketuai oleh Encik Mohd Zuraimy bin Ahmad, Pegawai MARA Daerah Padang Terap dan Encik Syamsul Anuar bin Roslili, Penolong Pengarah (Ketua Unit Kawalan Kredit) MARA Negeri Kedah.

Kunjungan pada hari ini telah disambut mesra oleh Encik Mohd Zaki bin Mokhtar selaku Ketua Pegawai Operasi IQDAR bersama dua orang Timbalan Pengarah IQDAR dan Ketua Unit Hal Ehwal Akademik.

Kunjungan pada petang ini adalah bertujuan bagi membincangkan kerjasama program berkaitan Al-Quran kepada warga MARA Negeri Kedah.

Semoga kerjasama ini menjadi titik tolak kepada jalinan yang lebih luas antara IQDAR dan MARA Negeri Kedah yang berkaitan dengan hala tuju pelajar lepasan IQDAR khususnya dan ummah amnya.

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

ππ„π‘π“π„πŒπ”π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πˆππƒπ€π‘ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐁𝐀ALOR SETAR, 13 Oktober 2026 - Alhamdulillah, hari ini IQDAR telah ...
13/10/2026

ππ„π‘π“π„πŒπ”π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πˆππƒπ€π‘ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐁𝐀

ALOR SETAR, 13 Oktober 2026 - Alhamdulillah, hari ini IQDAR telah menerima kunjungan daripada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PUSBA), Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

PUSBA telah dihadiri oleh Syeikh Fakhrurrazi bin Yub, BCK, selaku Pengetua PUSBA bersama Ustaz Mohamad Zikri bin Zulkifli selaku Pembantu Hal Ehwal Islam telah disambut oleh Encik Mohd Zaki bin Mokhtar selaku Ketua Pegawai Operasi IQDAR, Ustaz Abdul Malik bin Che Haat selaku Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) dan Encik Lokman Hakim bin Abu Hassan selaku Pembantu Tadbir.

Pertemuan pada hari ini lebih kepada membincangkan penyelarasan pengurusan kelas hujung minggu yang mengunakan premis IQDAR dan kerjasama strategik lain yang mungkin boleh dibuat pada masa akan datang..

Semoga kerjasama di antara IQDAR dan PUSBA ini akan terus diperkukuh demi manfaat pendidikan Islam dan dakwah di negeri Kedah Darul Aman.

Terima kasih PUSBA!

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ€π‹πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ 𝟐, πŸ’ 𝐃𝐀𝐍 πŸ” π’π„π’πˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ“… Tarikh: 11 Oktober 2026 (Ahad)πŸ“ Tempat: Dewan...
12/10/2026

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ€π‹πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ 𝟐, πŸ’ 𝐃𝐀𝐍 πŸ” π’π„π’πˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… Tarikh: 11 Oktober 2026 (Ahad)
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Jazari, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR)

Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah mengadakan Perhimpunan Pelajar Kali Pertama bagi Semester 2, 4 dan 6 bertempat di Dewan Al-Jazari, IQDAR.

Perhimpunan ini menjadi platform penting bagi menyampaikan maklumat, amanat serta panduan kepada para pelajar dalam menghadapi semester pengajian yang baharu.

Majlis dimulakan dengan sesi ucapan dan taklimat daripada semua Ketua Unit IQDAR yang menyentuh pelbagai aspek berkaitan pengurusan akademik, hal ehwal pelajar, disiplin serta kebajikan dan pembangunan sahsiah pelajar.

Majlis diteruskan dengan ucapan penutup oleh Ustaz Mohd Zakuan bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) IQDAR, yang turut menyampaikan amanat serta dorongan kepada para pelajar agar sentiasa memberikan komitmen terbaik sepanjang tempoh pengajian. Turut hadir dalam majlis ini Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) IQDAR, Ustaz Abdul Malik bin Che Haat dan para pensyarah IQDAR.

✨ SEMESTER BAHARU, AZAM BAHARU, SEMANGAT BAHARU!

Semoga perhimpunan ini menjadi titik permulaan yang baik dalam membentuk pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, cemerlang dalam akademik serta istiqamah dalam menjaga hafazan Al-Quran.

Seluruh warga IQDAR mendoakan agar semua pelajar Semester 2, 4 dan 6 terus melakar kejayaan serta menjadi generasi huffaz yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak terpuji.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA

Address

Jalan Sultanah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047327017

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share