Institut Pembelajaran Al-Quran Dan Akhlak - ILHAM

Institut Pembelajaran Al-Quran Dan Akhlak - ILHAM ILHAM merupakan pusat pembelajaran Al-Quran yang di bangunkan pada tahun 1995. ILHAM menekankan kepada penguasaan Al-Quran dan pembentukan akhlak.

Selain itu, pelajar akan mengikuti peperiksaan UPKK sebagai salah satu penilaian dalam pendidikan KAFA.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ILHAM telah berlangsung d...
20/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ILHAM telah berlangsung dengan lancar.

Pihak ILHAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga serta pelajar yang hadir memeriahkan majlis ini.

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua yang turut memberi sumbangan makanan. Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan rezeki yang melimpah dan keberkatan.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua dalam menjayakan majlis ini.

Gambar sekitar majlis sambutan hari raya yang sempat dirakam.

06/04/2026

Assalamualaikum.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Daripada seluruh warga Pusat Pembelajaran Al-Quran dan Akhlak (ILHAM), kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ibu bapa, pelajar serta masyarakat yang sentiasa menyokong kami.

✨ Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam mendidik anak-anak menjadi generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

💚 Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara kita semua.

10/03/2026

Alhamdulillah dengan izin Allah,
telah berlangsung Program Sambutan Nuzul Al-Quran di ILHAM.

Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir memeriahkan program ini.

Pemberian shawarma dan air kepada semua pelajar untuk juadah berbuka.

Semoga anak-anak terus mencintai Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.

06/03/2026

Alhamdulillah.

Tahniah diucapkan kepada semua calon UPKK yang berjaya meraih keputusan cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menuntut ilmu dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Sesungguhnya setiap usaha dalam menuntut ilmu adalah satu kejayaan. Tidak kira apa pun keputusan yang diperoleh, semua calon telah berjaya melalui satu proses pembelajaran yang sangat bermakna. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan menimba ilmu pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi dan semoga terus berjaya. 🌟📚

ILHAM telah mencatat keputusan cemerlang menduduki tempat ke-8 terbaik dalam Daerah Kota Setar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga kepada barisan guru-guru atas dedikasi dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Send a message to learn more

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan khat, mewarna dan silang kata sempena Program Ihya’ Ramadan.Syabas a...
23/02/2026

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan khat, mewarna dan silang kata sempena Program Ihya’ Ramadan.

Syabas atas usaha, kreativiti dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencintai ilmu dan mengisi Ramadan dengan perkara bermanfaat.

23/02/2026

Program Ihya’ Ramadan bersama para pelajar dilaksanakan bagi menyambut kehadiran bulan mulia ini.

Pelbagai aktiviti seperti seni khat Ramadan dan pengisian bermanfaat diadakan untuk memupuk kecintaan terhadap Islam, membentuk sahsiah serta menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan pelajar.

Semoga segala usaha kecil ini menjadi amal dan memberi makna dalam mendidik hati serta jiwa anak-anak.

Alhamdulillah, rombongan anak-anak ke Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam telah berjalan lancar. Lawatan ini bukan sahaja...
23/12/2025

Alhamdulillah, rombongan anak-anak ke Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam telah berjalan lancar. Lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu, malah mengeratkan ukhuwah serta menambah perpengetahuan anak-anak melalui pembelajaran luar bilik darjah. Semoga kenangan ini menjadi memori indah dan bermanfaat buat semua.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengacara majlis iaitu adik Iman Hakeem atas pengendalian majlis yang begitu tersusu...
23/12/2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengacara majlis iaitu adik Iman Hakeem atas pengendalian majlis yang begitu tersusun, lancar dan penuh beradab. Semoga terus cemerlang pada masa akan datang.

Sekitar Majlis Khatam al quran dan hari anugerahSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang...
17/12/2025

Sekitar Majlis Khatam al quran dan hari anugerah
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir ke majlis ini. Kehadiran Tuan/Puan sangat kami hargai.

SAMBUTAN MAJLI HARI RAYA AIDILFITRI 2024Pihak Institut Pembelajaran Al-Quran Dan Akhlak - ILHAM  mengucapkan jutaan teri...
03/05/2024

SAMBUTAN MAJLI HARI RAYA AIDILFITRI 2024
Pihak Institut Pembelajaran Al-Quran Dan Akhlak - ILHAM mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua kerana bersama-sama hadir memeriahkan majlis

22/03/2024

program kongsi rezki pada 10 ramaadan yg di uruskn oleh peljar tahun 6....
Selmat memasuki fasa ke2 ramaadan,smoga kita mendpt keampunan drp allah ...amin

Address

NO 10, LORONG SEPAKAT , BATU 2 1/4 , Jalan DATUK KUMBAR, ALOR SETAR DARUL AMAN
Alor Setar
05300

Opening Hours

Monday 14:30 - 17:45
Tuesday 14:30 - 17:45
Wednesday 14:30 - 17:45
Thursday 14:30 - 17:45
Sunday 14:45 - 17:45

Telephone

+60134485747

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pembelajaran Al-Quran Dan Akhlak - ILHAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share