16/09/2026
EXCEED x NEWTON 2026 | SURABAYA, JAWA TIMUR, INDONESIA
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 5 orang pelajar Universiti Malaysia Perlis yang menyertai program EXCEED x NEWTON 2026, sebuah program kolaborasi antarabangsa yang berlangsung pada 14–17 September 2026 di Surabaya, Jawa Timur, anjuran Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia. Program berlangsung di dua lokasi iaitu Surabaya dan Malang, Indonesia.
Program ini mengetengahkan pengalaman pembelajaran dan kolaborasi antarabangsa melalui seminar pendidikan, lawatan makmal penyelidikan, bengkel kelestarian, pengurusan sisa, kraftangan batik serta pengalaman warisan dan budaya Indonesia, selari dengan usaha menyokong Sustainable Development Goals (SDGs).
Seramai 5 orang pelajar UniMAP menyertai program ini, termasuk 2 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik Unimap , iaitu:
🔹 Thannushyia A/P Devakumaran – Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik)
🔹 Muhd Al-Faries Hafizi Bin Muhamad Alfitri – Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Rekabentuk Rangkaian Elektronik)
Semoga penyertaan ini memberikan pengalaman bermakna serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai mahasiswa UniMAP untuk meneroka peluang mobiliti antarabangsa dan kolaborasi global.
Centre for International Engagement Universiti Malaysia Perlis