Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis

Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis BHEA UiTM Perlis merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam pengurusan berkaitan hal ehwal akademik di UiTM Cawangan Perlis.

Menguruskan Hal Ehwal kemasukan dan rekod pelajar, hal berkaitan pengurusan peperiksaan dan memastikan kualiti akademik.

Pemakluman tarikh Ujian MUET bagi Ujian Lisan sesi 2 tahun 2026 kepada calon yang telah membuat pendaftaran.
05/06/2026

Pemakluman tarikh Ujian MUET bagi Ujian Lisan sesi 2 tahun 2026 kepada calon yang telah membuat pendaftaran.

πŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M πŸŒ™Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan da...
26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M πŸŒ™

Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita bersama menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

✨ Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin ✨

Selamat Bercuti Pertengahan Semester kepada Mahasiswa UiTM Cawangan Perlis.Manfaatkan cuti dengan aktiviti yang berfaeda...
23/05/2026

Selamat Bercuti Pertengahan Semester kepada Mahasiswa UiTM Cawangan Perlis.

Manfaatkan cuti dengan aktiviti yang berfaedah bersama keluarga serta sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan dijaga sepanjang masa.

TAKLIMAT PENDAFTARAN & SEMAKAN STATUS PENGAJARAN KOLABORATIF MELALUI SISTEM CTMSPada 22 Mei 2026 (Jumaat), Bahagian Hal ...
22/05/2026

TAKLIMAT PENDAFTARAN & SEMAKAN STATUS PENGAJARAN KOLABORATIF MELALUI SISTEM CTMS

Pada 22 Mei 2026 (Jumaat), Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Perlis telah mengadakan Sesi Taklimat Pendaftaran & Semakan Status Pengajaran Kolaboratif melalui Collaborative Teaching Management System (CTMS) secara dalam talian. Sesi yang disampaikan oleh Dr Norshamshina Mat Isa, Penyelaras Innovative Delivery and Learning (IDL), UiTM Cawangan Perlis ini telah dihadiri seramai 40 orang pensyarah daripada pelbagai pusat pengajian.

Taklimat ini bertujuan memberikan panduan berkaitan tatacara pendaftaran Collaborative Teaching (CGCT), peranan RP/LIC serta semakan status pendaftaran melalui sistem CTMS. Selain itu, sesi ini turut membantu para pensyarah memahami isu, ralat serta status semasa pendaftaran projek pengajaran kolaboratif masing-masing. Agenda sesi diteruskan dengan Klinik Semakan Status yang berlangsung sehingga hampir jam 5.00 petang bagi membantu pensyarah yang memerlukan khidmat semakan dan bantuan teknikal berkaitan isu pendaftaran dalam sistem CTMS.

Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua pensyarah yang hadir dalam memastikan proses pendaftaran dan pelaporan Pengajaran Kolaboratif semester ini dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sistematik.


Daulat Tuanku
20/05/2026

Daulat Tuanku

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIHSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Prof. ...
05/05/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Mohd Kassim atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang memegang amanah sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis.

Kepimpinan dan dedikasi yang ditunjukkan telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan institusi serta pembangunan akademik yang berterusan. Semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan diberkati dan terus menjadi inspirasi.

Selamat maju jaya dalam setiap langkah yang seterusnya.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Azrul Abdullah atas...
05/05/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Azrul Abdullah atas pelantikan sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi memacu kecemerlangan akademik universiti.

Semoga terus berjaya dalam menerajui kepimpinan dan membawa institusi ke tahap yang lebih gemilang.

πŸ“’ Makluman PentingTarikh akhir pembayaran yuran adalah pada 16 Mei 2026 (Sabtu).Sila pastikan bayaran diselesaikan sebel...
04/05/2026

πŸ“’ Makluman Penting

Tarikh akhir pembayaran yuran adalah pada 16 Mei 2026 (Sabtu).
Sila pastikan bayaran diselesaikan sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan memastikan kelancaran pengurusan akademik.

Selamat Hari Pekerja 🌟Setiap usaha dan keringat yang dicurahkan adalah ibadah apabila dilakukan dengan ikhlas dan amanah...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 🌟
Setiap usaha dan keringat yang dicurahkan adalah ibadah apabila dilakukan dengan ikhlas dan amanah.

Semoga kita semua terus bekerja dengan penuh integriti, dedikasi dan keikhlasan.
Kerja bukan sekadar tanggungjawab, tetapi jalan menuju keberkatan.

Selamat Hari Pekerja!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) atas kejayaan memperoleh Dana Mobiliti P...
30/04/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) atas kejayaan memperoleh Dana Mobiliti Pelajar.

Untuk makluman, seramai 15 orang pelajar FPA akan membuat pembentangan di persidangan 12th Southeast Asian Agricultural and Food Engineering Student Chapter Annual Regional Convention (ARC) 2026 bertempat di Universitas Brawijaya, Indonesia pada 13 - 21 September 2026.

Semoga peluang berharga ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar FPA dalam mengharumkan nama universiti serta memperkukuhkan lagi imej UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang aktif dalam memperkasa mobiliti dan kecemerlangan pelajar di persada global.

Address

Universiti Teknologi MARA Cawangan
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049882000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis:

Share