Pusat Sukan & Rekreasi Universiti Malaysia Perlis

Call Directions Website Contact the university

Pusat Sukan & Rekreasi Universiti Malaysia Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sukan & Rekreasi Universiti Malaysia Perlis, Community College, Kompleks Sukan Areeb Putra, Kampus Tetap Pauh, Arau.

11 September 2026 | JumaatSuasana Kompleks Sukan UniMAP, Kampus Alam, Pauh Putra menjadi lebih meriah dengan adanya peng...
12/09/2026

11 September 2026 | Jumaat

Suasana Kompleks Sukan UniMAP, Kampus Alam, Pauh Putra menjadi lebih meriah dengan adanya penganjuran UniMAP x ATM Woodball Friendly yang berlangsung bersempena Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44.

Acara ini turut mendapat perhatian apabila Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.

Turut hadir memeriahkan perlawanan ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Haji Malek Razak Sulaiman, Naib Canselor UniMAP, Leftenan Kolonel Datoโ€™ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, serta warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penganjuran ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan sukan woodball dengan lebih meluas, di samping mengetengahkan pencapaian UniMAP dan negeri Perlis yang telah melahirkan atlet serta jaguh woodball di peringkat antarabangsa.

Melalui penganjuran ini juga dapat memperkukuhkan hubungan strategik antara UniMAP dan ATM, selain menyemarakkan lagi perkembangan sukan woodball dalam kalangan warga universiti dan komuniti setempat.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA ATLET-ATLET UniMAP DI SUKIPT 2026! Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen ...
07/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA ATLET-ATLET UniMAP DI SUKIPT 2026!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah berjuang dan mengharumkan nama universiti di Temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT 2026) di Universiti Malaya (28 Ogos โ€“ 6 September 2026)

Berikut adalah senarai keputusan pencapaian atlet-atlet kita:
๐Ÿฅ‡ PINGAT EMAS
* Single Petanque Wanita: Alissya Sofea binti Azli (FKTE)
๐Ÿฅ‰ PINGAT GANGSA
* E-Sports (PUBG Mobile): Amirul Aiman bin Mazalan (FKTEN), Ku Amri bin Ku Azmi (FPK), Muhammad Amirul Shafiq bin Azizi (FKTEN), Muhammad Amzar Safwan bin Najhan (FPK) & Chaiyanon A/L Tang (FPK)
* Silat Tanding Putra H (80-85 kg): Muhammad Harith Irfan bin Muhamad Nuh (FKTEN)
๐Ÿ… TEMPAT KE-4
* Lawn Ball Women Pairs: Sharifah Nur Danisha binti Syed Zamry (FKTK) & Nur Syaza Irdina binti Rohaimi (FKTEN)
* Lawn Ball Men Pairs: Iman Hosseini Shariati bin Abdul Halim (FPK) & Muhammad Ammar bin Roslan (FKTE)
* Lawn Ball Women Fours: Nur Jihan binti Mohd Fisal (FKTM), Nuradila Sabrina binti Othman (FPK), Wan Amalin Aqilah binti Wan Mohammad Zailani (FKTA) & Nur Syaza Irdina binti Rohaimi (FKTEN)

Terima kasih atas semangat juang yang tinggi dan komitmen yang ditunjukkan! Seluruh warga UniMAP amat berbangga dengan kejayaan anda semua.

SKUAD PETANQUE UniMAP TERUSKAN KECEMERLANGAN! Gabungan Staf dan Pelajar UniMAP yang mewakili Perlis cemerlang di KEJOHAN...
06/09/2026

SKUAD PETANQUE UniMAP TERUSKAN KECEMERLANGAN!

Gabungan Staf dan Pelajar UniMAP yang mewakili Perlis cemerlang di KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 melalui Kategori Dewasa (Wanita) apabila tampil menjadi Johan kategori tersebut.

Kejohanan ini telah berlangsung pada 04 hingga 06 September 2026 bertempat di Arena Petanque Hang J***t, Tanjung Kling, Melaka.

Pasangan yang mencipta kejayaan ini ialah Nur Balqis binti Bajuri, pelajar dari Fakulti Komputeran Cerdas (FKC) dan Puan Noor Mas Ayu binti Zahir Mozni, staf dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UniMAP.

Kecemerlangan ini meneruskan momentum hebat skuad petanque UniMAP yang sebelum ini turut mencatat kejayaan membanggakan di pentas sukan IPT apabila berjaya menyumbang 2 pingat emas di SUKUM 2026 dan seterusnya 1 pingat emas di SUKIPT 2026.

Daripada SUKUM, ke SUKIPT, dan kini pentas kebangsaan โ€” skuad petanque UniMAP terus membuktikan konsistensi, semangat juang dan kualiti atlet serta staf yang mewakili Universiti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Nur Balqis binti Bajuri dan Puan Noor Mas Ayu binti Zahir Mozni atas kejayaan yang cukup membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan buat UniMAP dan Negeri Perlis.

TAHNIAH JUARA!
TERUSKAN MOMENTUM, SKUAD PETANQUE UniMAP!

UNITY PULSE RUN 2026 โ€” SATUKAN LANGKAH, ERATKAN UKHUWAHnAlhamdulillah, Unity Pulse Run 2026 telah berlangsung dengan pen...
05/09/2026

UNITY PULSE RUN 2026 โ€” SATUKAN LANGKAH, ERATKAN UKHUWAHn

Alhamdulillah, Unity Pulse Run 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 4 September 2026 (Jumaat) bertempat di Kampus UniMAP, melibatkan seramai 400 peserta yang bersama-sama menyahut cabaran larian sejauh 5KM bertemakan Pakaian Traditional.

Program dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar intern Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP, sebagai persediaan sebelum peserta memulakan larian.

Tidak hanya tertumpu kepada aktiviti larian, program ini turut dimeriahkan dengan pertandingan Pakaian Traditional Terbaik serta cabutan bertuah yang menceriakan suasana dan menambahkan lagi keterujaan para peserta.

Turut hadir memeriahkan Unity Pulse Run 2026 ialah YBhg. En. Zulkifli Hashim, Ketua Pengarah JPNIN, YBrs. Pn. Azlina Abdul Aziz, Presiden Pertubuhan Nadi Sihat, serta Pengarah Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP, Prof. Madya Dr. Luqman bin Musa yang turut bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, urus setia, pelajar intern, JHEP UniMAP, Jabatabn Keselamatan, Jabatan Pembangunan UniMAP serta semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan Unity Pulse Run 2026.

Bukan sekadar berlari, tetapi bersama melangkah, membina kesihatan dan mengeratkan perpaduan.

SUKIPT 2026TAHNIAH PASUKAN PETANQUE UniMAP! Syabas dan tahniah diucapkan kepada Alissya Sofea Azli atas kejayaan meraih ...
31/08/2026

SUKIPT 2026

TAHNIAH PASUKAN PETANQUE UniMAP!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Alissya Sofea Azli atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam acara Single Wanita di SUKIPT 2026!

Satu lagi kejayaan manis buat Kontinjen UniMAP! Kejayaan ini pastinya menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga atlet pelajar yang sedang berjuang dalam acara masing-masing.

Buat semua pasukan pelajar UniMAP yang masih bertanding, teruskan perjuangan!
Menang atau kalah, setiap usaha, keringat dan semangat yang dicurahkan demi mengharumkan nama UniMAP amat kami banggakan. Jangan mengalah, terus fokus dan berikan yang terbaik sehingga wisel penamat!

Satu Kontinjen, Satu Semangat, Satu UniMAP!

AYUH UNIMAP! TERUSKAN MENGGEGAR SUKIPT 2026!

TERIMA KASIH UniMAP! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›Tahniah dan syabas buat seluruh kontinjen Universiti Malaysia Perlis atas semangat juang dan komi...
27/08/2026

TERIMA KASIH UniMAP! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Tahniah dan syabas buat seluruh kontinjen Universiti Malaysia Perlis atas semangat juang dan komitmen yang luar biasa di SUKUM 2026 @ UniSZA!

Setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan meraih insentif sukan berjumlah RM23,600.00.

Teruskan membina kecemerlangan, menjulang nama UniMAP dan membuktikan bahawa semangat, usaha & kebersamaan mampu membawa kejayaan!

UniMAP Hebat!
UniMAP Mantap!
Terima kasih dan tahniah kepada semua!

SESI PEMANTAPAN MENTAL & MOTIVASI ATLET KONTINJEN UniMAP KE SUKIPT 2026 Menjelang pergerakan Kontinjen Atlet Pelajar Uni...
27/08/2026

SESI PEMANTAPAN MENTAL & MOTIVASI ATLET KONTINJEN UniMAP KE SUKIPT 2026

Menjelang pergerakan Kontinjen Atlet Pelajar UniMAP ke SUKIPT 2026, satu Sesi Pemantapan Mental dan Motivasi Atlet telah diadakan pada Khamis, 27 Ogos 2026 bersama Pusat Kaunseling UniMAP.

Sesi ini bertujuan mempersiapkan para atlet dari aspek mental, emosi, keyakinan diri dan motivasi, agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran serta memberikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan.

Kali ini, UniMAP menghantar kontinjen yang melibatkan 114 orang atlet pelajar, bersama pasukan Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP, bagi menyertai pelbagai acara sukan iaitu:

โšฝ Bola Sepak
๐ŸŽฏ Petanque
๐Ÿฅ‹ Taekwondo
๐ŸŽณ Tenpin Boling
๐ŸŽฎ Esport
๐Ÿฅ‹ Karate
๐ŸŽพ Tenis
โ›ณ Golf
๐ŸŽณ Boling Padang
๐Ÿฅ‹ Silat
๐Ÿƒ Olahraga
๐Ÿน Memanah

Setiap atlet membawa satu misi dan harapan untuk mengharumkan nama UniMAP di pentas SUKIPT 2026 di Universiti Malaya.

Semoga segala persiapan yang telah dilalui menjadi bekalan terbaik buat seluruh kontinjen. Kekalkan fokus, percaya pada kemampuan diri dan berjuang dengan penuh semangat serta disiplin.

UniMAP, kita pergi bukan sekadar untuk bertanding โ€” kita pergi untuk mencipta sejarah!

Selamat berjuang Kontinjen UniMAP ke SUKIPT 2026!
๐Ÿ† WE ARE UniMAP! ๐Ÿ’ช

17/08/2026

โšฝ๐Ÿ† ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—ข๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž ๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐Ÿฏ ๐—Ÿ๐—•๐—ฆ๐—œ๐—ฃ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ†โšฝ

Tahniah diucapkan kepada ๐—”๐—ธ๐—ถ๐—ฑ ๐—ญ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ ๐—•๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ'๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—น (๐Ÿฌ๐Ÿณ) dari UniMAP yang dinobatkan sebagai Penjaring Gol Terbanyak Divisyen 3 Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) 2026! dengan 7 Jaringan Gol๐Ÿ‘๐Ÿฅ…

Dengan jaringan-jaringan penting sepanjang kejohanan, beliau membuktikan ketajaman penyudah serta konsistensi yang luar biasa di atas padang. ๐Ÿ’ชโšฝ

Tahniah atas pencapaian hebat!

Tahniah UniMAPFC
17/08/2026

Tahniah UniMAPFC

TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK PELAJAR UniMAPFC โšฝ๐Ÿ”ฅ16 Ogos 2026UniMAP FC berjaya menutup saingan Liga Bola Sepak IPT dengan ke...
16/08/2026

TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK PELAJAR UniMAPFC โšฝ๐Ÿ”ฅ

16 Ogos 2026

UniMAP FC berjaya menutup saingan Liga Bola Sepak IPT dengan kemenangan 3โ€“1 ke atas UiTM Melaka dalam aksi perebutan tempat ke-3 dan ke-4.

Kemenangan ini membolehkan UniMAPFC menamatkan saingan di tempat ketiga dan yang lebih membanggakan, kejayaan ini turut menjadi tiket UniMAP ke SUKIPT 2026 yang bakal berlangsung pada 30 Ogos hingga 5 September 2026!

Turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan ialah TNC HEPA, Prof. Dr. Mohd Mustafa Albakri. Kehadiran dan sokongan pihak pengurusan pastinya menjadi pembakar semangat buat seluruh pasukan.

Tahniah buat semua pemain, jurulatih, pengurus, pegawai dan seluruh warga UniMAP yang sentiasa memberikan sokongan. ๐Ÿ’™

Liga IPT selesai dengan senyuman.
Kini, kita fokus p**a ke SUKIPT 2026! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

UniMAP

Address

Kompleks Sukan Areeb Putra, Kampus Tetap Pauh
Arau
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan & Rekreasi Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Sukan & Rekreasi Universiti Malaysia Perlis:

Shortcuts

Share