27/11/2024
Seruan kepada semua alumni DLR/ITM/UiTM! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Perhimpunan Alumni yang pertama kali dianjurkan sempena Hari Alumni UiTM tahun 2024.
Perhimpunan ini bukan sekadar peluang untuk bertemu rakan-rakan lama, tetapi juga untuk memperluas rangkaian profesional dan memperkukuhkan ukhwah dikalangan alumni DLR/ITM/UiTM.
Perhimpunan ini juga bakal menyaksikan peluncuran dua buah buku buat pertama kalinya iaitu Wajah Alumni Citra Bitara yang menyenaraikan 25 alumni terpilih dari setiap fakulti dan cawangan UiTM seluruh Malaysia serta Cherita Alumni DLR: Sharing Legacies yang memaparkan perkongsian kisah-kisah bekas pelajar sepanjang Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956 sehingga 1964.
Sekiranya anda berminat untuk turut serta, sila layari pautan berikut untuk dapatkan maklumat lanjut:
https://alumni.uitm.edu.my/perhimpunan-alumni
Jangan lupa hebahkan kepada semua rakan-rakan anda yang juga alumni DLR/ITM/UiTM. Jom daftar dan kembali ke UiTM!!
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا