02/10/2026
Taklimat Keluar Latihan Industri bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda (SR241,SR243 dan SR245) SR Alderman seramai 148 orang dan pelajar-pelajar Diploma (SR111,SR113) SR Vastus seramai 66 orang telah diadakan di LT6 dan LT7, UiTM Cawangan Perlis.
Taklimat dimulakan dengan amanat daripada Dr. Mohd Faridz Bin Ahmad selaku Ketua Pusat Pengajian dan Dr. Ellail Ain Bin Mohd Aznan selaku Koordinator Pra Siswazah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UiTM Cawangan Perlis.
Taklimat ini bertujuan memberikan pencerahan tentang latihan industri dan persediaan awal kepada para pelajar sebelum menjalani latihan industri selama 12 minggu. Dalam taklimat tersebut, para pelajar diingatkan agar memainkan peranan sebagai duta kecil Fakulti Sains dan Rekreasi (FSR) UiTM Cawangan Perlis dengan mengekalkan disiplin yang tinggi, menghormati masa, mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak industri, serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah diperoleh sepanjang tempoh pengajian di universiti.
Penekanan terhadap nilai-nilai ini diharap dapat membentuk pelajar yang berintegriti dan profesional dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Selamat Maju Jaya kepada Semua Pelajar!