Persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) UiTM Perlis

Persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) UiTM Perlis IG: PERSATUAN IMAM UiTM Perlis Ori
FB: www.facebook.com/groups/imamuitmperlis/
Twitter :twitter.com/IMAM_UiTMPerlis
WP: ikatanmahasiswamadani.wordpress.com

Ikatan Mahasiswa Madani atau IMAM merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar di bawah Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) dan juga Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Arau, Perlis. IMAM memulakan langkah kegemilangan pada tanggal 29 Ogos 2000. IMAM, Unite for Islam. =)

21/11/2024

INTERNATIONAL SAMA' HADITH SAHIH AL-BUKHARI 2024📅 Date: 10 - 21 November 2024📍 Location: Masjid Putra, Putrajaya This is a unique opportunity to gain insight...

31/03/2023

Jangan merungut bila kamu tengok rumah tak sekemas mana.
Jangan bising bila lihat pakaian kamu dan anak-anak tak sempat di basuh.

Kalau berbasuh pun, berlonggok seperti gunung.
Tak dilipat, diseterika setiap hari.

Belum masuk lagi bab di dapur.
Dapur pun tak berasap sepanjang masa.

Kerana dia bekerja.
Dia keluar pagi dan balik petang.

Zaman sekarang ni, amat susah isteri nak duduk tenang kalau tak bantu suami bekerja.

Maka, ramai yang minta izin untuk bekerja juga.

Ada yang bekerja pagi, balik petang.
Ada yang bekerja petang, pulangnya malam.

Itulah realiti isteri yang bekerja.

Maka, bersederhanalah tuntutan kita sebagai suami terhadapnya.
Dia keluar mencari rezeki untuk meringankan beban kamu sebagai ketua keluarga.

Dia sedang membantu memperbaiki ekonomi keluarga dan meringankan komitmen keluarga.

Dia tak mahu kamu pening kepala. Sakit dada memikir macamana nak berjuang tiap hari.

Maka, usahlah membandingkan dirinya dengan apa yang dibuat oleh kebanyakkan isteri di luar sana. Yang mungkin masih sempat melayani suami seperti raja dan boleh hidangkan juadah enak tiap masa.

Fahami dan rasailah kepayahannya sendiri.

Dia tahu untuk rasa letih, dia juga tahu untuk rasa penat.
Dia hanya wanita biasa yang pastinya kudratnya tidak sama seperti kamu, orang lelaki.

Maka, daripada merungut dan bising dengan keadaan rumah, penat macamana pun kita, bantu membantulah ringankan beban.

Rumahtangga dibina bukan urusan isteri sahaja.
Tetapi urusan suami dan isteri.

Sama-samalah mengerti dan bertoleransi akan hal ini. Bersabar dan bersyukurlah punyai isteri yang berkerja dan sedang berjuang habis-habisan untuk keberlangsungan keluarga.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Dilema isteri bekerja ini perlu kita santuni sebaiknya.

18/01/2023

Kita sering tidak menyedari bahawa yang menghalang kita daripada berjaya, bukanlah orang lain, tetapi mulut kita sendiri. Mengapa orang lain lebih berjaya! fikir di mana silapnya. Mulut anda yang celupar.

Gelap bukan lawan terang. Ia adalah ketiadaan cahaya. Begitu juga masalah adalah ketiadaan
idea.

Jangan berasa rendah diri apabila seseorang meragui kebolehan anda. Hanya berbangga dengan diri sendiri. Kerana orang sentiasa meragui "Emas" untuk kesuciannya, bukannya "Besi"

Perkara terbaik tentang masa paling teruk dalam hidup anda ialah anda dapat melihat watak sebenar semua orang.

Melarikan diri dari sebarang masalah hanya meningkatkan jarak dari penyelesaian. Cara termudah untuk melarikan diri daripada masalah ialah menyelesaikannya.

Hargai orang yang baik. Mereka s**ar dicari.

Apabila mereka memanggil anda gila, ingatlah bahawa idea-idea hebat tidak datang dari minda biasa.

Kehidupan mentertawakan anda apabila anda tidak bahagia. Kehidupan tersenyum kepada anda apabila anda gembira. Tetapi kehidupan memberi hormat kepada anda apabila anda membuat orang lain gembira.

Perbalahan tidak baik tetapi perbincangan adalah baik. Kerana hujah adalah untuk mencari
"Siapa yang betul" Dan perbincangan adalah untuk mencari "Apa yang betul?"

Selekoh di jalan raya bukanlah penghujung jalan. Melainkan anda gagal membuat selekoh.

Kehormatan adalah seperti cermin. Lebih banyak anda menunjukkannya kepada orang lain lebih banyak ia akan mencerminkan anda.

Jika anda mempunyai semangat untuk memahami setiap perkara dengan cara yang positif, anda akan menikmati setiap detik kehidupan, samada tekanan atau keseronokan.

Potensi dalam diri anda lebih besar daripada halangan di sekeliling.

Aset paling berharga seseorang bukanlah otak yang sarat dengan ilmu. Tetapi hati yang penuh dengan cinta dan telinga yang terbuka untuk mendengar dan tangan yang bersedia membantu.

Fikiran anda adalah perkara yang berkuasa. Apabila anda mengisinya dengan fikiran positif, hidup anda akan mula berubah.

Terdapat banyak orang yang kita temui dalam hidup ini, Tetapi hanya beberapa sahaja yang akan kekal di fikiran dan hati kita. Orang-orang inilah yang akan selalu kita akan fikirkan. Yang akan sentiasa kekal penting bagi kita sebagai sahabat sejati.

Jangan berhenti melakukan yang terbaik hanya kerana seseorang tidak memberi penghargaan kepada anda.

Jalan yang licin tidak pernah menjadikan pemandu yang baik. Langit cerah tidak pernah menjadi juruterbang yang baik. Hidup bebas masalah tidak pernah menjadikan orang kuat. Jadi jangan tanya kehidupan 'kenapa saya?' katakan 'cuba saya'.

Apabila anda akhirnya menyedari bahawa tiada yang kekal dalam hidup ini, anda akan menjadi lebih bertolak ansur, lebih pemaaf dan kurang menilai.

Kejayaan bukanlah kunci kebahagiaan. Kebahagiaan adalah kunci kejayaan. Jika anda s**a apa yang anda lakukan; anda akan berjaya.

07/01/2023
بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبراكة✨اللهم صل علی محمد✨ Persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) UiTM Pe...
29/10/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبراكة
✨اللهم صل علی محمد✨

Persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) UiTM Perlis dengan berbesar hatinya menjemput seluruh warga UiTM Perlis terutamanya ahli IMAM dan orang awam untuk bersama-sama menyertai bengkel editing seperti berikut:-

BENGKEL JOM MAHIR EDITING: PHOTOSHOP

📅 TARIKH: 30 & 31 Oktober 2021
📩 HARI: SABTU & AHAD
🕣 MASA: 9AM - 1PM (SETIAP SLOT)
📲 PLATFORM: GOOGLE MEET https://meet.google.com/kmd-axcx-qoz

Mahu menjadi seorang yang mahir dalam mengedit? Tetapi bukan seorang yang kreatif?

Mari sertai bengkel ini untuk menyelesaikan masalah anda!

Kehadiran anda amat dihargai dan AJK IMAM diwajibkan hadir🤗

🍃Link pendaftaran disediakan: https://forms.gle/uTMmELwmXQdkbvWm9

_ISLAM MENERAJUI PROFESIONALISME_


[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA]Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan pers...
16/09/2021

[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA]

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya. Terus kibarkan jalur gemilang🇲🇾

🔖Twitter : https://bit.ly/3wwVZq3
🔖Youtube : https://bit.ly/3xD852f
🔖Facebook : https://bit.ly/3k7wQQf
🔖Instagram : https://bit.ly/3hvjmMv

ISLAM MENERAJUI PROFESIONALISME

IKATAN MAHASISWA MADANI (IMAM)




| TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM |Kami daripada barisan kepimpinan Ikatan Mahasiswa Madani...
11/09/2021

| TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM |

Kami daripada barisan kepimpinan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UiTM khususnya UiTM Cawangan Perlis atas keputusan yang diperoleh.

Walaupun dalam keadaan pembelajaran yang baru (ODL) disebabkan pandemik yang sikit sebanyak memberi cabaran dari segi fizikal,mental, & kaedah pembelajaran. Maka kita hendaklah mengucapkan Alhamdulillah & menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala keputusan yang diperolehi.

Terima kasih kepada sahabat yang membantu sepanjang semester yang lalu. Tidak lupa juga, terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah yang berkorban melayan kerenah kami bagi memberi kefahaman kepada pelajar untuk setiap mata pelajaran. Terima kasih juga pada ibubapa & keluarga atas sokongan moral yang diberikan sepanjang tempoh pengajian berlangsung.

Jangan pernah sesekali berputus asa!

Setiap masalah, adanya penyelesaian.

ISLAM MENERAJUI PROFESIONALISME

IKATAN MAHASISWA MADANI (IMAM)




09/09/2021

[PENDAFTARAN KLUSTER IMAM SESI 2021/2022]

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.r.

🌎Pihak Majlis Tertinggi Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) ingin mengajak semua mahasiswa UiTM Perlis yang berminat untuk menggilap atau menyerlahkan bakat dalam sesuatu bidang dengan menjadi ahli kluster IMAM.

🌎Justeru, kami sangat mengalu-alukan pendaftaran ahli kluster baharu pada semester hadapan. Untuk pengetahuan semua mahasiswa, IMAM mempunyai empat kluster yang dikenali sebagai:

1️⃣Kluster Akademik & Kerohanian (KKA)
2️⃣Kluster Informasi & Penerangan (KIP)
3️⃣Kluster Keusahawanan & Perniagaan (KKP)
4️⃣Kluster Perhubungan Luar & Sosial (KPLS).

🌎Jika berminat untuk mendaftar sebagai ahli kluster IMAM pada semester hadapan, boleh isi borang pendaftaran di bawah. Terima kasih.

https://forms.gle/9btw6MQbs8DtdJnm7

🔖Twitter : https://bit.ly/3wwVZq3
🔖Youtube : https://bit.ly/3xD852f
🔖Facebook : https://bit.ly/3k7wQQf
🔖Instagram : https://bit.ly/3hvjmMv

ISLAM MENERAJUI PROFESIONALISME

IKATAN MAHASISWA MADANI (IMAM)




Address

Universiti Teknologi MARA
Arau
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) UiTM Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) UiTM Perlis:

Share