24/09/2026
"ππ€π‘ππ ππ€π’πͺπ£ππ©π πΌπ§ππͺ ππ€. 1 ππ πππ§π‘ππ¨ & πππ‘ππππ£ ππ©ππ’π ππππ πΌπ£ππ!"
ARAU, 24 September 2026 - Perhimpunan Bulanan Bilangan 3 Tahun 2026 anjuran Unit Pentadbiran, HEP dan LI KKA dan KKAcK telah berlangsung dengan meriah hari ini bertempat di Dewan Afifi.
Berteraskan tema semangat Hari Malaysia, perhimpunan kali ini sarat dengan pelbagai pengisian bermakna termasuk perkongsian ilmu, tayangan video khas pencapaian staf KKA serta penyampaian sijil penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang. Majlis turut meraikan kecergasan warga organisasi melalui penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Briskwalk dan Program Penurunan Berat Badan.
Di samping itu, majlis perpisahan turut diadakan bagi menyampaikan setinggi-tinggi ucapan selamat maju jaya kepada Encik Shahabudin yang bertukar ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin serta tiga orang pensyarah iaitu Ts. Nur Syazalina, Puan Fauziah dan Encik Khairel yang bakal menyambung pengajian.
Suasana dewan bergema dengan kehangatan semangat patriotik apabila semua bersama-sama menyanyikan lagu Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik perpaduan sebelum majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah yang amat dinanti-nantikan.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!