Pengajian Sains Ukur dan Geomatik

Call Directions Website Contact the university

Pengajian Sains Ukur dan Geomatik Ditubuhkan pada tahun 1971 di UiTM Shah Alam. Penubuhan jabatan ini adalah untuk melahirkan graduan yg mempunyai asas yang kuat di dalam bidang ukur tanah.

PPSUG merupakan salah satu pusat pengajian yang berada di bawah pengendalian FSPU. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1971 di UiTM Shah Alam dan beroperasi di bawah Fakulti Kejuruteraan dengan nama Jabatan Ukur Tanah. Rational penubuhan jabatan ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai asas yang kuat di dalam bidang ukur untuk profesion ukur tanah dan memenuhi kelayakan akademik Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia serta meningkatkan keupayaan pelajar seiring dengan keperluan industri. Jabatan ini secara rasminya menggunakan nama Jabatan Sains Ukur dan Geomatik pada Mei 1995. Penjenamaan semula jabatan bukan sahaja menunjukkan perubahan fungsi profesion ukur yang lebih baik tetapi juga menunjukkan disiplin-disiplin kerja yang lebih meluas meliputi skop sains pengukuran moden, sains maklumat tanah dan pengurusan data spatial. PPSUG telah menjadi salah satu pendahulu institusi pengajian tempatan yang menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur dan geomatik. Kini, PPSUG telah beroperasi di cawangan Selangor dan Perlis.

FAKULTI ALAM BINA UiTM PERLIS mengucapkan selamat mendaftar kepada pelajar-pelajar baru.KUKUH AKADEMIK, ERAT INDUSTRI, D...
24/09/2026

FAKULTI ALAM BINA UiTM PERLIS mengucapkan selamat mendaftar kepada pelajar-pelajar baru.

KUKUH AKADEMIK, ERAT INDUSTRI, DEKAT KOMUNITI

LEBIH 100 PELAJAR SEKOLAH SEKITAR PERLIS TEROKA BIDANG GEOMATIK BERSAMA FAKULTI ALAM BINA MELALUI PROGRAM LIT's STOP 2.0...
23/09/2026

LEBIH 100 PELAJAR SEKOLAH SEKITAR PERLIS TEROKA BIDANG GEOMATIK BERSAMA FAKULTI ALAM BINA MELALUI PROGRAM LIT's STOP 2.0

23 September 2026, Arau โ€” Fakulti Alam Bina telah menerima kunjungan lebih 100 orang pelajar yang daripada 25 buah sekolah di sekitar negeri ini menerusi penganjuran Program Lit's Stop 2.0 - Connecting Knowledge Through Technology.

Melalui peluang bersama FAB, pelajar sekolah telah didedahkan mengenai bidang sains ukuran atau Geomatik. Para pelajar berpeluang untuk meneroka potensi kerjaya dan teknologi terkini yang digunakan dalam bidang tersebut, termasuklah teknologi sains pengukuran dan pemetaan.

Inisiatif pendedahan awal ini dilihat sangat penting bagi menarik minat generasi muda untuk menceburi bidang sains spatial yang semakin kritikal dalam pembangunan negara dan perancangan bandar pintar.

9 orang pensyarah FAB dan 4 orang staf Makmal Geomatik telah terlibat dan berkesempatan mengadakan dua sesi permainan "Guess the Distance" dan "Misi Navigasi Digital".

Menerusi penganjuran program ini, pihak fakulti berharap agar ia dapat menyuntik inspirasi dan membuka mata para pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran, sekali gus menjadikan bidang Geomatik dan Alam Bina sebagai pilihan utama apabila melangkah ke menara gading kelak.

"KUKUH AKADEMIK, ERAT INDUSTRI, DEKAT KOMUNITI"

19/09/2026

๐ŸŽ“ STUCK ON HOW TO "RESEARCH SMARTER" & GRADUATE ON TIME (GOT)?

Is your thesis presentation drawing near, but you feel completely stuck? Or has your research hit a roadblock? ๐Ÿ˜“

Join ASCEND '26 Postgraduate Colloquium, proudly organized by UiTM Cawangan Perlis! ๐Ÿฅณ

๐Ÿ’ก Why should you JOIN ASCEND '26?
โœ… 100% Virtual Video Presentation โ€“ No travel or accommodation expenses needed!
โœ… Budget-Friendly Fees โ€“ Presenters: RM100 | Listeners: RM10 only!
โœ… Exclusive Keynote Sessions โ€“ Learn the secrets of Research Smarter & Graduate on Time directly from expert scholars.
โœ… Publication Opportunities โ€“ Selected papers will be invited for publication in MyCite-indexed journals & ISBN proceedings!
โœ… Broad Multidisciplinary Tracks โ€“ Science & Technology and Social Sciences (across 30 research areas).

๐Ÿ“… Colloquium Date: 12 October 2026
โŒ› Extended Abstract Submission Deadline: 28 September 2026

๐Ÿ”— Register NOW: https://ascend.vlarbs.space/
๐ŸŒ Main Website: https://ascend-uitm.github.io/ascend26/

๐Ÿš€ Publish Your Research with ASCEND 2026

Accepted papers at ASCEND 2026 have a direct pathway to publication in selected MyCite Index Journals!

Organised by the Center of Postgraduate Studies & Postgraduate Society of UiTM Cawangan Perlis.

๐Š๐„๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Š ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐„๐‘๐€ ๐‡๐ˆ-๐“๐„๐‚๐‡: ๐”๐ข๐“๐Œ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐†๐„๐“๐€๐‡๐”๐€๐ ๐’๐“๐„๐Œ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐”๐ƒ๐€SEBERANG PERAK, 9 September 20...
09/09/2026

๐Š๐„๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Š ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐„๐‘๐€ ๐‡๐ˆ-๐“๐„๐‚๐‡: ๐”๐ข๐“๐Œ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐†๐„๐“๐€๐‡๐”๐€๐ ๐’๐“๐„๐Œ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐”๐ƒ๐€

SEBERANG PERAK, 9 September 2026 โ€“ Fakulti Alam Bina (FAB), UiTM Cawangan Perlis terus memperluas perkongsian kepakaran kepada komuniti menerusi pelaksanaan Program Pemindahan Ilmu: Kepentingan Geomatik dalam Era Hi-Tech yang melibatkan penyertaan guru dan pelajar sekolah di Seberang Perak.

Program tersebut dikendalikan oleh Ketua Pusat Pengajian, Sr. Dr. Norshahrizan Mohd Hashim, bersama sembilan orang pensyarah Fakulti Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis. Penglibatan barisan akademik ini menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan perkembangan bidang geomatik serta kepentingannya dalam mendepani perubahan teknologi masa kini.

Sepanjang program, para peserta diberikan pendedahan mengenai peranan geomatik yang semakin signifikan dalam era teknologi berimpak tinggi, khususnya menerusi penggunaan Global Navigation Satellite System (GNSS), Sistem Maklumat Geografi (GIS), teknologi dron, penderiaan jauh, pemetaan digital serta teknologi tiga dimensi (3D).

Teknologi berkenaan kini diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai sektor, termasuk perancangan dan pembangunan bandar, pengurusan sumber dan alam sekitar, pertanian pintar, pemetaan, pembangunan infrastruktur serta pemantauan dan pengurusan bencana. Perkembangan teknologi digital turut menjadikan bidang geomatik semakin relevan dalam proses pengumpulan, pemprosesan, analisis dan visualisasi data geospatial bagi menyokong proses membuat keputusan yang lebih tepat dan berkesan.

Program pemindahan ilmu ini bukan sahaja memberi peluang kepada guru dan pelajar memahami aplikasi sebenar teknologi geomatik, malah menjadi medium untuk memperkenalkan bidang tersebut sebagai salah satu cabang pengajian yang mempunyai prospek luas seiring perkembangan teknologi masa hadapan.

Pada masa yang sama, para pelajar turut didedahkan kepada peluang melanjutkan pengajian dan prospek kerjaya dalam bidang geomatik, sekali gus membuka perspektif mereka terhadap kepelbagaian kerjaya yang berkaitan dengan teknologi geospatial, pemetaan, dron, GIS, penderiaan jauh dan teknologi digital.

Inisiatif tersebut juga selari dengan usaha membudayakan minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda melalui pendekatan pemindahan ilmu yang menghubungkan kepakaran universiti dengan komuniti sekolah.

Penglibatan pensyarah Fakulti Alam Bina dalam program berkenaan mencerminkan komitmen UiTM Cawangan Perlis untuk memastikan kepakaran akademik bukan sahaja dimanfaatkan dalam pengajaran dan penyelidikan, tetapi turut diterjemahkan kepada aktiviti perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan teknologi geospatial dalam kehidupan dan pembangunan negara, seterusnya melahirkan lebih ramai pelajar yang berminat meneroka bidang geomatik, STEM dan teknologi pada masa hadapan.

โ€œKUKUH AKADEMIK, ERAT INDUSTRI, DEKAT KOMUNITIโ€

๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐„๐๐’๐˜๐€๐‘๐€๐‡ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐†๐€๐‹๐€๐’ ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Œ๐‘๐‚๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”SEBERANG PERAK, 8โ€“10 September 2026 ...
09/09/2026

๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐„๐๐’๐˜๐€๐‘๐€๐‡ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐†๐€๐‹๐€๐’ ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Œ๐‘๐‚๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

SEBERANG PERAK, 8โ€“10 September 2026 โ€“ Kepakaran warga akademik UiTM Cawangan Perlis terus mendapat kepercayaan apabila seramai 10 orang pensyarah Fakulti Alam Bina, termasuk Ketua Pusat Pengajian, terlibat sebagai juri dan ahli jawatankuasa dalam Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 Peringkat Akhir, Kebangsaan.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari ini diadakan di FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd., Seberang Perak, melibatkan tapak sawah padi bagi aktiviti lapangan, serta Dewan Besar Bandar Baru FELCRA Seberang Perak bagi pelaksanaan aktiviti pertandingan yang berkaitan.

Penglibatan pensyarah UiTM Cawangan Perlis dalam pertandingan berteraskan teknologi roket dan CanSat ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran serta kompetensi warga akademik UiTM. Ia juga menjadi platform penting dalam menyokong perkembangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), inovasi dan teknologi aeroangkasa, di samping memperluas jaringan serta perkongsian kepakaran antara akademia dan pihak berkepentingan.

Semoga penglibatan ini terus memperkukuh peranan UiTM Cawangan Perlis sebagai institusi yang menyumbang kepakaran, ilmu dan inovasi kepada pembangunan negara.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

SEBELUM ini, pilihan jurusan pengajian tinggi sering dipengaruhi oleh faktor populariti seperti perubatan, undang-undang...
07/09/2026

SEBELUM ini, pilihan jurusan pengajian tinggi sering dipengaruhi oleh faktor populariti seperti perubatan, undang-undang dan kejuruteraan yang terus menjadi pilihan utama pelajar.

Namun hari ini, semakin ramai pelajar yang mula menyedari potensi bidang pengajian yang kurang dikenali tetapi menawarkan pulangan kerjaya yang tinggi.

Berita lanjut klik pautan di www.bharian.com.my.

Fakulti Alam Bina - FAB Universiti Teknologi MARA

04/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MYCARTOGO ART: LANGKAH MERDEKA JUPEM ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽจ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Aktifkan langkah anda, cipta seni, sambut Merdeka!

Sempena Bulan Kebangsaan, JUPEM membawakan satu cabaran istimewa buat semua warga yang ingin menggabungkan aktiviti fizikal, kreativiti dan teknologi pemetaan melalui aplikasi MyCartoGo.

๐Ÿ“ Cabaran :

Hantar tangkapan layar (screenshot) hasil rekod MyCartoGo anda beserta maklumat penyertaan MycartogoArt

Peserta hanya perlu:
๐Ÿ”น Pilih aktiviti โ€“ berjalan, berjoging, berbasikal atau mendaki
๐Ÿ”น Rancang laluan menggunakan aplikasi MyCartoGo
๐Ÿ”น Cipta bentuk laluan yang kreatif berasaskan tema kemerdekaan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿ”น Hantar tangkapan layar hasil GPS Art dan maklumat penyertaan

๐ŸŽจ Antara tema yang boleh dihasilkan:
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Bendera Malaysia
๐Ÿ—บ๏ธ Peta Malaysia
๐Ÿ”ข Angka 1957
โœ๏ธ Perkataan โ€œMERDEKAโ€
โ˜ช๏ธ๐ŸŒŸ Simbol-simbol kebangsaan dan kreativiti lain

๐Ÿ† Hadiah menarik menanti pemenang!

๐Ÿ“… Tarikh tutup penyertaan: 1 September 2026

๐Ÿ“ฒ Jangan lepaskan peluang untuk menghasilkan karya Merdeka anda melalui setiap langkah!

๐Ÿ‘‰ Imbas QR Code pada poster untuk menghantar penyertaan atau pautan yang disediakan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdiL_CMZYrQLoOvXcid-2eftgSGpf8_AtqZZwBG1qj5jgTRzg/viewform

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ AKTIFKAN LANGKAH ANDA, CIPTA SENI, SAMBUT MERDEKA!

Address

Arau
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengajian Sains Ukur dan Geomatik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pengajian Sains Ukur dan Geomatik:

Shortcuts

Share