05/06/2026
🌟 SYOKNYA CUTI SEKOLAH 2026: MISI HERO STEM MENYELAMATKAN BUMI 🌟
Jejawi _4 Jun 2026 (Khamis) , seramai 50 orang pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun telah menyertai program Syoknya Cuti Sekolah 2026 yang dianjurkan oleh Centre of Excellence for Biomass Utilization (CoEBU), UniMAP di FKTK Jejawi, Perlis...
Program ini menampilkan pendekatan pembelajaran STEM yang interaktif dan menyeronokkan melalui penceritaan berasaskan misi serta inspirasi daripada watak-watak adiwira tempatan yang dekat dengan dunia kanak-kanak.😍😊
Sepanjang program, para peserta telah berjaya menyelesaikan lima misi utama yang menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), termasuk cabaran membina menara tinjau, menghidupkan semula bandar, mengaktifkan sistem penerbangan, memahami kepentingan air dan alam sekitar melalui aktiviti turas dan tanam, serta meneroka konsep tenaga boleh diperbaharui.
Alhamdulillah, maklum balas yang diterima daripada peserta dan ibu bapa amat positif. program ini berjaya meningkatkan minat anak-anak terhadap STEM sambil memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna sepanjang cuti sekolah.
CoEBU UniMAP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pengarah Program, Profesor Madya Dr. Noor Hasyierah, dan AJK dan , Fasilitator yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan telah berjaya memberikan pendedahan STEM yang kreatif, interaktif dan menyeronokkan kepada para peserta.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang telah memberikan kepercayaan kepada pihak penganjur dan kepada semua peserta comel yang telah menunjukkan semangat, bakat dan kreativiti anda. 💪💪😍
📚 Belajar melalui pengalaman.
🔬 Meneroka melalui STEM.
🌏 Membina generasi Hero Bumi masa hadapan.
Research Management Centre Universiti Malaysia Perlis
Office of DVC Research & Innovation, Universiti Malaysia Perlis