Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Perlis

Call Directions Website

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Perlis, College & University, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN, Arau.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Perlis mengurus kebajikan pelajar selaras Akta 173 & 174 sejak 1976, di bawah kawalan Naib Canselor, demi melaksana tanggungjawab dan fungsi dalam sistem universiti.

06/08/2026

Sistem e-Profiling Pelajar UiTM!
Nak tahu lanjut macam mana nak isi?
Tonton video tutorial di bawah.

Perhatian kepada pelajar yang mendaftar bermula kemasukan sesi Oktober 2025 - Ogos 2026 (Program Pra-Diploma / Diploma / Profesional / Ijazah Sarjana Muda SAHAJA, TIDAK termasuk Pasca Siswazah) UiTM Cawangan Perlis sehingga semester terkini!

Semua pelajar dalam kategori di atas, DIWAJIBKAN melengkapkan data maklumat kokurikulum tambahan ke dalam sistem E-Profiling Pelajar untuk transkrip HEP.

Sekian, terima kasih.

📢 PENGUMPULAN DATA ATLET UiTM YANG TERLIBAT DENGAN SUKMA 2026 📢Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.📌 Unit Pembanguna...
05/08/2026

📢 PENGUMPULAN DATA ATLET UiTM YANG TERLIBAT DENGAN SUKMA 2026 📢

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

📌 Unit Pembangunan sedang menjalankan pengumpulan data atlet UiTM yang terlibat dengan SUKMA 2026.

📌 Sehubungan itu, mohon kerjasama semua atlet untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan melalui pautan yang disediakan selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2026 (Jumaat).

📋 Pautan Pengumpulan Data:
https://forms.gle/1y4d9h1jqsxyeAvm8

📌 Kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

📞 Sebarang pertanyaan:
Pn. Noor Aini Zainal
📱 019-596 9166

Sekian, terima kasih.

s.k.: Ketua Unit Sukan UiTM Perlis

_*” BANGKIT SEBELUM NGAUMAN TERAKHIR”*_

Yang menjalankan amanah,
Jawatankuasa Sukan Pelajar
UiTM Cawangan Perlis
2025/2026

04/08/2026
03/08/2026

𝟏𝟎 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐃𝐢𝐯𝐢𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟐 𝐋𝐢𝐠𝐚 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐈𝐏𝐓 (𝐋𝐁𝐒𝐈𝐏𝐓) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟗 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐀𝐫𝐚𝐮.




Arau, 29 Julai - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Perlis telah menerima kunjungan muhibbah daripada wakil...
31/07/2026

Arau, 29 Julai - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Perlis telah menerima kunjungan muhibbah daripada wakil McDonald's Arau, En. Mohd. Khairul Izwan, Pengurus Restoran dan Cik Nur Alia Natasya bagi program "Sumbangan Nasi Mekdi", iaitu sumbangan pek makanan kepada pelajar asnaf dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik sekali gus memperkukuh inisiatif kebajikan universiti.

Program Santun Pelajar Mekdi ini merupakan program inisiatif kebajikan oleh McDonald's Malaysia yang menawarkan baucer makanan percuma seperti set Nasi Ayam Mekdi kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak berkemampuan. UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau adalah antara yang terpilih menjadi pelaksana program ini.

Program bermula daripada bulan April sehingga Disember 2026 dan baucer akan dihantar pada setiap bulan. Pelajar boleh menebus baucer tersebut pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula jam 3.00 petang hingga 8.00 malam di McD Arau. Jumlah baucer adalah 200 keping pada setiap Selasa dan Khamis.

22/07/2026
[SEDEKAH HARI INI, BANTU WARGA KITA] Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,Warga UiTM Perlis yang dikasihi, marilah k...
22/07/2026

[SEDEKAH HARI INI, BANTU WARGA KITA]
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Warga UiTM Perlis yang dikasihi, marilah kita bersama-sama menyemai budaya prihatin dan berkongsi rezeki menerusi Tabung Sedekah UiTM Cawangan Perlis.

Sumbangan anda akan terus disalurkan untuk:
🔹 Bantuan Segera: Pelajar yang ketiadaan wang makan.
🔹 Bantuan Musibah: Staf & pelajar yang ditimpa ujian/sakit.
🔹 Urusan Fisabilillah: Kebajikan umum yang diredhai Allah.

💡 Cara Menyumbang (Mudah & Pantas):
-> Scan QR Code pada poster, ATAU

-> Tekan Link pautan: https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AAR1/02/3094

Satu sumbangan kecil anda hari ini mampu meringankan beban besar insan lain serta menjadi asbab keberkatan rezeki yang berterusan.

📞 Sebarang Pertanyaan:
Hubungi Ustaz Mohd Rizal Hanafi (Penolong Pendaftar Hal Ehwal Islam / Setiausaha Tabung Zakat & Sedekah) di talian 04-9882141/019-2839166.

“Melestarikan Budaya Memberi, Menyuburkan Nilai Insani”

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sukarelawan Karnival Liga Bola Sepak IPT Divisyen Dua 2026. 🗓 Tari...
21/07/2026

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sukarelawan Karnival Liga Bola Sepak IPT Divisyen Dua 2026.

🗓 Tarikh Kejohanan
9 – 15 Ogos 2026

🗓 Tarikh Taklimat Sukarelawan
8 Ogos 2026 di Kompleks Sukan UiTM Perlis

🗓 Tempoh masa Bertugas
Maksimum 5 jam Sehari (730am - 1200pm) Tertakluk kepada perubahan

⚽️Skop Tugas
Ball picker / stretcher bearer / teknikal pertandingan bola sepak

Sebagai Sukarelawan, anda akan ditawarkan:
✅Pengalaman mengendalikan kejohanan sukan berskala besar peringkat kebangsaan
✅Pakaian rasmi Sukarelawan LBSIPT2026
✅Elaun Sukarelawan
✅Sijil Sukarelawan
✅Peluang membina jaringan, pengalaman serta kemahiran pengurusan acara

⏳ Tarikh Tutup Permohonan: 28 Julai 2026

⏳ Sukarelawan yang terpilih akan dihubungi selewatnya: 5 Ogos 2026

Keutamaan kepada pelajar UiTM yang bermastautin di sekitar negeri Perlis dan mempunyai kenderaan sendiri.

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR / layari : https://forms.gle/hUKgh746Nu11LYbu8

📞 Sebarang pertanyaan:
012-8570442 (En Faizan)

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sukarelawan Karnival Liga Bola Sepak IPT Divisyen Dua 2026.

🗓 Tarikh Kejohanan
9 – 15 Ogos 2026

🗓 Tarikh Taklimat Sukarelawan
8 Ogos 2026 di Kompleks Sukan UiTM Perlis

🗓 Tempoh masa Bertugas
Maksimum 5 jam Sehari (730am - 1200pm) Tertakluk kepada perubahan

⚽️Skop Tugas
Ball picker / stretcher bearer / teknikal pertandingan bola sepak

Sebagai Sukarelawan, anda akan ditawarkan:
✅Pengalaman mengendalikan kejohanan sukan berskala besar peringkat kebangsaan
✅Pakaian rasmi Sukarelawan LBSIPT2026
✅Elaun Sukarelawan
✅Sijil Sukarelawan
✅Peluang membina jaringan, pengalaman serta kemahiran pengurusan acara

⏳ Tarikh Tutup Permohonan: 28 Julai 2026

⏳ Sukarelawan yang terpilih akan dihubungi selewatnya: 5 Ogos 2026

Keutamaan kepada pelajar UiTM yang bermastautin di sekitar negeri Perlis dan mempunyai kenderaan sendiri dan penginapan tidak disediakan.

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR / layari : https://forms.gle/hUKgh746Nu11LYbu8

📞 Sebarang pertanyaan:
012-8570442 (En Faizan)

PEMAKLUMAN BERHUBUNG LAMAN WEB KEWANGAN PELAJAR PALSU Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin memaklumkan bahawa pihak un...
09/07/2026

PEMAKLUMAN BERHUBUNG LAMAN WEB KEWANGAN PELAJAR PALSU


Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin memaklumkan bahawa pihak universiti telah mengesan kewujudan sebuah laman web palsu yang menyamar sebagai laman web Sistem Kewangan Pelajar UiTM. Laman web berkenaan bukan merupakan laman web rasmi UiTM dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Universiti Teknologi MARA atau Jabatan Bendahari UiTM.

Hasil pemantauan awal mendapati laman web tersebut dipercayai diwujudkan bagi mengumpul maklumat log masuk pengguna melalui kaedah penipuan (phishing). Sehubungan itu, semua pelajar dan warga UiTM dinasihatkan supaya tidak mengakses laman web tersebut serta tidak memasukkan sebarang maklumat log masuk, termasuk nama, nombor matrik, kata laluan, maklumat peribadi.

Bagi mengurangkan risiko keselamatan siber, pengguna disarankan agar:

· Mengakses sistem UiTM hanya melalui laman web rasmi universiti atau pautan yang telah disahkan.
· Menyemak alamat laman web (URL) dengan teliti sebelum memasukkan maklumat log masuk.
· Tidak mengklik pautan yang diterima melalui e-mel, SMS atau aplikasi pemesejan daripada sumber yang tidak dikenali atau mencurigakan.
· Tidak berkongsi kata laluan, kod pengesahan (OTP) atau maklumat log masuk dengan mana-mana pihak.

Sekiranya mana-mana pengguna telah memasukkan maklumat log masuk ke laman web tersebut, tindakan berikut hendaklah diambil dengan SEGERA:

1. Menukar kata laluan akaun yang terlibat.
2. Menukar kata laluan bagi mana-mana perkhidmatan lain sekiranya kata laluan yang sama turut digunakan.
3. Menghubungi Unit ICT di kampus masing-masing atau pihak yang berkaitan bagi mendapatkan bantuan lanjut.
4. Memantau akaun masing-masing dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan dengan segera.

UiTM melalui Jabatan Digital sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini, termasuk melaksanakan pelaporan kepada pihak penyedia perkhidmatan yang berkaitan bagi tujuan menyekat laman web tersebut serta menjalankan pemantauan berterusan bagi melindungi keselamatan sistem dan data warga universiti.

UiTM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan sistem ICT dan perlindungan data warganya. Semua warga universiti disaran agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan dalam talian serta hanya menggunakan saluran rasmi UiTM bagi urusan berkaitan sistem dan perkhidmatan universiti.


Sebarang pertanyaan atau laporan berkaitan insiden ini boleh disalurkan melalui saluran rasmi UiTM di https://aduan.uitm.edu.my.


Sekian, terima kasih.
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Tarikh: 8 Julai 2026

Address

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+604-9882434

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share