16/10/2026
BERITA FQS | SEKALUNG TAHNIAH | PENSYARAH FQS RAIH ANUGERAH EMAS DAN ANUGERAH PEMBENTANG TERBAIK DI ICIC 2026
PAUH PUTRA, 16 Oktober 2026 โ Fakulti Al-Quran dan Sunnah (FQS), Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Mohammad Hafiz Darpen dan Encik Ali Abdul Jalil serta Dr. Khalilullah Amin Ahmad dari Universiti Sains Malaysia (USM) atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Gold Award) dan Anugerah Pembentang Terbaik dalam International Colloquium & Innovation Competition (ICIC 2026) pada 30 September 2026.
Kejayaan tersebut diraih menerusi projek โHadith-Scan: Transformasi Digital Pengesahan Hadith bagi Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaranโ yang mengetengahkan inovasi teknologi digital dalam pengesahan hadis bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian ini mencerminkan komitmen warga akademik dalam memperkasa penyelidikan dan inovasi dalam bidang al-Quran dan Sunnah serta mengharumkan nama UniSIRAJ di peringkat antarabangsa.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
IKUTI KAMI DI:
FB FQS
IG FQS
TikTok FQS