28/11/2018
Ketika di dalam dewan kuliah hari ini, pensyarah kami menegur salah seorang pelajar kerana melanggar etika pemakaian.
Pelajar tersebut hadir ke kelas dengan memakai seluar jeans, baju yang tidak berkolar dan lebih teruk lagi, hanya memakai selipar dan apabila melihat nama nya, dia adalah seorang calon perwakilan dan bukan itu sahaja dia juga seorang couser representative.
Persoalannya, ini kah pelajar yg patut dicontohi oleh mahasiswa? adakah ini yang seharusnya menjadi penampilan seorang pelajar bergelar mahasiswa?
Etika berpakaian di dalam Institusi Pengajian Tinggi(IPT) sememangnya berbeza jika ingin dibandingkan dengan alam persekolahan.
Ketika di peringkat sekolah, semua pelajar terikat dengan uniform khas yang telah ditetapkan. Berbeza p**a keadaannya di IPT, para pelajar diberikan kebebasan sepenuhnya dalam berpakaian.
Walaupun begitu, kebebasan berpakaian bukanlah suatu lesen untuk melanggar etika pemakaian ketika hadir ke kelas dan program formal universiti. Etika ini wajib dipatuhi oleh semua mahasiswa tanpa sedikit pun pengecualian.
Justeru itu, salah satu aspek penting dalam melahirkan mahasiswa berketrampilan adalah dengan melatih mereka mempraktikkan tatacara berpakaian yang betul sesuai dengan urusan dan majlis.
Melazimi penampilan yang kemas dan tidak berlebihan akan menjadi satu nilai tambah kepada mahasiswa, ianya akan memaksimumkan lagi tanggapan positif serta penghormatan masyarakat kepada mereka.
Sebagai konklusi, mahasiswa yang bakal bergelar 'seorang pemimpin pelajar' tidak seharusnya memandang enteng etika pemakaian ketika berada di dalam kawasan kampus. Etika ini diwujudkan sebagai salah satu alternatif yang membawa kepercayaan masyakat kepada sebuah entiti yang bergelar mahasiswa.
Kredit gambar : FB Amirhakim Razali