14/09/2026
β¨ MALAM SEMARA EKAKARSA - 20 TAHUN LEGASI FKTA β¨
π
15 Ogos 2026 | π Raia Hotel, Alor Setar, Kedah
Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah melakar kenangan indah dengan penganjuran Malam Semara Ekakarsa - 20 Tahun Legasi FKTA! π
Majlis penuh bermakna ini diadakan khusus bagi meraikan perjalanan gemilang dua dekad FKTA, mengenang jasa serta sumbangan mereka yang telah bertungkus-lumus membina fakulti, dan menjadi medan menghimpunkan semula alumni dalam suasana yang penuh nostalgia dan kebersamaan. π€π
Seramai 100 orang tetamu telah hadir memeriahkan majlis. Malam tersebut turut diserikan dengan:
π½οΈ Tayangan video perjalanan 20 tahun FKTA
π Gimik sambutan yang memukau
π Penyampaian penghargaan khas kepada penerima Gold Batch 2006 yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga terawal dan saksi perkembangan fakulti sepanjang dua dekad ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga FKTA, para alumni, barisan penaja, serta semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan program ini. π
Semoga jalinan ukhuwah yang terukir akan terus mekar, dan semangat kebersamaan ini menjadi nadi kekuatan dalam meneruskan kecemerlangan legasi FKTA untuk tahun-tahun yang mendatang. π
"Semara terus menyala, Ekakarsa terus menyatukan."
π₯ 20 Tahun. Satu Hati. Satu Legasi. π₯